1- Eye contact

263 12 1
                                    

Aku Asluna Qisya . Orang yang kenal aku panggil aku Luna . Ramai tak kenal siapa Asluna Qisya dalam erti manusia . Maksudnya aku ni typical budak pendiam . Aku tak suka bercakap dengan orang melainkan orang tu kawan baik aku iaitu si bedol dan bedah . Bedol tu Farihin dan Bedah tu pulak Adreen . Dia orang jelah kawan yang aku ada . Satu benda lagi yang korang akan terkejut or maybe tak hahaha . Ya aku anak Tan Sri Hassan pemilik syarikat Hassan's Jerimbo Holdings . Tapi orang dekat universiti taktahu aku anak Tan Sri dan aku pun taknak dia orang tahu sebab kalau dia orang tahu habis setaip hari nak berkepit . Berkepit bukan nak berkawan tapi nak duit . Ah malas aku nak fikir pasal orang-orang macam tu . Tak penting . Last , aku ni anak kedua daripada dua orang adik beradik . Aku ada abang . His name is Addin Danish . Dialah tempat aku bergantung bila aku ayah suruh aku berdikari di luar rumah . Maksudnya jangan bergantung pada ayah sepenuhnya . Dia juga tempat aku mengadu bila ada masalah . Tapi kekadang rasa nak baling kuali je dekat dia bila start perangai annoying dia . Sumpah rasa nak kasi kaki yang saiz 7 ni dekat muka dia . Annoying dia tahap babun ko tahu ? .

Bunyi jam loceng yang bising di tepi katil , ditutup oleh Luna . Dia bangun mengeliat dan melangkah ke arah bilik mandi . Tangannya sempat mencapai tualanya yang elok tergantung di ampaian kayu itu . Kalau tak capai tadi , ha aku keluar buat freeshow pagi-pagi . Grr taknak mak buat . Nanti habis pengsan orang tengok body aku yang tak berapa nak lawa ni hahaha .

Selesai membersihkan diri , Luna keluar dengan badannya berbalut tuala . Segera dia berlalu ke almari kayunya . Ala kayu je bukan macam yang dalam novel tu cah cah wadrobe . Padahal realiti plastik . ( Kidding gais ! ) . Dia mencapai blouse berwarna pink belacan dan seluar slack berwarna hitam . Ha hakak tak hipster macam adik-adik dekat luar tu . Dok raverlah , sotonglah . Apa nak jadi dengan dunia ni ? Mohon jangan terbalik yah . Kemudian mencapai shawl berwarna putih dan melilitnya di kepala . Done !

Luna segera mencapai beg laptopnya dan handbag yang dipenuhi dengan barang keperluannya . Sebelum turun ke bawah , dia menghampiri bilik housematenya . Perlahan-lahan dia mengetuk pintu putih itu . Apabila tiada sahutan dari dalam , dia terus menguak pintu itu seluas-luasnya . Matanya membulat apabila melihat kawannya sedang terbongkang tidur di atas katil single itu .

" Hoiiii Bedahhh !! Kau janji apa dengan aku semalam hahhh ?!! " jerit Luna kuat di telinga Adreen .

Terpisat-pisat gadis itu bangun dan menggosok matanya . Dia melihat sekeliling sebelum terlena kembali . Luna yang melihatnya berang . Eii perempuan ni . Kau ingat suara aku ni jam loceng kau ke ha ?

" Hai cik Adreen sayang . Bangunlah " sengaja Luna melembutkan suara walhal dalam hati sudah membara api kemarahannya .

" Ye sayang . Bagi masa 5 minutes ya Qim . I nak tidur kejap " balas Adreen dengan mata yang terlelap

" 5 minutes acik kau !! Bangunlah Syarina Adreen !!!!!!! " jerit Luna sekuat hati .

" Makkkk !! Ada gorilla mengamuk !! " jerit Adreen apabila tersedar dari lenanya . Matanya dicelik-celikkan memastikan tiada gorilla di biliknya . Apabila matanya melilau memerhati sekeliling biliknya , matanya tertancap pada figura yang sedang turun naik nafasnya . Mungkin sedang menahan marah .

" Mak , ada gorilla betina tengah marah ! " jerit Adreen sebelum berlari masuk ke dalam bilik mandi . Nasb tualanya sudah siap tersidai didalam bilik mandi kalau tak naya nak keluar ambil dekat ampaian . Aku rela keluar bogel dari kena baham dengan gorilla betina tu !

