Derapan tapak kaki mulai laju.Tanpa menoleh kebelakang,sosok tubuh tersebut terus berlari meninggalkan lembaga yang tidak dikenali,yang telah menyerangnya tadi.Tiba-tiba sosok tubuh itu tersadung akar pohon ara yang menjalar,mengakibatkan dia sukar untuk bangun kembali sekaligus menyukarkan pernafasannya akibat terlalu penat.Lantas rasa tawakal kepada Pencipta menujah hatinya.
Lembaga yang mengejarnya perlahan-lahan mendekati,melihat wajah mangsanya dalam keadaan merayu agar dilepaskan.Lembaga itu mengelilingi mangsanya dalam bentuk bulatan sebelum membuat tindakan seterusnya.Selepas beberapa lama,lembaga tersebut mengangkat sebilah parang kontot lalu ditetak leher mangsanya.Darah keluar membuak.Wajah yang tadi memohon simpati kini hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa.Lembaga itu menggantung mayat mangsanya dalam keadaan terbalik pada dahan pohon ara dengan tali yang dibawanya.
Lembaga tadi terus meninggalkan mangsanya yang dibunuh secara kejam tanpa sebarang rasa bersalah atau kasihan,mungkin telah menjadi tugasnya supaya memastikan nyawa tersebut tidak terlepas daripada menerima pembalasan yang setimpal.
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Pukul 9.45 pagi,kawasan sempadan antara Negeri Bayu dan Langkasuki menjadi sesak dengan kehadiran pegawai-pegawai polis.Satu kejadian yang dilaporkan oleh seorang peneroka hutan dari Jabatan Perhilitan telah menggemparkan seluruh penduduk Negeri Bayu.Kematian seorang lelaki dalam keadaan sadis itu turut mengundang beberapa wartawan dari beberapa buah syarikat akhbar untuk membuat liputan tentang kejadian yang sangat dahsyat ini.
Mayat tanpa kepala yang tergantung pada dahan pohon ara itu sungguh menyayat hati. Dengan keadaan mayat yang digantung secara terbalik dan bau darah yang tengik turut menyeramkan suasana dipinggir Hutan Bruas.Para wartawan sedari tadi membanjiri dataran pamah dipinggir hutan mulai menyurut,satu persatu meninggalkan kawasan tersebut setelah mendapat maklumat yang secukupnya untuk membuat liputan terkini mengenai kes itu.
Dari kejauhan Inspektor Danish,selaku inspektor yang bertugas menyelesaikan kes ini mengeluh panjang.Jauh disudut hati memikirkan nasibnya yang malang kerana dia baru sahaja menyelesaikan kes rompakan bank di Bandar Endru baru-baru ini.Satu tepukan dibahu telah membuatkannya terkejut dari lamunan, lantas memandang kebelakang,hanya untuk memastikan siapakah pelakunya.
“kau termenung panjang nampak,macam ade masalah besar je?”sapa Detektif hazim mesra.
“Bukan ape,aku pening dengan kes kali ni.Pelaku macam dah rancang benda tu akan jadi kat sini.It’s a complicated case”jawab Inspektor Danish menunjukkan riak kerisauannya.
Tanpa mereka berdua sedar,sepasang mata sedang memerhati mereka jauh di sebalik belukar,mungkin mereka tidak perasan.Mata tersebut terus memerhati gelagat dua pegawai polis itu.Selepas beberapa minit,barulah sepasang mata itu meninggalkan tempat intipannya,membiarkan kedua-dua pegawai polis yang dalam kebuntuan.Bunyi deras tapak kaki yang sedang meredah hutan belantara bak seekor harimau yang baru sahaja selesai memburu mangsanya mungkin tidak disedari oleh dua orang pegawai polis disitu.
……………………………………………………………………………………………………………………….........
Gadis berkulit putih cerah berbaju kurung corak bunga-bungaan,bertudung litup itu terpandang tatkala mendengar namanya dipanggil seraya berpaling untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya.Terlihat sesosok tubuh yang sederhana tinggi sedang melambai-lambai dari arah pintu masuk ke pejabatnya,selang beberapa kubikal dari kubikalnya.Irdina terus menggapai beg bimbit yang berjenama Unisa Classy yang berada di atas meja bersebelahan dengan komputer ribanya,lantas berlalu pergi meninggalkan kubikalnya,terus menuju ke arah lembaga yang menunggunya di pintu pejabat.
“Awal kau balik hari ni Acap,tak ade masuk hutan ke hari ni”usik Irdina bersahaja.
“Aku tengah tunggu zaf,alang-alang dekat dengan ofis kau,aku singgahlah kejap”Asyraf membalas dengan senyuman yang manis.
