Kringgg!!!
bunyi alarm yang kuat menyebabkan aku jatuh dari katil dan tersembam ke lantai .
' warghhh bapak ah sakit weh '
Aku lantas bangun sambil mematikan alarm yang bingit menusuk ke telinga //huish bm failed hahaha// aku masih duduk di atas katil dan termenung .
' sya bangun sya . sebelum mak naik , mak nak tengok bilik kau tu bersih tau . kalau tak kau kena ! Bangun cepat sya .'
Ala mak ni pagi pagi dh bising .dahla subuh pun ibu suh bangun awal pegi solat . tidakkah ibu tahu bahawa anak ibu tengah beroken dan perlukan masa untuk bertenang huhuhu .oh ibuku sayang . - aku bermonolog sendiri .
' iye mak . sya bangun la ni '
aku mendengus panjang sebelum berdiri mengemas katil dan bilikku yang berhamburan . taktau nak mula dari mana . bersepah gila . srs talk ni ha , aku pun taktau bilik sapa ntah . hoodie , buku , charger dekat lantai , plastik gula gula , makanan ringan dekat atas meja . alahai ni bilik ke apa ni .
Namun , mataku liar mencari telefonku .haish mana telefon ni erghh. ' yeah jumpa ' mataku fokus ke arah telefon , hati pun rasa seram sejuk nak ambil . aku memanjangkan(?) tangan untuk mengambil telefonku di atas meja .
'Kreeeek.'
Aku terkejut sampai telefon kesayangan ku terjatuh . Aku tersedar ,huh bunyi pintu bilik . aduh matilah kau sya . satu pun kau tak kemas lagi , mak dah naik ni . ala mak ni pun takde ke nak bagi masa untuk orang bersiap . huhu habisla . aku lantas berlari lari mengemas bilikku dengan laju . huish takut siak. Telefon yang hendak ku capai tadi terjatuh ke bawah katil , aku abaikan lalu cepat cepat mengemas .
' zzupp '
Aku mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Aku terdengar mak tengah membebel dalam bilik aku ish ni mesti ada yang mak tak puas hati ni .
' ish anak dara ni pemalas betul . bangun pun nak jugak jam 9 , bilik sendiri pun tak reti nak kemas ,aduh sya apa la nak jadi dengan kau ni '
Aku buat buat tak dengar je . Lepas mak keluar dari bilik baru aku keluar dari bilik air , em yelah kalau keluar masa mak aku ada kat dalam bilik konfem mak membebel tak stop nanti .
Skip
Usai mandi aku mengenakan pakaian yang sesuai . Aku turun ke bawah untuk bersarapan . Aku lantas duduk di meja sambil mengapai roti yang disediakan di atas meja .
' Astaghfirullahaladzim !! Sya !! '
Mak aku menjerit jerit nama aku .
' uhukk uhukk .'
Aku tersedak weh . tersedak ! TT_TT . amboi mak kalau ye pun jangan la jerit kuat sangat terkejut tau .
' kk..kenapa mak ? ' aku tanya mak aku dengan terketar
' sya kau tak basuh tangan . tak baca doa . ish ajaran sape kau ikut ni . ape nk jadi sya ! '
Aku tersengih sengih memandang mak. Ala mak ni jangan ah sampai jerit jerit mak . Jiran sebelah pun kot kot tercekik masa sarapan .