Datangnya Sinar Cahaya

50 3 1
                                    

Tangisan seorang bayi memecahkan kesunyian malam. Menandakan sebuah kelahiran seorang insan bergelar manusia. Seorang insan yang lahir bukan daripada kalangan yang berada, hanya biasa-biasa sahaja. Tidak dilahirkan di hospital, hanya di rumah. Kehairanan, selepas kelahiran bayi tersebut, dunia seakan-akan disimbahi cahaya. Angin juga seperti menyambut kelahirannya.

"Abang... Nama apa yang patut kita beri kepada anak kita ini?", kata si isteri dalam keadaan lemah. Dia seperti merasakan inilah pengakhiran hayatnya sebelum tentera Jorimosir tiba.

Tiba-tiba, satu bunyi dentuman kedengaran mengisi ruang ketenangan. Jantung mereka mula berdegup kencang. Bunyi tapak kaki berkawad semakin menghampiri. "Abang, lekas ambil anak ini dan bawalah dia jauh dari sini. Biarlah anak ini hidup meneruskan legasi kita.". Tiada sebarang kata yang mampu diucapkan oleh si suami. Titisan air mula mengalir menghilangkan air muka seorang lelaki. Pintu rumah mereka sudah hampir hancur dek ketukan tentera yang telah tiba di hadapan rumah mereka.

Anak kecil itu didokong dan dibawa menerusi tingkap rumah. "Tuhan bersama.", kalimah itu diucapkan serentak walaupun hakikatnya mereka bukanlah daripada agama bergelar Islam. Lariannya terus ke hutan, tanpa disedari beberapa tentera mengekori. Beberapa belukar diredah tanpa menghiraukan kesakitan yang menghinggap badan. Namun tentera-tentera tersebut tidak terkesan dengan belukar tersebut kerana zirah perak yang dipakai.

Sebatang panah meluncur laju mengenai betis kiri si ayah. Walaupun kesakitan dirasai, namun larian tetap diteruskan. Tidak berhenti. Si ayah terjatuh, tersandung akar pokok yang menjalar. Tentera-tentera Jorimosir mengelilinginya, menghunus senjata masing-masing ke arah si ayah.

Satu sinaran menerangi kegelapan hutan. Memancar sekali-sekala. Satu demi satu tentera Jorimosir hilang. Jeritan kedengaran menyentuh gegendang telinga. Mungkin daripada suara tentera-tentera tadi. Terasa darah bersemburan ke arah permukaan kulitnya.

Jeritan terhenti. Persekitaran menjadi sunyi. Hanya angin yang menderu sepoi-sepoi bahasa. Cahaya yang seperti kilat sambar-menyambar tadi telah hilang dari pandangan. Kegelapan kembali menemani diri. Kini dirinya tidak lagi dikepung, selamat. Dia duduk bersandarkan batang pokok sebentar sambil menahan kesakitan akibat panahan tentera tadi. Ternyata darahnya telah banyak hilang. Dia merasakan dirinya tidak mampu diselamatkan lagi. Yang mampu diselamatkan hanyalah anaknya yang berada dalam dakapannya.

Si ayah tertanya-tanya, "Apakah yang patut aku lakukan untuk selamatkan anak aku?". Kebetulan atau takdir, ada sebatang sungai berada tidak jauh dari tempat dia berehat. Ini menandakan ada perkampungan di sekitar kawasan situ. Dia memikirkan akan ada orang yang datang dan mengambil anaknya jika dia meninggalkannya di bibir sungai.

Si ayah merangkak mendekati sungai. Sewaktu meletakkan anaknya di bibir sungai, dirinya sudah mulai lemah dan terjatuh dihanyutkan oleh sungai. Tinggal anak itu berseorangan menanti takdir yang bakal dihadapinya. Sama ada terus hidup dijumpai orang kampung atau sampai di situ sahaja dibaham binatang liar.

**********

21 tahun sudah beransur pergi. Kini Amran ialah seorang siswa. Mujur dia telah diselamatkan oleh seorang penduduk Kampung Sinar yang kini merupakan sebuah bandar terkenal Kerajaan Utama Jorimosir. Peperangan telah berakhir. Ternyata Pemerintahan Jorimosir telah menguasai hampir keseluruhan dunia melainkan Mekah dan Madinah.

Kakinya melangkah menuju ke kelas. Walaupun dia seorang atheis, dia tetap mengambil jurusan agama. Dalam dirinya masih wujud satu persoalan, adakah Tuhan itu benar-benar wujud? Pelajaran ini adalah tentang Islam, agama yang telah diharamkan di Kerajaan Jorimosir. Pelbagai makian ditembak kepada agama ini. Namun, hati Amran berasa tenang dan merasakan ini ialah agama yang dicari selama ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Khalifah: Hikayat AmranWhere stories live. Discover now