“Apa hajat kau datang kat ofis aku tengah hari camni?”soalan yang terbantut difikiran Irdina tadi terus dikemukakan kepada Asyraf.
“Ade bende sikit aku nak bincang dengan kau ni,bende ni ade kaitan dengan kerja aku”wajah Asyraf atau lebih dikenali dengan nama manjanya Acap terus bertukar serius.Mereka berdua berlalu pergi meninggalkan Pejabat Media—tempat Irdina bekerja sebagai photographer tetap bagi Akhbar Negeri Bayu,akhbar yang agak terkenal ketika itu.
Kereta Ferrari merah dipacu laju terus menuju deretan kedai di kawasan Bandar Endru,15 minit perjalanan daripada Pejabat Media.Kereta tersebut diparkir berdekatan dengan Restoran Padang,restoran yang menghidangkan makanan dari Indonesia.Asyraf terus menguak sedikit pintu kereta lantas melangkah keluar menuju ke restoran diikuti Irdina dibelakang.Setibanya di dalam restoran,mereka memilih tempat duduk di tengah-tengah restoran lalu memesan makanan.Sementara menunggu makanan yang dipesan,Asyraf memulakan perbincangan yang tertangguh ketika di pejabat tadi.
“Kau tau artikel pasal kes pembunuhan bersiri dekat dengan kawasan aku kerja?”Asyraf straightforward kepada tajuk utama.
“Maksud kau….Hutan Bruas?”tanya Irdina untuk mendapatkan kepastian.
Ditengah-tengah perbincangan tersebut,datang seorang lelaki mendulang minuman yang dipesan oleh Asyraf sebentar tadi lalu meletakkan minuman tersebut di atas meja dan berlalu pergi.Asyraf mengambil air teh tarik kurang manisnya lantas dihirup sedikit sebelum menjawab pertanyaan Irdina
“Haah,kau tau kan aku kerja kat Jabatan Perhilitan sebagai renjer ni dah dua tahun,tapi ini first time aku lalui bende camni”jelas Asyraf.Irdina dari tadi hanya mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh Asyraf sambil menghirup teh beberapa kali.
“Aku mane tau pasal hal-hal ni,aku kerja setakat photographer je kat pejabat tu,aku bukan reporter yang sibuk-sibuk buat report pasal kes bunuh sana sini”tegas Irdina.Asyraf hanya mengeluh menandakan rasa hampa.Dia menganggap pertemuannya pada hari ini membuahkan hasil,tetapi anggapannya meleset sama sekali.Fikirannya terus melayang setinggi langit tatkala Irdina menyudahkan kata-katanya.Memikirkan masalah yang menerpa kehidupannya.
……………………………………………………………………………………………………………………………….
Balai Polis Negeri Bayu menjadi riuh seketika apabila kes yang dikemukakan oleh Inspektor Danish mendapat perhatian yang mendalam oleh Superintenden Khalaf ketika kertas siasatannya dibentangkan pagi semalam.CP Khalaf mendakwa kes tersebut boleh diklasifikasikan sebagai salah satu kes yang berat kerana kes tersebut melibatkan keselamatan rakyat Negeri Bayu.Pagi itu,Inspektor Danish perlu melaporkan diri di bilik CP Khalaf bagi membincangkan tindakan yang seterusnya.
“Dah dapat cari siapa suspek yang terlibat dalam kes ni? Kalau dah dapat cepat-cepat mintak keterangan suspek”arah CP Khalaf kepada Inspektor Danish.
“Setakat ni saya baru dapat tiga orang suspek tuan,tapi semuanya ade alibi tersendiri”terang Inspektor Danish lantas mengeluarkan kertas yang mempunyai maklumat penyiasatannya selama ini.Kertas yang dikeluarkan tadi diletakkan di atas meja CP Khalaf untuk dijadikan bahan tatapan.
“Awak rase ape motif pembunuhan ni? Adakah sebab dendam?”andaian pertama dibuat oleh CP Khalaf apabila membaca keterangan pada kertas tersebut.Keterangan suspek yang dapat dikumpulkan oleh Inspektor Danish kebanyakannya membawa pihak berkuasa kepada jalan buntu.Keterangan suspek yang dapat dikumpulkan hanyalah dimana suspek ketika kejadian dan kaitan suspek dengan mangsa.Mungkin kerana alibi suspek membuatkan Inspektor Danish menemui jalan buntu dan akhirnya keterangan yang terkumpul hanya sedikit.
Seusai tamat perbincangannya dengan CP Khalaf,Inspektor Danish lantas ke kubikalnya untuk menyelesaikan tugas yang tertangguh pada hari itu dengan secepat mungkin.Keluhan demi keluhan dilepaskan tanda kepenatan yang amat.Mungkin dia belum bersedia untuk menghadapi kes yang sebegini besar.Hati kecilnya terus berdoa kepada Pencipta agar dipermudahkan segala urusannya pada hari itu.
