Send . Delivered . Sekeping gambar nyata telah dihantar kepada seorang lelaki ajnabi . Pakaian yang boleh dikatakan mencolok mata dikenakan tanpa sehelai kain pun diatas kepala yang menutupi rambut .
Kenangan itu kembali mengimbau ke benak fikiranku . Aku termenung lagi . Kenapa jalan itu yang aku pilih dahulu . Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri . Kenapa begitu jahillnya aku tentang agama . " Ya Allah , ampunkan aku ! " beberapa kali aku memohon ampun dan mengucapkan " Astarfirullahaladzim" apabila peristiwa hitam itu menerjah fikiranku . Bukan jalan itu yang aku mahu . " Ya Allah .. Hilangkanlah ingatanku . " Sering juga aku berdoa supaya Allah melumpuhkan ingatanku . Mana mungkin .. Cukup seksa hati ini menanggung banyak peristiwa trajis yang melanda diri aku . Cukuplah hatiku sudah perit menanggung kesakitan yang harus aku tanggung angkara perbuatan bodohku dahulu .
Astarfirullahaladzim .. Dimanakah aku letakkan kedudukan tuhan yang Maha Agung . Dimanakah maruah aku ? Mana letaknya aib ibu abahku . Allahu .. Air mata deras jatuh dari tubir mataku . Aku tidak peduli lagi jika harus buta disebabkan terlalu banyak menangis . " Ya Allah Ya Tuhanku ! Ampunkan aku ! "
Sungguh ! Ianya satu penyeksaan yang amat dalam bagiku . Mungkin inilah yang dikatakan " kifarah" . Kifarah didunia pun aku sudah tidak tahan menanggungnya .. Apatah lagi kifarah diakhirat kelak ? Ya Rabbi .. " Jauhkanlah aku dari seksa kubur dan api neraka"
Aku nekad ! Tiada lagi jahiliah ! Tiada lagi maksiat dan penzinaan ! Aku takkan berpaling ! Kunci kereta disambar . Kereta Perodua Myvi aku pecut diatas jalanraya ..
YOU ARE READING
Syurga tanpa hisab
AdventureSeorang hamba Allah yang telah ditutup mata hatinya dari jalan Allah kembali ingin meraih cinta seorang hamba terhadap sang pencipta . Pelbagai cara diusaha untuk menggapai sang Rabbul Izzati . Menginginkan syurga tanpa hisab tetapi hidup terampai d...