03

137 26 9
                                    

Cartoon Life
03
Pelajar Baharu

"Tuan pengetua, saya nak tanya satu soalan boleh?", aku semakin teruja untuk memulakan pembelajaran di hari yang pertama....

Lelaki yang berusia itu terus memandangku dan dia menganggukkan kepalanya, menunjukkan dia terima dengan permintaan yang aku pinta.

"Silakan, Hwang Eunbi. Setiap pelajar baharu berhak untuk bertanya apa-apa soalan yang berkenaan dengan sekolah.", angguk dan terus duduk tegak di hadapannya.

Abang aku hanya mendengar perbualan kami. Nampak je dia macam tengah tengok telefon bimbitnya dengan penuh tekan tetapi telinganya cekap untuk mendengar semua perbualan dengan teliti. Oleh sebab itulah, abangnya dikenali sebagai telinga gajah di dalam syarikat ayahnya.

"Boleh saya tahu, dalam sekolah ini ada tak pembelajaran yang melibatkan berenang? I mean, swimming hehehe", aku tersengih dengan persoalan yang amat biasa akan ditanyakan oleh diri aku sendiri.

Tuan pengetua seperti tahu apa jenis soalan yang akan dikemukan oleh aku. Ok, aku nak tahu jawapannya. Ok, ready, telinga. Dengar laju-laju.

"Mestilah ada, sekolah ini ada semua yng awak mahukan. Just said it what else, swimming, boxing, and all of it. Sebab sekolah ini melahirkan seorang idola bukan sahaja hanya penyanyi dan penari, malah ahli sukan yang ternama dan banyak lagi!", mata aku bersinar seperti sinar cahaya, aku tak sabar nak masuk sekolah ini!

"Awak ada soalan lagi, Hwang Eunbi?", dia bertanya kepadaku sambil membuka fail peribadiku.

Aku geleng dan senyum ke arahnya. Dia angguk dan terus memegang telefon yang ada di hadapannya untuk meminta bantuan seseorang, cikgu mungkin.

"Puan Seol, sila datang ke bilik pengetua. Ada pelajar baharu di dalam bilik saya. Sila perkenalkan segala-galanya kepada dia ya."

Aku terpinga-pinga seperti aku baru bangun daripada mimpi. Ok, sabar duhai hati. Aku tahu kau tak sabar nak masuk dalam kelas. Sabarlah ish!

"Ok Eunbi, saya tugaskan penolong saya untuk membimbing awak ke kelas dan memperkenalkan beberapa kelas yang awak perlu tahu sebelum masuk ke dalam kelas awak ya."

Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal dan agak janggal untuk seseorang yang aku baru kenal untuk memanggilku Eunbi.

"Em tuan pengetua, saya harap tuan panggil saya SinB.", tuan pengetua menganggukkan kepalanya dan terus bangun apabila dia ternampak orang yang dia cari sekarang.

Oh, itulah Cikgu Seol yang dia maksudkan? Wow lawa seperti sebuah bunga mawar dalam sebuah taman! Aku terus berdiri dan menundukkan kepalaku untuk memperkenalkan diriku.

"Annyeong saem, joeneun SinB imnida. Bangapseumbida seosaengnim", aku senyum dan memandang cikgu wanita itu.

"Nae, awak boleh panggil saya Cikgu Seol ya. Ok, marilah saya tunjuk awak beberapa kelas dahulu sebelum masuk ke dalam kelas baharu awak, okay?", dia menegurku dengan penuh ramah dan terus membuka pintu bilik pengetua ini dengan cepat. Wow, impressive.

"Em Encik Yong? Ada apa-apa lagi ke awak nak beri untuk adik awak? Sebelum dia nak masuk ke dalam kelas dia?", Tuan pengetua menegur abangku yang khusyuk bermain telefon bimbitnya dan dia terus mendongak sambil berdiri di hadapannya.

cartoon life | ᴋᴛʜ Where stories live. Discover now