"Hanissah! Tunggulah aku!" Huda berlari ke arah kawan baiknya , Hanissah.
"Laa.... Budak ni..... Cepatlah sikit!"Huda mempercepat langkahnya. Hanissah pula mengembungkan pipinya sebagai tanda tak puas hati.
"Kau pandu, ya!" Hanissah berkerdip-kerdip matanya berkali-kali sehinggalah Huda terpaksa mengalah.
"Hmm.... Yelah..."Dua orang gadis remaja masuk ke dalam kereta Myvi. Masing-masing berumur 19 tahun.
"Kau nak ke mana dulu?"tanya Huda sambil memakai tali pinggang keledar.
"Hmm.... Kita ke Coolblog dulu."
"Amboi! Kau ada duit banyakkah? Belanjalah aku sikit."
"Hmmm....."
"Isk, kau ni! Aku gurau jalah."Enjin kereta dihidupkan dan mulalah perjalanan mereka ke Coolblog. Dalam perjalanan, tatkala Huda sedang memandu, Huda menyanyi 'Dunia Baru' dalam versi Inggeris.
"Let everybody knows that this is a brand new world! Together we keep fighting 'till we are ~"
"Huda,"panggil Hanissah.
"Ya , Nissah. Kenapa?"
"Nanti... kalau kau ada kelapangan , datanglah ke rumah aku. Aku nak kau ajar untuk buat... apa tu.... hmm... Hah! Buat assignment Sir Asyraff tu."
"Okay. Nanti kau pm lain, ya!".................
Setibanya di Coolblog , mereka terserempak dengan salah seorang kenalan mereka.
"Nissah , itu bukankah Ain Ibtisam dan Syazana?"
"Ha ahlah... Tapi, aku tak beberapa nak cam sangatlah.""Eh! Itu Hanissah dan Huda , kan?"
"Yalah. Kau panggillah mereka , Ain."
"Huda! Hanissah! Itu korangkah?"
"Ya! Ain! Syazana! Dah lama tak jumpalah."
"Korang sihat?"tanya Hanissah.
"Sihat!"jawab Ain dan Syazana serentak.Mereka saling berpelukan dan bersalaman. Tiba-tiba bahu Huda ditepuk oleh seseorang. Dialah a.k.a. Balqis, kawan Huda di MMAS.
"Assalamualaikum, Huda!"
"Waalaikumussalam. Eh! Balqis, dah lama tak jumpa! Khadeejah pun ada?"
"Yalah.... Depan mata kau tu takkanlah tak nampak kot."
"Hehehe.." Huda tersengih.
"Korang sebenarnya dari mana ni?"tanya Huda.
"Ooo... Kami baru lepas beli buku kejap... Untuk rujukan sikit. Ingat kami nak berehat di sini kejap,"balas Balqis.
"Oh! Before I'm forgot.... Hanissah , Ain dan Syazana . Perkenalkan ni kawan aku di MMAS dulu, Balqis dan Khadeejah. Balqis, Khadeejah, merekalah kawan-kawan aku semasa sekolah rendah. Ini Hanissah......"Hanissah membuat tanda peace.
"...... Ini pula Ain dan Syazana."
Ain dan Syazana punbersalaman dengan Balqis dan Khadeejah.
"Selamat berkenalan,"ucap Ain.
"Nice to meet you!"
"Amboi, berbahasa Inggeris nampak!"perli Huda.
"Ish! Kau ni buat teruk pula, Huda." Khadeejah mencubit bahu Huda.
"Wei, sakitlah!"
"Padan muka!"..................................................................
Di dimensi animasi a.k.a. gabungan animasi Boboiboy & Ejen Ali , Yaya , Ying , Boboiboy, dan Ochobot berada di gerai Tok Aba.
"Haiyaa.... Soalan Add Math banyak pening lo..."rungut Ying.
"Soalan yang manakah kau tengah peningkan tu?"tanya Yaya.
"Ni haa..... Aduh! Nak cerita pun susah maa... Sudah banyak kali aku cari jawapannya, tapi tak dapat juga maa..."
"Okay. Meh sini aku ajarkan....."
"Eh! Bukankah kalau korang study sama-sama, selalu bergaduh eh?" soal Boboiboy kepelikan.
"Ha ah! Selalunya mesti ada pergaduhan. Tak pernah-pernah lagi aku tengok korang bermesra time study," tambah Ochobot.
"Hihihi... Itupun berlainan aliran maa... Kan, Yaya?"
"Err.... Hehehe..... Betul tu. Kalau tak, lagi bertambah sengitlah persaingan kami."
"Ha ah! Sampai tahap paling menakutkan," tambah Gopal yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang mereka berdua.
"Boboiboy, tolonglah aku," pinta Gopal.
"Tolong apa?"
"Tolong ajarkan aku tentang ni.... keluk kemungkinan pengeluaran."
"Aik? Bukan senangkah tajuk tu?" tanya Boboiboy.
"Ha ah! Setahu aku, tajuk tu senang aja. Peliklah dengan kau ni," kata Yaya.Sebenarnya Ying pelajar aliran Sains Tulen, Yaya pula pelajar aliran Perakaunan. Boboiboy dan Gopal pula pelajar aliran Ekono~ EH! Bukanlah.... Aliran Perniagaan. Bukan sebab gagal melayakkan diri ke aliran lebih baik seperti Sains Tulen , tetapi atas dasar minat mereka.
"Isk..... Tolonglah kawanmu ini, Boboiboy. 2 minggu lagi ada ujian topikal. Huhuhuhu.... Aku takut kena dengan Cikgu Badrol nanti. Tolonglah..."
Gopal terbayangkan kegarangan Cikgu Badrol yang mungkin lebih sadis daripada Kaizo.
"Hmm.... Yelah."
"ALIIIIII!!!!!!"
Terdengar satu suara yang mereka kenali. Siapa lagi kalau bukan Alicia.
"Pulangkan buku Kimia aku! AALIII!!!"
"Wek! Takkan dapat!!! Uwekk!" Ali menjelir lidah kepada Alicia."
"Haaaiisshh... Budak childish ni memang nak kena! Pulangkan..... SEMULA!!"Alicia melepaskan geramnya dengan membaling boomerang yang dimilikinya ke arah Ali.
TH'NG!
Ali disahkan pengsan.
"Padan muka! Nak kacau aku lagi. Hmph!"
Alicia pun mengambil semula buku Kimianya. Tapi, jauh di sudut hati Alicia, dia sebenarnya pening lalat. Tak tahulah sama ada Alicia nak menyumpah Ali tahap gaban ataupun sebaliknya.
"Erkk! Tak habis lagi mereka ni. Perang dunia yang TAK ADA PENGHUJUNGNYA ," keluh Boboiboy.
Boboiboy dan kawan-kawannya sudah masak dengan karenah duo pengawas itu. Ali dan Alicia merupakan pelajar aliran Sains Tulen tingkatan 5. Yang membezakan jawatan mereka di sekolah. Alicia merupakan ketua pengawas di SMK Pulau Rintis manakala Ali pula pengawas , ketua biro kebajikan pelajar. Malangnya, mereka ditakdirkan berada di bawah satu bumbung, iaitu berada di kelas yang sama.
YOU ARE READING
Akademi Ejen Muda
FanfictionBagaimanalah jika Boboiboy dan kawan-kawannya menjadi salah seorang EJEN di mana mereka sama sekali tidak dibenarkan menggunakan jam kuasa masing-masing? Nak tau? Mailah baca ff ni noh...