Namaku Inas . Aku dilahirkan dalam.keluarga yang sederhana. Aku juga dilahirkan menjadi orang yang paling besar dalam ahli keluarga. Hal ini kerana aku dilahirkan gemuk . Orang2 sering memerli fizikal ku berbanding hati . Sedangkan hati lebih penting daripada luaran.
Aku mempunyai berbagai kisah yang membuatkan aku trauma dan rasa rendah diri serta takut untuk menghadapinya. Kisah ini bermula semasa aku sekolah rendah. Dulu, aku seorang murid yang bijak dan sering naik turun pentas untuk menerima sijil . Aku mempunyai seorang rakan karib iaitu Chelle. Dia seorang yang sangat baik walaupun susah atau senang . Namun, segalanya berubah semenjak naik ke tahun 3.
Hubungan ku dengannya semakin renggang disebabkan ada dua orang murid yang mendekatinya untuk menjadi rakannya. Aku sering dipulau dan selalu bersendirianm . Aku juga sering menangis sendiri kerana tiada kawan yang mahu berkawan dengan ku.
Masuk ke tahun 6, aku mulai rapat kembali dengan kawan karibku dan makin bertambah lah rakan. Namun, orang yg tidak menyukai tubuh badan ku juga bertambah. Ini membuatkan diriku sering merasa kemurungan. Syukur, aku mempunyai kawan yang peduli dengan ku yang sering mendengar luahan hati ku dan sering belajar bersama.
Hari peperiksaan yang besar telah pun tiba, iaitu UPSR . Aku bersama rakan sekelas berjuang bersungguh - sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik demi membanggakan keluarga dan tentunya sekolah.
Disaat pengumuman keputusan UPSR, hampir semua orang berdebar termasuk aku . Aku ingin sekali membuktikan kepada orang yang sering merendahkan diri aku bahawa aku bisa . Dan apabila aku mendengar nama ku dipanggil aku terkejut . Yang lebih mengejutkan aku apabila nama ku disebut sebagai antara pelajar yang terbaik . Aku berasa sangat bahagia dan terharu dengan pencapaian aku . Aku berjaya membuktikan kepada orang yang sering membuli aku yang walaupun badan ku besar tapi itu tidak melemahkan aku.

YOU ARE READING
Kisah Si Gadis Badan Gempal 😷
Roman pour Adolescents"gadis yang gemuk juga punya hati dan perasaan seperti yang lain . Kami juga tidak suka dihina dipanggil diejek sebagai gemuk . "Jangan menyangka anda gemuk kalau kulit anda tidak berlipat2" - Kata suku bangsa gemok . Kita semua sama dan tiada yang...