Luna menahan nafasnya sekejap sebelum melepaskannya perlahan-lahan . Nasib lah dapat kawan macam si malaun ni . Yang payah nak bangun pagi . Semalam beriya-iya nak gerak awal . Last-last dia yang bangun lambat . Ei kawan takleh pakai !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

" Hoi lun , marah lagi ke ? "soal Adreen apabila kereta Axia milik Luna bergerak menyusuri jalan . Soalan Adreen dibiarkan sepi . Mood marahnya masih tidak hilang lagi . Kalau tak difikirkan kawan baik , sudah lama dia humban gadis ni di gaung belakang rumah . Ergh geram !

" Lun , sorrylah . Bukan sengaja nak bangun lambat . Semalam aku lupa kunci jam . " ujar Adreen lagi . Mulutnya tidak berhenti bersuara menyatakan yang dia lupa mengunci jam .

" Fine ! After this , kau buat lagi aku tak nak kawan kau dah ! " marah Luna . Matanya masih lagi fokus memandu . Er kalau terbabas kang , habis elaun aku tiap bulan kena bayar kereta ni . Tambah lagi dengan aku bawak anak orang . Grr naya je !

Adreen tersenyum puas . Bukan senang kata-kata maaf nak keluar dari mulut si Luna ni . Sekali setahun je aku rasa . Masa raya mana ada dia cakap maaf dekat orang . Maklumlah dia tak bergaul dengan orang dekat Universiti sana memanglah dia takde salah . Lainlah kalau orang lain yang suka mengata si Luna ni . Kata Luna ni pelacurlah , bohsialah , anak haramla . Hei kau tak kenal lagi siapa bapak dia . Kalau kau kenal mahu terngaga mulut kau . Siap package air liur meleleh ko !

" Sudah-sudahlah tu senyum . Aku tengok macam kena strok je rupa hengko ni . Dah sampai , taknak turun ke kak ? " ujar Luna dari luar . Sengaja dia meninggalkan Adreen di dalam kereta yang sedang tersenyum-senyum . Entah fikir apa tah tu . Fikir moments sweet dia dengan Aqeem la tu HAHAHA gegeli je kau ni dreen !

Adreen tersedar dari lamunannya kerana dikejutkan dengan teguran Luna yang sudah berjalan meninggalkannya di dalam kereta . Eee kureng diajar ya lo ninggalin guwe di dalem kereta . Keluar dah sleng Indon akak Bandung kita ni hahahaha .

" Lun , tunggulah aku woi ! " laung Adreen dari belakang . Jalannya terkedek-kedek kerana memakai heels . Apa kejadahnya minah ni tetiba pakai heels dekat U ? Wayar dekat otak dah putus ke aduh .

Tiba-tiba langkah Luna berhenti apabila matanya terpandangkan figura yang sering diperhatikan olehnya . Wajahnya mempunyai jawline yang mampu mengoyahkan iman seorang kaunm hawa termasuk dia . Mata yang bundar , rambut hitam serta tebal . Bibirnya kemerah-merahan menandakan lelaki ini bukan seorang perokok .

Adreen yang baru tiba di sisi Luna turut berhenti

" Ha pandai pulak kau berhenti . Ingatkan nak menonong je masuk kelas tak tunggu aku " bebel Adreen tapi kali ini bebelannya tidak didengari Luna yang sedang memerhati gelagat lelaki yang sedang berbual dengan Professor Seth .

Adreen pelik melihat tingkah Luna yang diam tidak berkutik . Matanya melilau memandang sekeliling sebelum matanya juga terancap pada benda yang dipandang Luna .

Adreen tersenyum nakal . Akalnya terfikir ingin mengenakan kawannya

" Ehem ! Aim oh Aim ! " panggil Adreen . Luna yang sibuk memerhati gelagat lelaki di hujung tangga itu tersedar kerana matanya dan mata lelaki itu bertembung . Lelaki itu laju saja menjeling apabila pemanggil itu adalah perempuan .

Mereka berdua terdiam apabila melihat jelingan itu .

" Kau lah ni reen , gatal pergi panggil kenapa ? . Tengok dia dah bagi jelingan maut dekat kita . Aduh ! " ujar Luna sambil menghentak-hentakkan kakinya di lantai .

Adreen hanya mampu menahan tawanya dari terlepas .

ASLUNA QISYAWhere stories live. Discover now