[Jisoo pov]
Aku melihat Tzuyu masuk ke ke kelas dengan mata yang merah, ya aku tau dia dan mingyu bergaduh. Aku tak salahkan sape²... Bukan Mingyu Bukan Tzuyu dan Bukan Wooshin. Wooshin takkan buat macamtu kalau dia tau yang Tzuyu dah kahwin
Aku terus duduk di sebelah Tzuyu a.k.a tempat mingyu. Mingyu?? Dia dah memohon pindah kelas lain. Aku terus mengusap rambut belakang Tzuyu.
"Kau ok tak ni? Teruk ke dia marah kau?" Soalku
"Jisoo kau boleh tak tolong aku?" Dia meminta
"Tolong apa?" Soalku lagi
"Tolong aku lupakan dia." Dia menjawab sambil memandangku..
"But why?? Kau tak sepatutnya lupakan dia.. " Aku cuba menghalangnya
"Tapi dia dah lupakan aku... Sia² je aku rindukan dia, cintakan dia.." Sambungnya
"Macamana kau tau dia dah lupakan kau?? Aku boleh tolong kau perbaiki hubungan korang. Tapi aku tak boleh tolong kau lupakan dia"
"Aku dah give up lah.... "
"Come onlah.. Awal² lagi kau dah give up.. Wake up Tzuyu! Aku tau dia still sayangkan kau. Cuma dia layan ego dia." Aku cuba memujuknya
"Dia tak sayangkan aku.. Kalau dia sayang kenapa haritu dia nak ceraikkan aku, kalau aku tak tutup mulut dia. Mesti kitorang dah bercerai" Dia masih keras kepala
Aku terdiam seketika." Mungkin sebab dia terlampau layan emosi". Aku berfikir positif. "Kita cuba pujuk dia ehh.. Takkan kau nak biarkan rumah tangga kau rosak macam tu je?" Aku memegang tangannya
Dia memandangku sambil tersenyum kelat. Aku dapat lihat air matanya yang mula mengalir
"Thanks jisoo.. Kalau takde kau, aku pun tak tau apa nak buat"
___________________________________
Aku menunggu kelibat wooshin di taman sekolah. This is showtime. Aku akan bagitau dia segalanya..
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soalnya
"Aku nak cakap sikit, pasal Tzuyu..." Jawabku
"Kenapa? Dia terima aku ke?" Soalnya bersungguh-sungguh
"Ani..."
"Habistu?.... Kau nak aku jauhkan diri aku dari dia? NO WAY!" Dia mengetap bibirnya
"Kau sedar tak yang kau dah rosakkan hubungan dia dgn mingyu?"
"Sedar... Tapi aku tak kesah. Selagi Tzuyu belum kah-" Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku terlebih dahulu memotong
"Dia dah kahwin... Dgn Mingyu" Tenang je kata kata tu keluar dari mulutku
"What?!... Lie, kau tipu" Dia menafikan kenyataan
"Kau tak percaya? Kau tengok ni.. " Aku menunjukkan sekeping gambar perkahwinan Tzuyu.
Riak wajah wooshin berubah, dia mengusutkan rambutnya. Dia terus mengenggam lenganku
"Kenapa kau tak bagitau aku awal² hah?!" Dia menguatkan lagi cengkaman.
"Dorang rahsiakan perkahwinan dorang. Setakat ni cuma kau dan aku je yang tau" Aku mengaduh kesakitan, dia terus melepaskan cengkaman
"Aku nak jumpa mingyu.. Kelas dia kat mana?!" Soalnya dgn kasar
"Kelas 5-B2, kau nak buat apa?" Soalku balik
"Perbetulkan hubungan dorang. Dan menebus kesalahan aku" Dia terus berlari meninggalkanku. Aku mengukir senyuman
S
K
I
P[No one pov]
Mingyu meletakkan kunci keretanya di atas meja.. Dia terus membuka neck tie dan masuk ke dalam toilet. Sekarang dia berada di rumahnya, tanpa Tzuyu.
Usai mandi.. Mingyu terus duduk di atas katil. Kata kata Wooshin benar² buat dia rasa tak sedap hati.
"Sumpah! Aku ingat kau dengan dia just couple. Rupanya tak, sebab tu aku bercadang nak rebutkan tzuyu dari kau. Tapi tolong dengar cakap aku, yang tzuyu tak bersalah. Aku yang salah!"
Boleh percaya ke? Aku cuba untuk belajar bertolak ansur. Lagipun aku betul² nak jumpa Tzuyu skrang ni. Tapi dinding ego aku masih kukuh menghalang aku daripada berjumpa dengan tzuyu.
"Lebih baik aku bagi dia masa tenangkan fikiran." Aku terus ke dapur untuk mencari kimbab.
Selepas jumpa, aku terus membawa kimbab tersebut ke meja makan. Aku tak tau sama ada kimbab ni elok ke tak sebab kimbab ni dibuat sebelum aku and tzuyu bergaduh.
Dah lama aku tak makan masakan dia. Masa kat rumah omma, aku takde selera nak makan sebab rindu dgn masakan tzuyu. Lagi lagi kimbab yang dia selalu buat. Sedap sangat, lain daripada yang lain..
YOU ARE READING
•|Kimbab For You|•
Fanfiction"Tzuyu, cuba kau tengok hospital tu." "Kenapa dengan hospital tu?" "Kat sanalah tempat kau akan lahirkan anak aku nanti" "Ishh mengada!" 2017