CHAPTER II

38 5 4
                                    

Iz menunggu Adam di kedai mamak berhampiran taman perumahan mereka. Beberapa minit kemudian, Adam sampai dan mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan dengannya. Mereka memesan teh 'o' ais limau dan roti canai.

Dia memerhatikan lagat Adam yang mencuka. Dia tahu ini pasti berkaitan dengan Deena yang membuatkan kehidupan rakannya tidak seceria dahulu. Tiap hari pasti ada sahaja perkara yang tidak kena. Bak kata orang, masalah rumah tangga tak pernah selesai.

Sebaik pesanan sampai, pelayan itu menghulurkan senyuman sebelum beredar. Iz menepuk bahu Adam yang sibuk termenung memerhatikan pekerja yang menebar roti canai di sudut premis. Adam tersentak.

"Kenapa ni?", tanya Adam terpinga-pinga.

Iz menggeleng kepala. "Tulah kau. Termenung sampai tak sedar makanan dah sampai."

Adam menggaru sedikit kepalanya yang tidak gatal. "Ha ha sorry bro, aku tak perasan," dia kemudian menarik pinggan roti canai di hadapan.

Bau kari daging penangan mamak memang win. Belum rasa lagi roti canai dia. Sedap gila! Patutlah ramai je pelanggan datang. Lagi-lagi pelajar kampus yang tiada kerja lain duk melepak hadap bola tiap-tiap malam pekena roti canai kosong. Disamping menjimatkan kos perbelanjaan. Tak jemu weh.

Adam memandang lama roti canai dihadapannya. Dia mencubit sedikit dan menelan. Entah kenapa hari ini roti canai itu tidak dapat menarik seleranya dari terus makan.

"Weh Dam, aku nak tanya kau ni. Kau kenapa sebenarnya?", tanya Iz.

Adam masih memandang pekerja yang duk sibuk menebar roti canai itu. Ralit betul. Entah apa yang special dekat mamak tu pun tak tahulah.

Iz melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka Adam. Dia mula hilang sabar. "Hoi! Dengar tak apa aku cakap ni?!", diikuti dengan tepukan di meja.

Adam tersentak sekian kalinya. "Huh apa kau ni? Gila ke? Tengok lah orang lain semua dah pandang," marah Adam. Dia tersenyum malu apabila menyedari pelanggan meja berhampiran memandang mereka sinis dan berbisik-bisik.

"Ha itu lah. Aku panggil bukan nak dengar duk termenung je," jawab Iz.

Suasana kembali sunyi antara Iz dan Adam. "Iz, kau okay tak ni?", ujar Muiz kembali menghidupkan suasana diantara mereka.

"Hm entahlah bro. As usual" Adam mengangkat bahunya.

"Ni tak lain tak bukan mesti dengan awek sengal kau tu kan?", tebak Iz.

Adam menjegilkan matanya kepada Iz. Rakannya itu memang tidak suka dia menjalin hubungan cinta dengan Deena sejak dulu lagi. Sampai sekarang dia masih tidak mengetahui apa puncanya.

"Eh engkau ni kan. Aku tahulah kau tak suka awek aku tu tapi agak-agaklah bro," ujar Adam.

"Korang berdua tu ha macam belangkas dah aku tengok. Tak rimas ke 24/7 dengan dia? Kalau aku muak wey!", getus Iz.

"Rimas tu rimaslah tapi nak buat macam mana. Ala kau pun tahu kan perangai dia tu," Adam menyebak rambutnya kebelakang. Kusut.

"Awek queen control ni tak payah layan sangat, Dam. Tak pun tinggalkan je. Habis cerita. Takda nak pening kepala," jawab Iz dengan riak selamba.

Selesai membuat pembayaran di kaunter, mereka terus membawa haluan masing-masing.

TerakhirWhere stories live. Discover now