Amani melangkah masuk ke perkarangan sekolah dengan hati yang berat.Hatinya berbelah celaru.Tawaran asrama penuh ditolak kerana desakan keluarga.Amani gadis yang lemah lembut.Keluarganya tidak membenarkan dia memasuki asrama kerana sifatnya yang lembut dan terlalu mengikut kata orang(lurus bendul).Biarlah dia tinggal bersama keluarga.
Setelah surat tawaran diterima Amani hanya memandang dengan sepi.
"Aku tidak cukup kuat untuk menerima tawaran ini.Biarlah disini.Usah dibuka,"monolog amani ketika menyimpan surat tawaran ke dalam laci almari uminya."Umi,kakak dah buat keputusan,kakak ikut cakap umi dan abah,"kata amani setelah keluar dari bilik.
"Baguslah kalau macam tu.Sekolah saja dimana mana asalkan niat betul insya Allah impian kakak akan tercapai,"tutur ibunya lega.
Hari pertama persekolahan Amani berjalan dengan lancar kerana beberapa sahabatnya juga turut bersekolah di situ.
Akhir tahun
Amani menjadi orang penting dalam menguruskan jamuan akhir tahun.Dia begitu teruja untuk mengadakan jamuan tersebut.Dia selaku bendahari kelas bijak membahagikan wang untuk mengadakan jamuan.Akhirnya dia tersenyum gembira kerana jamuan berjalan dengan lancar ."Mungkin ini hikmah aku di sini,"bisik amani di dalam hati.
Setelah jamuan berakhir amani bersuara.
"Perhatian,saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 yang kerana sudi berganding bahu menjayakan jamuan ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan,"ujar amani sambil tersenyum puas.
Rakan sekelasnya bersorak girang.
YOU ARE READING
Dia Gadis Sungai Nil
RandomAmani seorang gadis yang bercita-cita tinggi....Segala kepahitan hidup telah ditempuhinya....Orang sekeliling melihat bahawa dia seorang yang tabah menghadapi dugaan,tetapi hanya Allah yg tahu bagamaina perasaannya. Air mata menjadi teman tika manu...