…………………………………………………………………………………….............……………………………………….
Asyraf terus menapak laju,menuju ke kubikalnya. Fikirannya masih bercelaru memikirkan hal yang terjadi kepadanya pagi semalam.Bagaikan beruk terkena belacan telatahnya,ke hulu ke hilir memikirkan masalah yang sedang menimpanya ketika itu.Resah di dalam hatinya masih belum surut.Ditambah lagi pertemuan dengan Irdina tempoh hari hanya membuang masa.Asyraf bermundar-mandir di ruang legar di hadapan kubikalnya sebelum masuk ke dalam.Mengharap masih ada sinar harapan untuk meneruskan kerja tertangguh pada hari itu.
Bunyi deringan telefon pintar jenama ASUS memecahkan keheningan di kubikal Asyraf.Lama juga dia membiarkan telefon pintarnya tanpa sebarang respon.Setelah hampir dua minit berlalu,barulah dia menjawab panggilan tersebut.Daripada pengamatan Asyraf,suara yang didengarinya itu tidak berapa jelas.Setelah berapa lama barulah suara dari telefon pintar itu mulai kedengaran.Suara garau yang didengarinya sungguh menakutkan,bagaikan terdengar suara hilaian rasanya.
.........................................................
"Ringgg...ringgg"telofon asyraf berbunyi."assalam...yo pahal kau tefon aku ni"pantas asyraf menjawab panggilan tersebut setelah melihat nama yang tertera pada telefon bimbitnya."cap...aku nak jumpa kau kejap..tempat biasa..cepat tau"balas seorang bernama zaid dengan tegas."ok ok ko tunggu aku....lambat sikit kot...aku nak pi mandi sat".
Asyraf mengenakan pakaian kegemarannya....polo berwarna dark blue dan terus mencapai kunci kereta ferrari berwarna merah.
Seusai turun dari kereta,Aku terus bergerak menuju kearah kedai makan yang agak terkanal.Nama??tak payah...nanti kau orang nak pegi jugak.
"Acap!!"suara dari seorang pemuda yang aq cukup kenal."Yo...assalamualaikum..dah lama ka tunggu"sap Asyraf"tak de laaa...kita orang pon baru ja sampai."balas hazim a.k.a palang.
Palang datang bersama danish,khalaf,zafril,zaid dan syakir.
Dia orang ni memang kawan aku sejak form 1 lagi...almaklumlah satu batch.
"Acap...ko nak pergi bila kat hutan tu"soalan yang dituju khas untuk aku daripada danish."hmmm...lusa maybe..asal? kau nak ikut jugak ka"balasku dengan senyuman manis.
"Hahahhah,tak de lahh,aku pon ade kerja nak kena buat pasal kes tu.jarang nak jumpa kes camtu"keluh danish.
"Wait...kau nak pi lusa ka"tanya palang dengan reaksi yang agak terkejut."ye kot...asal kau terkejut sangat...dah macam anak beruk lak aku tengok kau"balasku dengan nada mengejek."serious ahh kau nak pegi lusa"balas zafril dengan nada yang agak terkejut.
"Wait asal korang terkejut...ada apa ni"."cap...kau dah lupa ka minggu depan ada apa?"balas zaid dengan sinis.cisss.sat...apa yang aku lupa ni?.hmmmm
"Kau lupa ka yang kita ada reunion satu batch minggu depan".Ayat zafril itu mengejutkan asyraf daripada mengelamun."aah laa..aku lupa pulak...heheh...abis tu bila aku pergi hutan"."alaaa...kau pergi dua minggu depan tak bole ka...nanti baru syokk dapat gather ramai-ramai".ayat zaid membuatkan Asyraf terfikir sementara."Haisyy...susah jadi orang femes ni....hahaha...ok laa nanti aku gi reunion"balas Asyraf dengan senyuman yang boleh membuatkan wanita tertunduk padanya.
"Janji ea?Ok guys pergi laa order makanan pape yang korang nak,hari ni aku belanja"kata syakir dengan senyuman yang terukir di bibir dia.Nicee
..........................................................................................................................
27 mei 2025
Asyraf mengenakan pakaian berwarna dark blue yang baru dibelinya.Pakaian ala ala raja tu amat sesuai dengan theme royale castle untuk reunion batch yang paling dia sayang.
Kunci ferrari merah miliknya dicapai dan kereta itu dibawak dengan kelajuan 120km/h .Muahahahahaha.Biar lambat asal selamat.Kena saman laa nanti kalau bawak laju-laju.
