Kereta Kancil bewarna putih itu meluncur laju di lebuh raya.Telefon Raisha berbunyi menandakan mesej baru masuk,tetapi tidak disedari kerana dia terlalu rancak berbual di telefon dengan Nana.
"Nana,kertas kerja yg prof suruh siapkan haritu dah siap ke belum?".
"Sikit lgi..nak kena mintak tolong dengan Tiha jugak, takut ada salah tulis ke apa.."
"Yang kertas kerja dengan Prof.Nasarudin tu?
"Ooh..yg tu awal2 lgi aku dh hantar.."
"Tq..Nana..kau ni memang sahabat yg paling terbaik..!"
"Ye lah..tapi nanti dah dapat kerja dan gaji,jangan lupa belanja makan tau.."
"OK..ni kira balas budilah ni?"
"Ye lah kut?.hahahaha.."
"Oklh..bye.."
"Sayang kredit telefon nampak..bercakap dengan aku pon xsampai 3minit.."
"Takdelh..kan aku tengah bawak kereta ni..kan kalau jadi apa2 kan,sapa yg susah?,kau jugak..nati tak sempat aku nk belanja kau makan."
"Hahaha..ye lah..bye."
Kereta Raisha mula memasuki perkarangan rumahnya.Terdapat sebuah lori besar berada di hadapan rumah jirannya.Kehadiran lori itu telah mengundang tanda tanya di benaknya.
"Kenapa pulak ada lori kat depan rumah Kak Diha ni?"
Soal Raisha kepada Anis sebaik sahaja sampai di muka pintu rumah sewanya itu.
Anis a.k.a teman serumahnya cuma membisukan diri sambil menggelengkan kepala.
"Kau ada beli lauk untuk makan malam ni tak?"
"Ish..dia ni kan..aku tanya pasal lain..pasal lain pulak kau tanya aku balik.Ha'ah..dah bli dh...aku bukanya tak tau perut kawan aku yg sorang ni.."
"Hehehe..ha..tau tak pe..terima kasih,sahabat ku dunia akhirat..sayang kat kau.."
Anis segera memeluk Raisha dengan sekuatnya.Raisha cuma mampu menggelengkan kepalanya.Raisha segera mengatur langkahnya ke dapur.
Tiba-tiba terdengar suara Anis menjerit memanggil namanya.
"Isha..mak kau telefon ni,katanya ada hal mustahak nak beritahu kau.."
"Perkara mustahak?"
Omel Raisha pada dirinya.Dia segera mengaturkan langkah ke ruang tamu.
YOU ARE READING
Sayang Awak,Encik Perasan!
RomanceRaisha Inani..gadis yang sangat cantik dan pemalu.Sehingga dijadikan buah mulut orang kampung..!Hampir semua mak cik di Kampung Seri Padang jadikannya sebagai calon menantu impian.Dengan wajah yang cantik,peribadi yang baik..,hati siapalah yg xterpa...