bab 14: selamat tinggal

133 19 0
                                    

Hayeon jatuh ke tanah sambil meletakkan tangan pada bahagian kanan dadanya.

Hati Hayeon berada di sebelah kiri, bukan di sebelah kanan.

🍀🍀🍀

Sebelum ini...

Sebelum segala-galanya menjadi gelap gelita.

🍀🍀🍀

Hayeon membuka matanya.

"Apa... yang dah jadi?"

🍀🍀🍀

Masa diundurkan

Hayeon masih terbaring diatas tanah dengan badan yang masih berdarah.

Ketika itu, Hoseok mempunyai gerak hati yang dia tidak patut keluar dari dormnya. Hoseok pun tidak tahu kenapa. "Aku tak patut berjalan sana sini macamni..." fikir Hoseok.

"Aku patutnya cuba untuk hidup... Bukannya berjalan selamba macamni..."

Hoseok melanggar arahan Hayeon begitu sahaja.

Hoseok tidak mampu untuk hanya berdiam diri.

Sekurang-kurangnya, kalau Hoseok ternampak Hayeon berlari dari malaikat maut yang mengambil nyawa Hayeon, Hoseok ingin menyelamatkannya.

Tetapi segala-galanya sudah terlambat.

Peluru dan kekecohan disana sini.

Semua orang panik.

Tetapi cepat-cepat menelefon ambulans.

Hayeon tidak tahu, betapa derasnya airmata Hoseok mengalir apabila Hoseok nampak Hayeon dengan badan yang berlumuran darah.

Betapa Hoseok takut untuk kehilangan Hayeon.

Hoseok selalu membayangkan dirinya berjumpa dengan Hayeon, tetapi Hoseok langsung tidak terfikir yang dia akan bertemu dengan Hayeon lagi sebagai mangsa pembunuhan bersiri.

Sambil Hoseok mengalihkan beberapa urai rambut yang menghalang wajah Hayeon, Hoseok dapat melihat mata Hayeon yang cuba memandangnya tetapi sudah tewas.

"Hei hei jangan tinggalkan aku. Bertahan.Tolong... Jangan tinggalkan aku macamni Hayeon..."

Melihat seseorang meninggal dunia adalah perkara yang normal bagi Hayeon.

Sekarang, Hayeon yang mati, Hayeon akhirnya dapat merasakan apa yang mangsanya rasa apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka.

Ini sebabnya kenapa Hayeon meminta maaf sebelum dirinya ditembak.

Hayeon tahu, Hoseok tidak akan berpegang pada janjinya lalu cuba mencari Hayeon.

Hayeon tahu, ada peluang untuk Hoseok melihatnya mati.

Perkara itu akan menyakitkan hati Hayeon.

Apabila Hoseok menangis untuk dirinya.

🍀🍀🍀

nota penulis;

YEY YEY EXAM DAH HABIS *GELEK GELEK*


PEMBUNUH. » jung hoseokWhere stories live. Discover now