Seusai sampai didestinasi yang dituju iaitu sebuah hotel 5 bintang kepunyaan Haziqah,Asyraf terus menuju ke bilik yang berada di tingkat 10.Haziqah adalah pemilik hotel tersebut dan tergolong sebagai jutawan di Bandar Bayu.Pintu yang bertanda 'FAMILY' itu dikuak dan bingo.Ramai ahli victoria nostra yang ada."woii...cap,meh laa sini,tak rindu aku ka"sapa Aiman dari jauh."sabaq lu,aku baru ja sampai..aku nak minum sat"selamba asyraf membalas sapaan Aiman tadi.
"Sape yang belom sampai lagi"tanya palang a.k.a ketua batch menerusi mic."sapa lagi kalo bukan buah hati kau yang tak pernah berubah"sinis dan padu ayat yang Fatihah lepaskan kepada Palang.Semua tergelak apabila melihat reaksi Palang.Cute sebenarnya macam baby.hahaha.
'Ting'telefon Palang berbunyi menandakan ada satu mesej masuk yang bertulis'wei Palang...aq dah sampai ni ngan Irdina...apa kata buat surprise kat dia'.Ternyata mesej daripada wildan itu membuatkan satu batch setuju untuk membuat satu kejutan.Maklumlah budak ni dah laa selalu datang lambat.
Tak samapi lima minit semua menyorok macam tikus...senyap tanpa bunyi."apa ni,mana semua orang?kau tipu aku ea wildan?kata kat sini?"Irdina membebel macam mak nenek pon ade jugak.hahaha.
1...2...3.."SUPRISE"lantang suara semua ahli VN yang keluar menjerit menandakan ahli TERLAMBAT sudah sampai.
"Weii,asal buat surprise,ni bukan birthday aku"kata Irdina.Cehh,terharu laa tu."Memang laa tapi sebab kau orang paling lambat sampai"jawab Syahirah dengan sinis."Tak berubah perangai dia dari form 1 sampai laa skang,lambat ja kerja"tegur Izyan sambil tergelak kecil.
"Assalamualaikum,terima kasih sebab sudi datang malam ni, termasuk yang duduk jauh,diorang pon sanggup datang"Palang memulakan ucapan."Malam ni kita enjoy puas puas...wooohoooo"sambut Afif yang sudah tidak sabar nak enjoy.
"Cap!!"namaku diseru oleh seseorang yang aku cukup kenali dan bingo.Amani menapak kearahku lalu duduk bersebelahan lalu memulakan bicara" Kau renjer kan kat hutan tu...ala yang ada kes pembunuhan tu?apa nama dia, Hutan Bruas ea? "aku tersentak dan fokus untuk mulakan percakapan dengan seorang wanita yang sederhana pendek itu."Aah,asal"."Ouh jadi kau kena pergi sana laa untuk buat penyelidikan?.Bila kau nak pergi sana?"satu soalan yang amat pedih untuk dijawab. "Hmm,maybe minggu depan...nak siapkan banyak bnda ni"."Hahaha"gelak kecil daripada Amani."Oit,sweet nampak" sapaan sinis daripada Hanif yang mula menapak kearah meja bulat yang sedang diduduki Asyraf dan Amani.Hanif atau nama manjanya Anep adalah seorang penyiasat yang agak terkenal.Dulu dia kerja dengan Aku.So dia tahu laa jugak selok belok hutan tu."Okaylaa,tak nak ganggu korang nak sembang nanti,jaga diri dear"kata Amani yang dituju khas kepada Aku dan senyuman manis juga dilemparkannya. "Nep,ko tau tak pasal pembunuhan tu?"soalan tersebut ditujukan kepada penyiasat Hanif atau lebih selesa kalau aku panggil anep"Konpem laa tau,tempat kau kan?Nanti aku buat siasatan,aku pergi sekali ngan ko".
"Series ahhh,kau pi ngan sapa nanti,sapa ja yang pergi?"tanya asyraf dengan nada yang agak terkejut."Nanti ramai laa pergi,nanti aku bagitau sapa yang pergi,budak batch kita laa yang pasti dengan bantuan sikit renjer hutan dari kawasan lain"balas Anep dengan senyuman.Cehhh.Dia ni tak pernah ka nak berhenti senyum.hahaha
YOU ARE READING
PENJAGA ALAM
AdventureCerita ini mengisah tentang seorang ranjer yang bernama Ahmad Asyraf bin Mohammed a.k.a acap dan beberapa sahabatnya yang menemui jalan buntu mengenai kes pembunuhan yang berlaku di Hutan Bruas.Bolehkah dia orang mencari siapakah dalang pembunuhan t...