Bab 1

7.7K 71 8
                                    

BIAR 1001 MALAM ITU CUMA SEBUAH DONGENG NAMUN AKU MAHU MENCIPTA SERIBU SATU MALAM BERSAMA MU...ZULAIKHA.

ZULAIKHA tergopoh-gapah berlari ke pintu automatik yang diluarnya jelas bertulis Mega Emas Berhad. Sesekali dalam keadaan kelam kabut jam di tangan kiri di jeling. Pasti dia kena lagi.
"Zulaikha? Selamat pagi."
Zulaikha tarik nafas panjang. Cuba tersenyum meski hatinya sedikit gusar. Terlewat lagi hari ini.
"Selamat pagi Tuan Rasul." Dia cuba tersenyum meski hatinya diusik gelabah.

"Terlewat?" Soal Rasul sambil bibirnya mengukir senyuman. Dia masih pandang wajah manis berbaju kurung sutera biru disebelahnya. Wajah ini kerapkali bertandang di kornea meski tubuhnya tidak berada di hadapan mata Rasul. Rambutnya separas bahu yang ditocang menjadi satu.
"Ya tuan. Saya mohon maaf." Zulaikha menunduk sedikit.
Rasul masih tersenyum. Mempersilakan Zulaikha untuk masuk dahulu ke dalam lif.

"Tak apa Zulaikha. Terlewat sedikit itu hal biasa. Jangan risau. Saya juga terlewat."
Zulaikha angkat wajah pandang rasul.
"Tapi tuan bos saya cuma kuli."
Rasul ketawa. Hatinya semakin tertarik dengan gadis ini.
"Tak ada istilah kuli dan bos. Kita adalah satu keluarga dalam syarikat ini. Jam loceng rumah awak tak berbunyi ya?"
Nada gurau dari rasul sedikit menyenangkan perasaan Zulaikha yang kacau tadi. Dia ketawa. Lif berhenti di tingkat 20. Sama-sama mereka melangkah keluar.
"Kehabisan bateri barangkali Tuan."
Rasul turut sama ketawa. Seseorang memerhati di hadapan pintu dengan briefcase di tangan. Gelak ketawa keduanya membuatkan darahnya naik tiba-tiba.
"Ehem.."

Dia masih berdiri di pintu kaca.
"Tuan Zahred. Maaf tuan saya terlambat." Zulaikha memohon maaf.
Dia melangkah perlahan ke pintu kaca.
"Terlambat? Awak fikir awak bos kat sini? Awak fikir saya buka syarikat ini untuk pekerja seperti awak boleh datang ikut masa awak?" Tempelak Zahred. Wajah Zulaikha merah. Malu pun ada di tempelak dihadapan rasul.
"Maaf Tuan." Hanya itu yang mampu diucapkan.
"Zahred, tak perlu kut kau marah macam tu. Aku rasa Zulaikha ada sebab tersendiri kenapa dia terlewat hari ini."
"Teruskan bagi muka pada pekerja bawahan. Bravo Rasul."
Zahred melangkah masuk. Zulaikha tarik nafas panjang.
"Maafkan saya Tuan Rasul."
Rasul masih tersenyum.

"Tak apa Zulaikha. Marah Zahred tu biar saya yang jawab."
Zulaikha angguk. Lantas terus masuk ke dalam pejabat. Sebaik sahaja duduk di kerusi nafasnya dihela perlahan. Matanya dipejamkan seketika.
'Apa jalan yang aku ada Ya Allah?' Hatinya merintih seketika. Puas dia memikirkan jalan terbaik tapi semuanya buntu. Airmatanya mengalir di pipi.

"Seratus ribu... Sepuluh ribupun belum tentu aku ada."
Kertas-kertas di atas meja dipandang sepi. Hatinya tiada disini. Fikirannya di rumah. Pada sekujur tubuh yang terlantar sakit.
Interkom di meja berbunyi.
"Masuk bilik saya sekarang." Suara Zahred kasar di hujung talian.

