Janji Kita by Adriana (part 6)

88 1 0
                                    

"Siapa perempuan tu, Mia? Kau kenal dia?" benak Anna.
"Perempuan tu.. ermm.. sebenarnya aku.. babe, aku minta maaf. Aku tidak tahu yang aku harus mengawini Irham. Tadi jam 3 petang saja, aku dapat tahu dari emak aku. Dia menghubungiku dan memberitahu aku bahawa aku akan mengawini Irham pada haribulan 12 Julai 2016. Aku ingin menolak lamaran keluarga Irham tapi, kasihan aku tengok emak aku. Dia betul-betul ingin melihat aku mengawini Irham. Emak aku pernah berjumpa dengan Irham sekeluarga selepas kau menjemput keluarga Irham ke jemputan Hari Jadi kau. Emak aku betul-betul berkenan dengan si Irham itu. Semasa kau masih dengan Irham lagi, Aku sudah keluar berjumpa dengan Irham. Kita kerap keluar bersama. Dari situ cinta kita mula berputik. Aku minta-maaf, Anna. Harap kau restukanlah perkahwinan kami ini." kata Mia Karmila dengan senang-wenang sahaja.
Jantung Anna macam nak tercabut ketika dia mendengari penjelasan Mia. Pada saat itu, perasan benci,hina,sedih dan marah menguasai diriku. Muka aku menjadi merah padam. Aku terus berlari ke dapur untuk mengambil sebilah pisau.

Janji Kita by AdrianaWhere stories live. Discover now