Waktu lunch tu bukan aku yang tunggu Mingyu tapi Mingyu yang tunggu aku. Aku ambil masa sikit nak beritahu orang yang akan masuk ke syarikat Baekhyun. Ramai yang teruja dan gembira sampai ada yang namakan misi memikat boss ku Encik Baekhyun. Aku tergelaklah juga. Bersungguh-sungguh nak memikat Baekhyun tapi bila aku bagitau Baekhyun bakal berkahwin dua bulan lagi semua muka muram. Putus asa lah tu yelah diorang tak nak jadi perampas.
"Sorry lambat"
Aku tersengih memandang Mingyu yang duduk di tempat pemandu kereta. Mukanya nampak serius tanda tak suka aku lambat. Yalah Mingyu jenis yang tepati masa.
Bila aku sampai ke restoran yang dijanjikan oleh appa, hanya Jinyoung yang berada di sana. Aku terus duduk di sebelah Jinyoung nak Mingyu duduk di sebelah aku. Biar Baekhyun dan appa duduk di depan.
Aku memandang Jinyoung. Dia segak dan lebih kacak jika pakai sut. Dia tersenyum kepada aku.
Kami memesan makanan terlebih dahulu. Mungkin appa dan Baekhyun terlambat sikit.
"Jinyoung dengan Yeon couple ke?? Rapat semacam je?? "
Soalan yang akan selalu ditanya. Memanglah kitaorang ni kawan tapi tak ada lah sampai nak bercouple.
"Kalau ada jodoh, ada lah tu" ujar Jinyoung.
Kata-kata Jinyoung seperti ada makna tapi aku tak mungkin dia suka aku. Tapi kalau dia suka aku mungkin aku dapat lupakan waktu aku dengan Baekhyun dulu. Lagipun, Jinyoung baik dengan aku dan dia layan aku macam aku ni girlfriend dia.
Aku tersentak apabila kerusi di hadapan aku seperti ada orang duduk. Aku memandang depan.
Baekhyun dengan appa. Tapi Baekhyun memilih untuk duduk di hadapan aku. Baekhyun memandang aku dan Jinyoung silih berganti. Mungkin dia beranggap aku dan Jinyoung ada hubungan.
Biar je lah. Aku tak kisah. Aku gembira adalah. Biar dia sakit hati.
.....
Selepas lunch aku balik pejabat dengan Baekhyun memandang appa dan Mingyu pergi ke site untuk melihat pekerja-pekerja melakukan kerja masing-masing.
Jinyoung ada pelawa aku untuk hantar aku tapi appa yang tak bagi. Takut Jinyoung masuk lambat ke pejabatnya memandangkan pejabatnya jauh dari pejabat aku.
Aku memandang Baekhyun yang tersenyum-senyum memandu keretanya. Gembira lah tu. Menyampah.
"Yeon.. " Panggilnya.
Aku membisu.
"Yeon... "
Senyap lagi.
Street!
Baekhyun tiba-tiba memberhentikan keretanya. Aku memegang dahi aku yang terhantuk di dashboard.
Aku memandang Baekhyun tajam. "Kalau ada kereta dekat belakang macam mana?? Dah teringin sangat nak mati??!! "
Aku mula meninggikan suara. Kadang-kadang perangai Baekhyun ni menyampah. Baekhyun membalas renungan aku menyebabkan aku mula gugup.
Baekhyun membuka tali pinggangnya kemudian memegang bahu aku. Dia memandang tepat ke mata aku.
"Kim So Yeon. Aku cintakan kau" Ucap Baekhyun. Aku tergelak mendengar kata-kata tersebut.
"No! Aku tak bergurau!! Mesti kau tahu yang aku dah bertunang dengan Taeyeon but omma aku yang rancang semua ni. Dia sakit dan nak tengok aku dan Taeyeon bersama"
"Cukup Baekhyun. Cukup. "
"Aku tahu kau sakit hati bila aku tak bagitau aku pergi"
"Baekhyun. Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Awak dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Lagipun saya cintakan Jinyoung."
Baekhyun melepaskan pegangannya di bahu aku. Dia terkedu.
"Kau tipu!! "
Muka Baekhyun kelihatan merah. Dia memegang bahu aku semula dan mendekatkan mukanya pada muka aku. Pada saat ini aku tahu Baekhyun hendak cium aku.
Aku bergelut dengan Baekhyun. Namun dia lebih pantas. Dia memegang leher aku dan mencium bibir aku.
Ciuman ini lebih kepada paksaan. Aku menolak dada Baekhyun tapi dia semakin dekat dengan badan aku.
Tiba-tiba Baekhyun berundur. Aku menarik nafas lega. Baekhyun mengusutkan rambutnya.
Baekhyun memandang aku dengan pandangan sayu. "So Yeon.. Ma-afkan a-aku. A-aku cin-cintakan k-kau sangat-sangat"
Aku tak mampu memandang Baekhyun setelah dia mencium aku. Nasib baik aku tak pakai lipstick , nanti apa kata pekerja bila nampak bibir aku comot dengan lipstick.
"Hantar saya ke pejabat. Saya tak nak tengok muka awak lagi Baekhyun. Saya sangat-sangat benci awak!! "
YOU ARE READING
[C] Loyal Love | Baekhyun
FanfictionDia Byun Baekhyun Dia sombong Dia kaya Dia playboy Sifat baik hatinya orang tertentu sahaja yang tahu. Terpaksa menjadikan Kim So Yeon sebagai fake girlfriendnya apabila dicabar oleh ommanya sendiri. Beberapa tahun berlalu, pertemuan antara Baekh...