"Bodohnya lahai adik-beradik dua orang ni." Hwamin berkata sambil membakar gambar Jungkook bersama Jimin menggunakan lighter.
"Kau percaya adik kau bunuh diri? Dasar jantan bodoh!" Tempiknya lalu mencampak gambar tersebut ke dalam api yang sedang marak dibelakang rumahnya.
"Park Jimin, bodoh. Jeon Jungkook bodoh. Adik-beradik sama-sama bangang."
Flashback.
Jungkook sedang berehat sambil bermain air dengan kakinya di kolam renang.
"Hyung... Hyung tengah buat apa? Kook rindu hyung. Hyung tak rindu Kook ke?" Monolognya sendiri.
Air mata jantannya yang mengalir perlahan terus dikesat dengan lengannya.
"Hey, boy." Jungkook mengerutkan dahi dia.
Siapa pulak yang main terjah masuk rumah dia?
Dia berpaling ke belakang.
"Nuguya?"
"Awek abang kau yang tak guna tu." Balas perempuan itu.
Mukanya ditutup dengan mask hitam.
"Apa kau nak sundal?"
Hwamin tersenyum sinis di sebalik topeng hitamnya.
"Bunuh kau." Jawab Hwamin tenang.
Jungkook lantas bangun lalu berjalan ke arah Hwamin.
"Buatlah." Jungkook membalas.
Hwamin tersenyum suka. "Tapi, sebelum tu aku ada dua permintaan." Kata Jungkook.
Hwamin menggulingkan matanya.
"Bagi aku tulis something untuk hyung aku. Lepastu, kau buatlah apa kau nak kat aku." Kata Jungkook.
Sungguh, dia rasa tiada semangat nak hidup lagi selepas Jimin tinggalkan dia. Jungkook dah tak ada siapa lagi melainkan Jimin.
Sekarang, Jimin pun dah benci dia. Jimin dah tinggalkan dia. Buat apa lagi dia nak hidup kalau dia tak dapat kasih sayang?
Pada dia, hidup takkan bermakna tanpa kasih sayang daripada ahli keluarga.
YOU ARE READING
Hyung-지국
Short Story" Hyung... Aku tak percaya yang kita berpisah hanya sebab seorang perempuan."