part 1

22 1 0
                                    

Qay memandang wajahnya di cermin . Dipakainya cap yang tergantung itu . Cap itu tersulam dengan huruf QH hadiah dari harraz . Dipandangnya lama gambar harraz . Gambar harraz yang memeluk bahunya sambil duduk .

Dia keluar dari biliknya . Dilihatnya mak saudara nya tengah membungkus nasi lemak .

"Mak lang , qay nak pergi kolej ni" kata qayrisna sambil membawa beg sandang nya itu .

"Ha ini , bagi harraz , maklang ada letak paru masak sambal fav dia lebih tu " balas maklangnya pula .

"Okay" kata qay bersahaja .

"Qayrisna , apa pakai baju macam ni ? Bila kamu nak berubah ni qay ?" Kata maklang qayrisna atau dikenali mak semah di kampungnya .

"Ini lah trend maklang" jawab qay tersenggih senggih

"Trend apa untuk perempuan macam ni ? Seluar jeans . T-shirt lelaki , ya allah " marah maklang .

Qay tersenggih lagi . Segera disalam dan dicium orang tua itu . Qay memakai kasutnya . Dia segera berjalan ke station bus .

♥♥♥

Qay menunggu bas . Dia mengeluh . Dipandangnya kiri dan kanan .

Dilihatnya ada sebuah kereta menghampiri . Ya , dia kenal kereta bmw 6 series itu . Dia tersenyum .

"Abang , nak saya tumpangkan ke ?" Kata harraz . Dia menurun kan cermin matanya.

"Banyak lah kau punya abang . Aku tumbuk kau ." Balas qay pula .

"Hahahahaha naik lah , " kata harraz , dia kembali memakai cermin mata hitam nya .

qay mengeleng . Dinaiki kereta bmw itu .

"Maaf lambat" kata harraz . Dia masih tekun memandu .

"Kan aku cakap , takyah amik aku . Aku boleh naik bas" kata qay memandang harraz .

"Eh siapa amik kau . Aku lalu depan bustop tu , so aku jumpa kau aku angkut ah sekali . Kau takyah perasan" balas harraz pula .

Qay mencebik . "Suka hati kau lah raz " malas qay mahu melayan .

Harraz tergelak . " nasi lemak aku ada ?" Tanya harraz . Dia menmang sudah kepalaran sejak dari malam tadi .

"Wehhhh tertinggal kat bustop" kata qay membuat muka cemas.

"Kau niiii" harraz mengerut muka . Dia sudah mahu naik angin . Ya, harraz memang seorang yang baran .

"Ada lah , aduhhh, kawal marah tu raz , kalau aku takde nanti , sape nak halang kau dari baran camni" kata qay merenung dalam wajah harraz .

Harraz mengerut . "Hm yelah" itu sahaja yang mampu dibalas . Perasaannya bercampur bauk.

♥♥

Qay keluar dari kereta . Bengang betul qay. Dilihatnya jam . Pasti prof. Hisyam akan mengamuk . "Woi raz , kelas dah nak start ni . Cepat lahhhh"

Harraz menunjukkan tanda sabar.

Qay berpeluk tubuh sambil bersandar di kereta . "Ada ke kata nak beli makanan , pastu duduk berbual dengan perempuan seksi tu haih " omel qay sendiri .

Qay memandang tajam . Qay tersengih . Qay pergi ke arah harraz dan perempuan seksi itu.

"Bro , isteri kau call" kata qay sambil tersenyum sengih .

Harraz membulat mata . Dia menolak kepala qay . "Pe kau merepek syaitonnm" kata harraz tersengih kerang busuk .
"Eh , tadi ISTERI kau suruh balik awal sebab nak beli susu anak kau" balas qay lagi . Saja ditekan perkataan isteri itu .

Perempuan seksi yang didepan itu memandang harraz tajam .

"No ! No ! Er.."

Belum sempat harraz mahu berkata , tangan perempuan itu sudah hinggap ke pipi harraz . Harraz terkedu . Perempuan itu segera pergi .

Qay yang melihat adengan itu segera tergelak besar . HAHAHAHAHAHAHAGAHAHAHHHAHAHAHAHAHAHAHAGAHAHQGAHQHQHAGQ.

Harraz mencebik segera dia kembali ke kereta . Kalau nak pikat awek bawak qay mesti sahaja dia akan ditampar . Harraz mendengus kasar . Segera dimasuknya ke dalam kereta .

Qay yang duduk di sebelahnya masih tergelak . Qay memandang muka cemberut harraz .

Qay memegang pipi harraz . "Raz , kau bila nak berubah . Sampai bila nak jadi kaki perempuan . Sorry " kata qayrisna lembut . Dia tersenyum .

"Kalau macam tu , kau jadi lah gf aku , haa takde lah aku main perempuan lagi " kata harraz . Matanya sengaja dikecilkan memandang qay .

Qay tergelak lagi . "Menmang tak lah" kata qay pula kali ini .

"Eh lelaki kamu pikir kamu comel?" Balas harraz sambil memandu keretanya .

"Eh kurang ajar kau " balas qay pula . Segera dipukulnya harraz . Harraz tergelak . Qay turut bahagia .

"Kalau kau takde , mesti aku tak
Sehappy ini" kata harraz di dalam hati .

♥♥♥

Qay mengunakan voltan kelajuannya dengan secepat mungkin . "Cepat lah raz , nanti prof hisyam marah . " kata qay sambil berlari dan menarik lengan harraz .

Harraz hanya membuat muka selamba . Seperti tidak bersalah sahaja .

Setibanya di depan pintu kelas kolejnya itu , kelibat prof hisyam terlebih awal di situ .

Qayrisna terkedu , matilah nakk ! Kata qay di dalam hati . Dia buntu .

"Ha baru masuk ? Baik tak payah datang terus" marah prof hisyam . Bengang dia .

"Err kami " belum sempat qay mahu membalas , harraz sudah menutup mulutnya .

"Kami dah sampai kan ? Prof taknak jemput masuk ke ?" Kata harraz sambil diangkat angkat keningnya itu .

Qay yang melihat , membukat mata . "Engkau nii..."

Belum sempat lagi qay mahu bercakap harraz lagi sekali memotong "prof nak kami berpanas ke kat sini?" Kata harraz lagi .

"Eh , takpe ye encik harraz , kamu dan sahabat baik kamu ni boleh duduk luar ni ye " kata prof hisyam pula .

Qay terkedu . Harraz yang memandang bersahaja . Dia menarik lengan qay , segera dibawa pergi . Qay yang ditarik buntu .

"Susah ada kawan takde perasaan ni " kusut qay bengang .

engkau "superwoman" aku !Where stories live. Discover now