Bab 1

60 1 0
                                    

Masa: 3 jam sebelum
Tarikh: 17/09/20**
Lokasi: Tingkatan 4 Alpha, SMK Alur Puteri

" Stand up! " Arah ketua kelas.

"Good morning Teacher! "

" Good morning Teacher! " Semua pelajar di kelas itu mengulang semula apa yang diucapkan oleh ketua mereka.

" Good morning class. You may sit now. " Arah Teacher Ernesah selaku guru bahasa inggeris bagi tingkatan 4 Alpha.

" Okay, today we will learn about.. "

" Teacher! " Panggil Hani sambil mengangkat sebelah tangannya.

" Yes Hani, what do you want? " Tanya Teacher Ernesah. Muka Hani dilihatnya banjir dengan peluh.

" May i go to the toilet? "

" Erk... I thought you're sick. "

" Im not. I just having a stomach ache. "

" okay then, you may go. " Izin Teacher Ernesah.

Hani terus berlari ke tandas dengan kelajuan cahaya setelah diberi keizinan oleh gurunya.

------------------------------------------------------

" Huh, leganya lepas melabur. Lepas ni barulah boleh fokus masa belajar. " Hani melompat-melompat dengan riang dalam perjalanan pulang ke kelasnya.

" Eh? Kenapa tu? " Langkahnya terhenti apabila melihat kekecohan yang berlaku di hadapan pondok pengawal.

Dilihatnya seorang pengawal keselamatan sedang menahan seorang lelaki yang sedang mengamuk. Lelaki itu meronta-ronta agar dilepaskan dari cengkaman pengawal sekolah. Dia kemudiannya menggigit tangan pengawal tersebut apabila cubaannya untuk melepaskan diri tidak berjaya.

Pengawal tersebut menjerit dengan kuat sebelum pengsan. Guru pendidikan jasmani sekolah itu iaitu Cikgu Syed segera menuju ke arah pengawal tersebut dan memeriksa keadaannya.

Lelaki yang mengganas tadi kemudian menyerang Cikgu Syed. Dua orang lagi pengawal datang untuk menenangkan keadaan tapi pengawal yang pertama tadi segera menyerang mereka berdua.

Hani yang menyaksikan keadaan itu berasa sangat terkejut.

" Mustahil! Apa yang dah jadi ni? " Hani terus berlari menuju ke kelasnya. Dia mesti bawa kawan baiknya pergi dari situ. Sekolahnya sudah tidak selamat lagi.

" TASYAH! " Hani terus meluru ke tempat kawan baiknya sebaik sahaja sampai ke dalam kelas.

" Hani! Kenapa dengan kamu ni? Masuk tak bagi salam lepastu menjerit-jerit. Kamu dah kena sampuk ke? " Marah Teacher Ernesah. Pantang baginya jika ada pelajar yang tidak beradab di dalam kelasnya.

" Aah Hani. Kau ni kenapa? Cemas semacam je? " Tasyah juga tertanya-tanya tentang keadaan Hani.

" Ki...Kita kena lari dari sini Tasyah! Tempat ni dah tak selamat! Kita kena selamatkan diri! " Hani bercakap dalam ketakutan.

" Apa yang kau merepek ni Hani? Apa yang tak selamatnya? Kau sengaja nak buat cerita untuk dapatkan perhatian, kan? " Uqasha menyampuk dengan sinis.

" Aku tak merepeklah! Aku bukannya dapat apa-apa pun kalau tipu korang! " Marah Hani.

" Yelah tu. " Uqasha masih beriak sinis. Dia langsung tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Hani. Semenjak dari dulu dia memang tidak menyukai Hani dan menganggap Hani sebagai musuhnya.

" Lantak kaulah nak percaya ke tak! Ianya tak penting! Yang penting aku kena bawa Tasyah keluar dari sini! "

" Hani, aku percayakan kau. Tapi kau kena kasi tau kat kitorang apa sebenarnya yang dah jadi. " Sampuk Tasyah sambil mengusap belakang badan Hani.

" Tak ada masa. Kita kena lari sekarang. Nanti aku kasitau. Siapa yang nak hidup lagi boleh ikut aku. Tapi siapa yang tak nak terserah koranglah. "

" Aku dengan Nadia ikut kau. " Kata Syida kepada Hani.

