°25

3.2K 490 24
                                    

aku demam panas lepas tengok taehyung hilang macam tu sahaja di depan mata aku. taehyung seolah-olah macam bayangan aku masa dia hilang tu.

kali terakhir aku nampak muka taehyung seperti dalam kesakitan yang amat perit di dalam mimpi aku.

masa aku demam, aku mimpi aku naik atas bangunan lama yang taehyung pandang dan aku cuba buka pintu yang berkunci dengan sebilah kapak.

lepastu bila aku buka pintu aku nampak sesuatu tapi aku tak ingat sangat apa yang jadi lepas tu.

aku rasa nak pergi dekat bangunan lama tu dan cari punca sebab apa aku selalu mimpikan taehyung.

aku pergi ke sana masa nenek takda, bangunan lama tu dah lama terbiar orang cakap dekat situ bahaya sebab tak kukuh takut runtuh entah aku nak percaya ke tak tu lain cerita.

yang utama aku kena ikut dalam mimpi tu, mungkin ni petunjuk yang taehyung bagi?

aku mula rasa tak sedap hati.

macam dalam mimpi semua betul, apa yang aku buat dan lalui.

sekarang aku nak tahu apa yang aku nampak dalam mimpi tu.

aku pulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik yang aku nampak kerusi yang diduduki oleh...

air mata aku tiba-tiba mengalir, aku tak percaya apa yang aku lihat ini.

atas kerusi tu ada rangka manusia berbaju orang yang aku ke-kenal.

apa semua ni!?

yes sebijik dalam mimpi, kat sinilah taehyung minta air mineral dengan baju tu..baju mahal gucci.

dalam bilik tu penuh kotak drinking water dan botol drinking water bertaburan atas lantai tapi kenapa dia tak minum air tu untuk terus hidup?

oh aku lupa dah setahun berlalu, aku terlambat.

otak aku cuma katakan pergi dari situ tapi hati aku tak bagi and jangan cakap ni rangka taehyung?

aku berjaya jumpa kau taehyung, maaf sebab lambat sedar selamani.

aku menangis dan tak sangka apa yang sudah berlaku. selama ni dia cuma nak aku selamatkan dia ataupun jumpa mayat dia?

aku bercakap dengan roh ke sebelum ni?

patutlah nenek...halang aku.

tiba-tiba aku nampak seseorang di hadapan aku, aku nampak taehyung dalam keadaan yang sempurna fizikalnya.

"terima kasih bang geul." kata taehyung dengan wajah sayunya.

tak kisahlah hantu ke manusia, aku tetap nak pergi dekati taehyung.

"taehyung, kau ni hantu ke selamani?" tanya aku.

"ya aku hantu, kau dengan nenek kau je boleh nampak aku tapi nenek kau selalu halau aku dari kedai dia jadi aku tak boleh dekati kau."

"kenapa..." air mata aku turun satu persatu.

"maafkan aku sebab tinggalkan kau dan buat kau terseksa." taehyung memeluk aku dalam dakapannya.

aku balas pelukkan taehyung dan memeluknya erat. aku tak percaya lelaki ni roh orang yang dah mati.

"tak, aku yang patut minta maaf aku lambat jumpa kau!" aku meleraikan pelukan.

"tu bukan salah kau, tu salah aku. aku yang punca aku terkandas dalam ni."

"aku nak ikut kau, boleh tak?"

"tak boleh bang geul, kau kena teruskan hidup kau."

"macam mana kau ter-kurung kat sini? kenapa kau tak keluar! kenapa-" aku menangis teresak-esak.

pang! bunyi pintu dikuak dari luar.

"lepaskan cucu aku!" jerit nenek dan aku terkejut melihat nenek berada di sini.

"selamat tinggal bang geul, jumpa kat atas sana nanti..." senyum taehyung lalu menghilang seperti debu kecil.

aku meraung melihat taehyung pergi, nenek memeluk aku untuk menenangkan aku.

macam mana ni? aku tercintakan taehyung, roh manusia yang dah mati.

sungguh aku tak boleh terima semua ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
mineral bottle | taehyung.Where stories live. Discover now