Hidupku bermulanya satu detik pernafasan yang mendesak prioritas hidup.Di satu persimpangan jalan,mempunyai cabang yang merentap sesiapa pun yang mengalaminya.Penuh duri2 yang menyiat kulit,laut yang disangkakan secetek sungai,lorong yg terang disangkakan selamat,mulut manis rupanya musuh,apatah lagi hati yang berkeladak dan berlumut dengan sangkaan tipu daya syaitan semata2.Apakah pilihan yang ada jika semuanya tidak memuaskan hati yang tidak pernah bersyukur apa yang ada.Di suatu malam yg sunyi,ku terjaga dari tidur.Namun,segalanya gelap gelita.Apakah yang berlaku?!Di manakah aku?! Mengapa aku keseorangan?! Ibu!!Ayah!!abang!!Panggilan demi panggilan diteriakkan oleh jiwaku yg semakin gentar dgn suasana sebegitu.Namun,tiada yang menyahut panggilanku itu,malah aku terdengar bisikan yang amat menggerunkan bersebelahan aku.Aku terpaku tanpa berkata apa2 apabila bisikan itu adalah datangnya daripada satu lembaga yang sangat menggerikan.Matanya satu,tiada tangan dan kaki.Apakah itu??!!Aku terperanjat lalu terjatuh dan tersungkur ketika melarikan diri.Aku tidak tahu ke arah manakah aku sedang melarikan diri.Segalanya gelap gelita tanpa suara.Hanya suara ketakutan di benakku.Tidak dapat aku huraikan mahkluk apakah itu yang muncul sebentar tadi.Hatiku semakin berdebar.Tertanya2 mengapa aku harus hadapi semua ini.Suara aneh menjelma nyaring di merata2 sudut.Semakin lama semakin dekat.Semakin menghampiri aku.Bisikan yang tidak ku mengerti bait2 yang dikatakan makhluk aneh itu.Keberadaan aku di situ semakin meresahkan aku.Lalu makhluk itu seakan2 mencakar muka dan seluruh tubuhku tanpa belas kasihan.Aku teriak kesakitan.Darah terpancut dengan banyak sekali.Luka di tubuh dan mukaku sangat dalam.Kuku mahkluk itu melekat di badanku.Ya Allah peritnya Ya Allah!! Lalu aku terdengar satu suara memanggil dengan perlahan dan sayu."Adam..Adam..."semakin lama semakin kuat."Adam...Adam".Lalu aku tersentak dan terjaga.Ya Allah,rupanya aku sedang bermimpi.Panggilan itu dari ibuku Maznah dari arah ruang tamu berhadapan bilikku."Adam,apa yang kau jerit2 dalam bilik tu?engkau tak pegi solat jumaat ke hari ni?".Aku menyahut panggilan ibuku dari pintu bilikku "kejap ibu,Adam tengah nak bersiap la ni!!Ibu ni bising lahh" sambil menjeling ke arah mata ibuku.Ibuku terdiam tanpa berkata apa2 seolah2 terasa dengan kata2 ku sebentar tadi.Aku kembali ke arah katil dalam bilikku.Aku masih tertanya2,apa yg aku alami tadi?Muka ku terlihat pucat lesi di hadapan cermin meja bilikku."Adakah itu...itu...".Aku gentar dan takut kerana tidak pasti makhluk apakah yang muncul dalam mimpi aku.Aku lantas bersiap untuk ke masjid dan berfikir bahawa itu hanyalah mainan tidur sahaja.Tiada kaitan atau bersangkutan dengan diriku.Lalu Aku meneruskan hidupku tanpa menghiraukan apakah yang berlaku dan wujud dalam mimpiku itu.Ketika berjalan pulang dari solat jumaat,aku terdengar satu perbualan rakan2 sekolah yg bermusuh dgnku selama 3 tahun."Adam tu bukannya ikhlas pegi solat jumaat,dtg masjid pon dipaksa,lepastu duduk dalam tandas bukannya solat.Kasihan Aunty Maznah tu.Ayah Adam tu dah la imam di masjid ni,macam mana la anak dia bole jadi mcm tu?!! Tak tau malu ke?!!".Aku berasa cukup berang dengan kata2 yg menghina itu."Hei korang,aku taula aku ni tak alim mcm korg,hari2 solat jemaah di masjid,tapi aku takde la nak mengumpat keburukan org kat org lain!!korg rasa korg hebat sgt ke pegi masjid hari??!!".Mereka memandang sinis dan salah seorang drpd mereka menjawab "kami tak hebat,tapi kami tahu solat itu satu kewajiban umat islam,bukan persinggahan seperti perhentian bas".Aku tersentak mendengar kata2 kwn2 ku.Mereka tahu bahawa aku tidak solat melainkan disuruh,itupon hanya lakonan bukan atas keikhlasan.Lalu aku berpaling dari mereka dan meneruskan langkah untuk pulang ke rumah yang jauhnya hanya 10 meter.Aku berlalu sambil direnung tajam oleh mata2 halus mereka.Setelah aku sampai di pintu rumah,aku terdengar ayahku sedang berbual2 dgn ibuku di dapur.Kedengaran seperti perbualan yang serius.Aku masuk ke dalam rumah dan menghampiri ke ruang dapur.Aku mencuri2 dengar perbualan itu "Ayah :Awak nak tahu,Adam tu buat perangai lagi dkat masjid.Tok Bilal kata dia selalu ternampak Adam tu mencuri duit tabung masjid!!.Tak serik2 Adam tu!Awak kena tegur