Bab 2

9 0 0
                                    

Satu minggu orientasi telah pun tamat.Kelas pun sudah ditetapkan.Aku mengambil bidang yang sama dengan Engku.Kami berdua sentiasa bersama.Kami ditempatkan di makmal komputer untuk sementara waktu kerana bangunan baru untuk menempatkan pelajar 6 Bawah masih di bawah pembinaan.Aku mendapati lebih 50 orang pelajar di dalam kelas.Aku duduk di hadapan dengan Engku dan sebelah lagi merupakan seorang pelajar lelaki berbangsa cina.Aku ucap "hai" padanya dan aku melihat tag namanya G.Di sebelahnya pula seorang pelajar perempuan berbangsa cina bernama E.Tidak lama kemudian,seorang cikgu yang berpakaian agak selekeh masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan dirinya.Guru tersebut merupakan guru Muet dan guru tingkatan kami.Masing-masing memperkenalkan diri kepadanya.A merupakan ketua kelas pertama kami.Kami telahpun mempunyai group kelas di Whatsapp dan selebihnya memperkenalkan diri mereka di Whatsapp.Hari pertama di group Whatsapp merupakan hari yang sangat sibuk.Notification di HP ku tidak henti-henti pop up.Aku berasa rimas lalu "mute"kan group chat.Hari berganti hari,semakin ramai pelajar yang meninggalkan Ktesi.Aku membuka status ketua kelas itu dan aku merupakan orang pertama yang menegurnya.Si dia hanya melayan sahaja dan setakat ini,hanya dia sahaja orang yang paling rapat denganku dalam kelas itu selain Engku.Ketika aku balik ke kampung halamanku sempena cuti perayaan,aku berjanji padanya akan membawa buah tangan yang paling spesial untuknya.Begitu juga dengan Engku.Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.Aku tidak berkesempatan untuk memberinya hadiah tersebut kerana dia sudahpun meninggalkan aku dan belajar di kolej lain.Aku berasa sangat kecewa.Pada suatu hari,seorang pelajar yang satu sekolah denganku iaitu Nurul Asyiqin(cikin) meminta izin untuk duduk di depan.Aku mengangguk tanda setuju.Tetapi aku mengosongkan kerusi tengah antara aku dengan Cikin untuk Engku nanti.Sudah satu minggu Engku tidak hadir ke sekolah.Seminggu selepas itu,aku menerima khabar bahawa Engku akan meninggalkan aku dan belajar di kolej yang sama dengan A.Aku menerima takdir dan berharap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Cikin merupakan teman borakku,bukan setakat teman borak,tetapi merupakan bff ku,sehingga sekarang bersama denganku.

CrushWhere stories live. Discover now