Zulaikha bangun. Bajunya dibetulkan seketika. Melangkah ke kamar Zahred disebelah kiri.
"Mana laporan yang saya minta semalam?"
Mata Zahred cuma memandang seketika pada Zulaikha.
"Maaf tuan saya masih belum siapkan lagi."
Zahred angkat wajah pandang Zulaikha. Tajam matanya menikan anak mata Zulaikha.
"Awak ingat awak siapa disini, Zulaikha? Kalau awak tak mampu jalankan tanggungjawan sebagai pekerja awak boleh berhenti. Saya tak perlukan pekerja sampah macam awak."
Kata-kata Zahred menikam ke hati Zulaikha.
"Maafkan saya Tuan Zahred. Saya akan siapkan hari ini."
"Dah pergi. Saya mahu laporan itu atas meja saya sebelum jam 8 pagi esok. Kalau tak pintu pejabat ini terbuka untuk awak keluar dari sini."

Zulaikha cuma angguk. Sebak bila dihalau sebegitu meskipun memang salahnya sendiri.
Dari pagi sehingga ke malam dia tekun di meja menyiapkan laporan tentang projek di Terengganu yang diminta Zahred. Lenguh pinggang dan sakit kepala usah diteka lagi.
"Allah dah pukul 7 petang."

Dia pandang skrin komputer riba masih ada yang belum disiapkan. Kepalanya diletakkan seketika diatas meja. Mahu terlelap barang seminit dua. Matanya dipejamkan sedang kepalanya diletakkan diatas lengan.
"Makan dulu."

Bau burger Mcdonalds menusuk hidung. Serta merta wajahnya diangkat. Zahred yang masih berkot hitam memandangnya.
"Tuan Zahred."
Zulaikha bangun.
"Makan."
Dia angguk. Zahred melangkah keluar. Burger Mc Donalds diatas meja dipandang. Serta merta perutmya terasa lapar.
'Zulaikha kenapa tak cuba buat pinjaman dari syarikat?"
Zulaikha cepat-cepat habiskan kepingan burger. Bibirnya dilap dengan tisu. Dia tahu Zahred masih berada di pejabat. Dengan penuh keyakinan kakinya melangkah ke bilik Zahred.
"Selamat petang Tuan."
Zahred langsung tak pandang.
"Ada apa?" Soalnya.
"Tu..tuan..saya nak mohon pinjaman dari syarikat."
Zahred pandang Zulaikha.
"beraninya awak."
Zulaikha cuba tenangkan diri. Ya ini sahaja jalan yang dia ada.
"Saya janji Tuan boleh tolak dari gaji saya setiap bulan."
Zahred ketawa sinis.

"Tolak? Berapa seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? 8 tahun 3 bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja disini?"
Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar.
"Saya janji tuan, atau tuan boleh potong 50 peratus dari gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin. Dia masih mengharap."
Zahred diam seketika.
Waah Zulaikha ditenung lama.

"A night with me..dan seratus ribu akan jadi milik awak."
Zulaikha pandang tepat-tepat ke wajah lelaki ini. pandangannya tajam.
"Tuan ingat saya apa? Terima kasih Tuan anggap saya tak pernah merayu tuan untuk tolong saya."
Zahred pandang wajah manis Zulaikha.
terpulang pada awak. awak minta bantuan dan saya cuma mahukan ganjaran. Zulaikha , tanpa apa-apa bayaran balik."
dada Zulaikha bagaikan mahu meletup. wajah Zahred dipandang lagi. airmatanya gugur.
"Saya balik dulu. Dan tolong anggap saya tak pernah minta pertolongan ini."
Zulaikha keluar. dia bersandar di tepi dinding. airmatanya menuruni pipi dengan laju.
zahred tarik nafas panjang. pintu bilik yang sudah tertutup dipandang mencari kalau bayang Zulaikha muncul semula.

Zulaikha terduduk di tepi mesin fotostat. Tak sangka itu yang diminta Zahred sebagai ganjaran. Airmatanya mengalir laju.
'Allah beratnya ujian mu ini.'
'Zulaikha...' Bisik Zahred sendiri. Entah syaitan mana yang merasuk sehingga dia keluarkan kata-kata tersebut. Ya yang pasti dia marahkan saat terpandang Zulaikha dan Rasul pagi tadi.
seminit dua tombol pintu dipulas. wajah Zulaikha muncul dengan airmata yang masih bersisa.

"Saya terima tawaran tuan." Sebaknya hati bagai segunung rasa. matanya dipejamkan.

1001 malamWhere stories live. Discover now