sikit budak tu,jangan dibiarkan nnti makin susah kita nak didik dia.Makin liat hati dia nnti.Maznah : Dah bang,puas dah saya pujuk,tapi budak tu tak nak dengar.Takpelah bang,lama2 nnti dia berubah la tu.Ayah :Itulah awak!!manjakan sgt budak keras kepala tu!!asyik2 biar,biar,biar!sampai bila awak nak tgk anak kita menjadi bualan jiran2 dan penduduk di kawasan ni!!.Malu saya dibuatnya.Maznah : yg abang nak marah2 saya ni knp?bukannya saya tak tegur tapi dah tegur.Budak tu bukannya boleh ditegur sgt,saya pula dilentingnya nnti".Aku yang semakin berang dengan perbualan itu terus masuk campur "Sudahlah tu ayah,Adam dah besarlah,Adam tahulah apa yg Adam buat.Adam curi duit pon Adam tak sedar,Yelah bak kata org2 tua,perangai anak ikut perangai mak bapak.Haa sudah terang lagi bersuluh kan,mestila perangai Ayah pon dulunya mencuri!!!Hahahaha."Ayah :Kurang ajar punya anak!!Aku didik kau sejak dari kecil,ini balasannya???!!PANGGGG!!.Satu tamparan yang melekat di pipiku.Lalu aku terjatuh di lantai dapur yang sungguh licin itu."Ayah : Tergamak kau buat begini pada ayah,Adam??Siapa yg mengajar kau kurang ajar?!!Siapa yg mengajar kau mencuri jika tanpa kehendak nafsu kau sendiri?!!".Aku tersentak dan terus bangun dari kedudukan aku dri lantai "Ayah tak pyh nak didik Adam sgt lahhh.Adam dah 19 tahun!!19 tahunn!! Adam bukannya budak2 utk dinasihati!! Ayah tu yg patut dinasihati,dah tau diri tu tua,buat2la insaf sikit,Bertaubat la!!Kubur tu dah panggil tu!!Hahaha".Ayah hanya terdiam lalu duduk di atas kerusi sambil memandang ibuku.Aku yg merasakan suasana genting tu sudah reda dgn kemenangan aku berdebat dgn ayahku,terus masuk ke bilikku dan kunci dari dalam.Pada ketika itu sedang cuti semester 4 bulan,aku tidak bekerja melainkan menghabiskan masa di rumah dengan permainan video dalam laptopku.Aku belajar jurusan perakaunan.Selalunya akulah menjadi tempat utk bertanya soalan jika peperiksaan akhir menghampiri.Pada jam tepat pukul 3 petang,tiba2 ada whatsapp masuk."Ting..Ting..".Bunyi whatsapp masuk.Aku segera mencapai telefonku kerana tidak berkunjung whatsapp masuk semenjak cuti ni.Takut ada yang penting.Aku terus lekas melihat siapa yg menghantar mesej itu."Hah!!,Ini mesej dari Awek aku ni,mesti kena baca ni".Mesej tersebut adalah daripada awekku,Malia.Malia adalah muda setahun dariku.Aku mengenali Malia sejak dari zaman sekolah menengah lagi.Cantik awek aku ni.Seksi."Malia : Syg,nak tak kita jumpa malam ni?".Aku tersentak membacanya. Buat pertama kali Malia mengajak aku keluar bersamanya. Selalunya aku yg mengajaknya terlebih dahulu.Aku yg berasa timbul persoalan yg merumitkan lalu bertanya "Keluar?nak pegi mana malam2 ni?Ibu awak tak marah ke?.Malia : Syg jgn risau,malam ni kita berseronok.Ayang ada ramai kwn boleh tolong kita malam ni.Duit pon banyak".Aku semakin curiga dengan sikap Malia.Aku bertanya sekali lagi "Awak nak ajak saya pegi mana pulak ni?awak jgn buat benda bukan2 Malia,walaupun saya tak alim tapi tak tergamak buat benda bukan2.Malia : ala rileks la,bukannya org nampak pon.kita pegi kelab malam je.kita lepak2.jom syg".Aku berasa ada satu bisikan seperti menghasut aku mengikut ajakan dan kehendak Malia itu.Lalu aku bersetuju dengan permintaannya untuk keluar bersamanya pada malam ni tepat jam 8 malam.Aku terfikir,bagaimana aku mahu buat helah supaya ayah dan ibuku membenarkan aku keluar pada malam ni.Aku lantas menelefon Rahman,rakan akrabku."Troot...Troot... Adam: Helo Rahman.
Rahman : Hah!!Apahal kau??da buang tebiat ke apa??da 2 tahun tak balas mesej aku,ni tiba2 telefon aku kenapa?!!Malaikat maut dtg nak tarik nyawa ke?Ingatkan kau da mati.Lama betul menghilangnya.
Adam : Heiii!!Mulut kau jaga sikit boleh tak.Aku sibuk haritu.Tak sempat balas.Ni aku nak minta tolong ngan kau nii.Boleh tak?
Rahman : Sibuk la sgt!! Aku kenal sgtla Adam bin Amzar.Tolong apa??
Adam : kita jumpa sekarang dekat perhentian bas depan sklh kita tu.Penting nii.Kau gerak sekarang.
Rahman : Yelah!!Aku pi skang".
Kami akhirnya dapat bertemu di situ setelah 2 tahun aku menghilangkan diri dripd penglihatan rakanku itu.
YOU ARE READING
Menanggung Azab
Non-Fictionpenceritaan hasil karya original dari penulis yang melalui liku2 kehidupan yang sangat bersangkutan cabaran yang dahsyat dan pengajaran buat si pembaca.