" Kalau macam tu jom kita pergi. " Hani segera menarik tangan Tasyah dan berlari keluar dari kelas 4 Alpha diikuti oleh Syida dan Nadia.

------------------------------------------------------

" Wei Hani! Kita nak pergi mana? " Tanya Nadia yang sedang cuba menyaingi larian Hani.

" Bengkel KH. " Balas Hani ringkas.

" Nak buat apa pergi sana? " Kini Syida pula yang mengambil giliran untuk menjadi wartawan.

" Cari senjata. "

" Untuk? " Tanya ketiga-tiga orang kawannya.

" Sampai sana nanti aku kasitau. "

Sesampainya di bengkel KH Hani segera mencari alatan untuk mempertahankan dirinya.

" Korang pun ambil apa je yang boleh korang guna untuk pertahankan diri. Lepasni kita pergi ke stor sukan and tempat latihan menembak pulak. " Arah Hani.

" Kenapa kita perlukan senjata? " Tanya Tasyah yang sedang keliru.

" Aah Hani. Apa yang jadi sebenarnya sampai kita perlukan senjata? " Tambah Syida.

" Masa aku balik tandas tadi aku nampak macam ada kekecohan jadi kat pondok pak guard so aku pun stoplah nak tengok apa yang jadi sebenarnya. Rupanya ada lelaki mengamuk kot. Aku pun tak tau nak cakap laki tu tengah buat apa tapi dia pergi gigit tangan pak guard lepastu serang Cikgu Syed. Pak guard yang dah kena gigit tadi pulak serang dua orang pengawal yang datang lepastu. Bila aku nampak situasi tu aku pun teruslah lari ke kelas. End of the story. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? "
Tanya Hani setelah memberikan penerangan yang panjang berjela. Dia perlu pastikan kawan-kawannya faham setelah dia penat menghabiskan air liurnya untuk memberitahu apa sebenarnya yang terjadi.

" Betul ke apa yang kau cakap ni? " Tanya Nadia. Sedikit keraguan mula timbul di hatinya.

" Aduh... Betullah. Apa faedah aku tipu korang. "

" Aku macam ragu-ragu nak percaya. " Nadia masih berasa ragu. " Sebab sekolah kita aku tengok still aman je. Takda pun orang yang lari-lari macam orang gila nak selamatkan diri. " Sambungnya lagi.

" Manalah aku tau. Mungkin benda tu belum merebak sangat kot. "

" Pengumuman! "

Kedengaran suara pengetua SMK Alur Puteri di sebalik pembesar suara.

" Satu kejadian tidak diingini telah berlaku di sekolah kita. Ini mungkin kedengaran tidak masuk akal tapi sekolah kita telah diserang oleh makhluk yang dikenalpasti sebagai zombie. Saya sebagai pengetua sekolah mengarahkan guru yang sedang mengajar agar membawa anak muridnya ke tempat yang selamat. Saya harap anda akan berja...Erk..erk..to...tolong! Lepaskan aku! "

Tingggg

Keadaan berubah panik setelah warga sekolah mendengar apa yang dikatakan oleh pengetua. Para pelajar berasak-asak untuk keluar dari kelas masing-masing bagi menyelamatkan diri. Ada yang bertolak-tolakkan ada juga yang memukul pelajar yang lain supaya dapat keluar dari kelas.

" Hah, tu dah kecoh dah. So sekarang ni korang percaya ke tak cakap aku? " Kata Hani yang masih sibuk mencari senjata.

" Wei macam mana ni? Apa kita nak buat? Aku tak nak mati! " Nadia mula menangis. Dia tidak ingin mati di usia yang muda.

" Syuhh... sabar Nad. Kita akan sama-sama cari jalan keluar dari sini. " Tasyah mengusap belakang badan Nadia untuk menenangkannya.

" Jadi apa kita nak buat sekarang Hani? " Tanya Syida.

" First macam yang aku cakap kita pergi stor sukan and tempat latihan menembak. Lepastu kita try cari jalan macam mana nak keluar dari sekolah ni and tolong mana-mana schoolmate kita yang masih hidup. " Terang Hani ringkas.

" Okay then. Kitorang ikut plan kau. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Attack Of ZombieWhere stories live. Discover now