INTISARI BERINTI

1.5K 32 10
                                    

Malam Jumaat ini aku buat kerja gila.

Aku senaraikan semula semua kisah yang pernah aku tulis — sebahagian daripadanya terpilih untuk dikompilasikan dalam buku creepyposta terbitan Lejen Press — untuk followers aku di Facebook.

Bila sampai nombor 65, aku surrender. Kenapa banyak sangat? Tak, persoalannya, macamana aku boleh berkudrat menulis hampir setiap malam beberapa tahun lepas? Saka penulisan apa yang aku bela? Sekarang ni, kalau dapat tulis dua cerita seminggu pun dah cukup bagus.

Tapi aku perasan satu benda: gaya penulisan aku dah berubah. Mana-mana yang longgar aku dah ketatkan. Cerita-cerita aku pun dah menjangkau 1,700 patah perkataan. Tak macam dulu, tergesa-gesa nak certotkan sangat sampai banyak perincian yang tertinggal. Not cool.

Pada sesiapa yang belum baca sesetengah kisah ini — ataupun nak baca semula — anda boleh selak laman Wattpad creepyposta maha koleksi.

Selamat membaca.

INTISARI CREEPYPOSTA

Sila skrol laman Facebook ini untuk membaca kisah-kisah seawal September 2015.

1 | TEKSI / 9 Sept 2015 — Gadis berbaju kurung putih dan berambut ikal mayang menahan teksi jam 2 pagi.

2 | LOLOS / 9 Sept 2015 — Dua banduan menghitung hari sebelum ke tali gantung.

3 | NINA IS TYPING / 9 Sept 2015 — Chatting Whatsapp seronok-seronok jam 2 pagi di antara Nina dan Zali menjadi chatting seram-seram.

4 | MAKCIK KARIPAP / 9 Sept 2015 — Kisah zaman berzaman, turun temurun yang membuatkan semua pelajar kecut perut.

5 | WHITEBOARD / 10 Sept 2015 — Bila duduk sebilik tapi jadual kelas berbeza dan jumpa pun malam-malam, hanya whiteboard jadi medium interaksi. Rupanya...

6 | RINDU / 10 Sept 2015 — Kasih ibu membawa ke Syurga. Tapi, kalau ibu itu bukan lagi ibu yang pernah kita kenali, adakah kasihnya masih membawa ke Syurga?

7 | FYNN SUKA BACA BUKU / 10 Sept 2015 — Fynn, seorang remaja yang suka membaca, membeli sebuah buku 'puaka' dari seorang tauke.

8 | TAG / 11 Sept 2015 — Kisah Dr Lokman habis shift, turun parking naik lift.

9 | BUAIAN / 11 Sept 2015 — Kerana inginkan kebebasan, seorang anak muda menyewa sebuah rumah lama di kuarters kerajaan. Dapurnya menghadap sebuah pohon rendang berbuaian.

10 | PESANAN / 11 Sept 2015 — Mesej dari pihak pengurusan tentang tatacara penggunaan lift... sekiranya ternampak hantu.

11 | HOSTEL / 11 Sept 2015 — Hostel memang tempat yang menggembirakan untuk para pelajar. Sehinggalah malam tiba.

12 | FAEZ IBRAHIM / 11 Sept 2015 — Faez ingin mencari duit poket dengan menjadi house sitter sebuah rumah banglo di Shah Alam. Tugasnya, antara lain, memberi kucing tuan rumah makan sewaktu ketiadaan mereka. Semuanya kacang. Sehinggalah dia ternampak benda itu.

13 | MOKMOK / 11 Sept 2015 — Seorang wanita obes tersangkut di dalam lift hospital.

14 | MAK KAU HIJAU / 12 Sept 2015 — Kisah Riri, seorang anak istimewa yang sering menjadi mangsa ejekan budak-budak kampung.

15 | AL FATIHAH / 13 Sept 2015 — Anda kenal siapa rakan-rakan rumah sewa anda?

16 | JETI / 13 Sept 2015 — Jeti itu menjadi lokasi kegemarannya melepak sambil makan aiskrim dan mencelupkan kaki di dalam air sungai selepas balik mengaji ketika kanak-kanak. Tanpa diketahuinya, jeti itu menyimpan cerita yang sungguh angker.

waginaWhere stories live. Discover now