Janji Kita by Adriana (part 1)

308 2 0
                                    

"Irham,jangan tinggalkan Anna.." luahku. Aku cuba menahan air mataku tetapi mataku tetap bertambah kelam.
"Irham minta maaf, Anna. Irham terpaksa memutuskan hubungan kita. Irham terpaksa mengahwini pilihan ibu Irham walaupun Irham tak mencintainya. Anna, janganlah menangis lagi. Irham tak suka melihat anna menangis. Anna anggaplah bahawa Irham ini bukan jodoh Anna." terang Irham.
Kata-kata Irham itu menikam terus ke jantung. Akhirnya, mataku yang bulat ini kini berair. Sayup dan pilu menghambat perasaanku.
"Irham,kita dah janji yang Irham tak akan tinggalkan Anna. Irham janji kepada Anna yang Irham akan jaga Anna sampai bila-bila. Irham penipu! Irham penipu!" Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata. Badan aku menjadi lemah. Aku terduduk di atas lantai itu. Hati aku pecah seribu. Mulutku terkunci. Fikiranku menjadi kusut. Kini, hati aku berasa kosong & hampa.

Janji Kita by AdrianaWhere stories live. Discover now