▶C55-[Dalang!]

5.1K 315 9
                                    

√√√Angelz VS Crownz√√√

      "Olive mana?" tanya Fiska semasa dia sedang sibuk mengemas beg kerana sebentar lagi mereka akan pulang dari kem belajar.

Qaira yang sedang memasukkan pakaian ke dalam bagasi kecil menghentikan kerjanya. Dia berdiri tegak dan berfikir sejenak.

"Semalam kau tidur awal kan?" Qaira juga turut mengemukakan soalan. Tiada tanda-tanda bahawa dia tahu di mana kelibat Olive.

"A'ah. Kalau kau memang lah dah keluar peta dah kat pipi masa aku masuk tidur, tapi Olive?" Fiska menjongketkan kening.

"What!? Habistu semalam siapa yang masuk bilik buka lampu then keluar balik? Siapa? Bukan Olive ke?" soal Qaira. Mukanya nampak serius keliru.

"OhMyGod! Kau jangan cakap pelik-pelik." Fiska menekup mulutnya. Iphone yang berada di tepi beg diambil dan dia bergegas keluar dari villa.

Tuk...Tuk...Tuk...

"Apa?" Alana yang baru bangun daripada tidur membuka pintu villa apabila Fiska mengetuknya tanpa henti.

"Olive ada tak?" tanya Fiska senafas.

Jam semakin berganjak tanpa henti. Pelajar dan guru Navy High School masih sibuk mencari figura Olive. Belum saja mereka menemui Olive, Tengku Adry juga hilang entah ke mana. Masing-masing bergerak ke hulu ke hilir sambil menjerit nama Olive dan Adry.

Kalau Olive dan Adry dah pulang ke rumah terlebih dahulu, pasti saja barang-barang mereka sudah tiada di dalam villa dan mereka pasti memaklumkan terlebih dahulu. Tapi satu mesej pun tidak diterima oleh mereka.

"Macam mana? Jumpa tak?" Ariel bertanya kepada Fiska kemudian meneguk air mineral kerana kepenatan.

Fiska hanya membalas dengan gelengan kecil. Dia juga sudah berasa penat. Dari tadi lagi mereka mengelilingi resort ini namun satu bukti mahupun tanda keberadaan Olive dan Adry pun mereka tidak jumpa.

"Fiss!!!" bunyi suara Qaira menjerit. Fiska dan Ariel berpaling serentak ke arah suara itu. Suara saja kedengaran kelibatnya langsung tidak kelihatan.

"Kau dekat mana Qai!!!" sahut Fiska juga dalam nada menjerit.

"Sini!!! Dekat pokok besar ni!!! Cepat woi datang sini!!" panggil Qaira dengan kuat.

Fiska bergegas ke arah Qaira. Dia berlari anak menuju ke sana. Dari jauh, dia langsung tidak nampak figura Qaira yang sedang berdiri di bawah pokok besar yang nampak suram itu tapi apabila dia semakin dekat. Semakin jelas figura Qaira di sana.

Ariel mengikut dari belakang. Izad dan Nizam juga turut tiba di bawah pokok itu. Mungkin suara Qaira menyebabkan mereka datang ke sana.

"Phone case!" ujar Qaira sambil menghulurkan phone case yang berwarna biru berkilauan kepada Fiska.

Fiska kaku. Matanya membulat. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan suara.

         Tengku Arissa masuk ke sebuah villa besar seperti istana itu melalui pintu pagar kecil. Selepas saja dia pulang dari kem, dia terus bergegas ke mansion milik nenekanda nya.

AVSC #1 : Angelz Vs Crownz ⓒWhere stories live. Discover now