Bab 2

24.6K 155 23
                                    


Seharian Zulaikha cuma termenung. Entah bagaimana dia mahu berhadapan dengan Zahred. Entah bagaimana perasaannya pada Zahred saat ini. Wajahnya diraup.
"Selamat pagi, Zulaikha." Rasul muncul di pintu bilik. Zulaikha cuba tersenyum meski hatinya menangis.
'Allah pengorbanan apakah ini?'
"Zulaikha awak tak sihat?"
Hampir terlupa rasul masih berdiri di hujung meja.
"Tuan Rasul saya baik-baik sahaja. Cuma mungkin penat sedikit semalam saya lewat balik. Ada apa tuan cari saya?"
Rasul tersenyum.
"Nak jemput puteri 1000 satu malam ini untuk mesyuarat pagi ini."
Zulaikha tersenyum juga akhirnya. Rasul bisa sahaja mengukirkan senyuman dibibirnya.

"Terima kasih Tuan Rasul. Jom kita ke bilik mesyuarat."
Rasul ketawa menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik. Macam iklan colgate di kaca televisyen.
"Cantik Zulaikha pagi ini."
"Terima kasih tuan meski saya tak layak untu pujian itu."
Rasul ketawa. Pintu bilik mesyuarat dibuka mempersilakan Zulaikha masuk terlebih dahulu.
"Terima kasih." Balas Zulaikah dan bibirnya menguntum senyuman manis. Di hujung meja, Zahred memandang.
"Morning Zahred." Sapa rasul. Kerusi di sebelah Zahred ditarik selepas mempersilakan Zulaikha duduk disebelahnya.
"Morning. Mungkin jadi kebiasaan kut kalau bos terpaksa menunggu pekerjanya untuk mesyuarat." Mata Zahred tajam memandang Zulaikha. Zulaikha tunduk.
"Maaf Tuan Zahred."
"Hei..aku yang buatkan si cantik manis ni terlewat ke sini. Nak marah kau kena marah aku. Bukan ratu 1001 malam ini." Mata Rasul menjeling pada Zulaikha.
"Ratu 1001 malam?" Soal Zahred matanya masih melekap pada Zulaikha.
"Boleh tak kalau kita teruskan perbincangan. Saya ada banyak lagi urusan yang harus saya lakukan."
Zahred tersenyum sendiri.

'Urusanmu dengan aku, Zulaikha.'
"Okey jadi kita teruskan dengan projek di terengganu. Zulaikha awak akan pergi dengan saya nanti ke Terengganu."
Zulaikha pandang Rasul. Angguk dan tersenyum.
Tanpa memandang keduanya Zahred bersuara.
"Bukan kau kena uruskan projek di Cameron? Zulaikha awak akan pergi dengan saya."
"Maaf Tuan Zahred saya tak dapat ikut tuan."
Zahred pandang Zulaikha. Tadi sewaktu Rasul suarakan yang Zulaikha akan kesana bersama lelaki itu Zulaikha langsung tak membantah.
"Okey jangan serius sangat. Zulaikha bantu aku di Cameron dan kau dengan Hanif ke Terengganu."
Mata Zahred masih memandang Zukaikha sehingga menyebabkan gadis itu berdebar.
Tamat perbincangan rasul keluar dulu.
"7 malam bilik 2010 Sheraton Imperial."
Zahred pura-pura memandang kertas. Langkah Zulaikha terhenti.

"Saya mengerti."
Zahred bangun menghampiri Zulaikha.
"Saya akan bawa duit awak sekali."
Zulaikha pejamkan matanya. Mahu menangis. Lantas kakinya terus diheret keluar.
Dia menangis semahu-mahunya di bilik air.
'Hukuman apa ini ya Allah.' Rintihnya sayu.

"Zulaikha, nak kemana?"
Seorang lelaki berkerusi roda muncul dihadapan pintu bilik tatkala Zulaikha mengenakan dress labuh merah hati yang diberikan Zahred petang tadi.
"Abah, Zu nak keluar. Malam ini mungkin Zu tak balik."
Zulaikha usap lengan tua si ayah. Sejak dia bekerja kedua ibu bapanya dibawa tinggal di apartment yang sederhana besar ini.
"Zu, macamana dengan pembedahan mak? Zu dah ada duit ke?"
Zulaikha hampir sahaja mahu menangis.
"Abah, Zu akan usahakan pembedahan hati mak akan dijalankan dalam jangka waktu yang doktor berikan. Zu dah bersedia untuk berkongsi hati Zu dengan mak. Tentang kos pembedahan, abah jangan risau Zu sedang usahakan. Abah..."
Kepalanya direbahkan di paha Zakaria. Rambutnya diusap Zakaria penuh kasih sayang.
"Kalau ditakdirkan Zu akan bernikah malam ini mahu ke abah jadi wali untuk Zu?"

"Kenapa Zu? Zu nak kahwin ke?"
Zulaikha geleng. Dia tak tahu bagaimana harus diterangkan.
"Zu kalau takdir Zu bernikah malam ini abah akan tetap walikan Zu. Maafkan abah kerana abah tak mampu jadi ketua keluarga buat Zu dan mak. Abah lumpuh. Abah tak berdaya untuk mencari rezeki buat keluarga kita."
Zulaikha menangis di riba Zakaria.
"Abah, Zu tak pernah rasa susah pun apa yang Zu lakukan ini cumalah sezarah pengorbanan seorang anak."
Tubuh Zakaria dipeluk dengan kasih sayang.
"Abah, Zu pergi dulu."
Zakaria angguk. Zulaikha melangkah ke kamar ibunya yang terbaring lesu.
Dahi wanita yang melahirkannya itu dicium.
"Mak...doakan semoga Allah melindungi Zu."
Zulaikha kenakan heel Jessica Simpson yang juga diberikan oleh Zahred. Dia melangkah keluar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

1001 malamWhere stories live. Discover now