Setahun kemudian...
Aku berlari di lobi hospital tersebut menuju ke arah lif. Mujurlah ketika itu, aku seorang sahaja yang sedang menunggu lif jadi tidaklah lama sangat nanti nak sampai ke tingkat tiga. Oh ya, apa yang aku buat kat sini? Apa yang jadi kat hospital ni?
Jangan risau, Muqris hidup lagi. Cuma buah hati aku itu telah mengalami kecederaan ketika dia sedang bermain bola pagi tadi sewaktu latihan. Jadi sebagai boyfriend yang baik, aku pun pantaslah bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya.
Di luar bilik wad lagi, aku sudah melihat kakaknya, Miranda sedang berdiri dan sedang berbual dengan seseorang melalui telefon. Melihatkan aku, kakaknya terus memberi isyarat bahawa Muqris berada di dalam bilik wad di hadapannya.
Aku masuk ke bilik tersebut. Muqris aku lihat sedang terbaring di atas katil hospital tersebut dan di sisinya terdapat seorang doktor wanita yang sedang memeriksa keadaannya.
"Hi, you must be Muqris' friend, Helonia, aren't you?"
Aku mengangguk. Muqris tersenyum memandang ke arah aku. Aku menjegilkan mata ke arahnya kerana membuatkan aku risau kemudian memandang ke arah doktor tersebut.
"I'm Dr. Tiffany de Fontaine. I am the in-charge doctor for Muqris. Based on my observations on him, he just suffered from a strained ankle and his muscle quite swelling. Perhaps he will recover in few days depends on how he can adapt with all the therapy."
Oh ya, kenapa Muqris sakit kakit? Sekarang dia sudah menjadi coach bola sepak di SMK Taman Mutiara. Jadi semasa training pagi tadi, dengan takdir Tuhan, kaki dia injured dan di sinilah dia sekarang. Selepas sahaja tamat latihan bola sepak di Stamford, memang Muqris balik semula ke Malaysia untuk menjadi coach bola sepak.
"My son knows you very well, Muqris. I think you know him."
"Well, what is his name?"
"Darius de Beauvoir de Fontaine."
"Oh yeah, he always there when I do practice with his friends."
Doktor tersebut hanya tersenyum lalu beredar selepas pemeriksaannya berakhir meninggalkan hanya aku dan Muqris di dalam bilik tersebut. Aku memandang Muqris lalu pantas mencubit kaki kirinya yang berbalut itu.
"Sayang, sakitlah..."
"Memang nak tambah sakit pun. Fikir I tak risau ke?! I dahlah tengah edit manuskrip novel baru tadi." Oh ya, aku dapat bekerja sebagai seorang editor di sebuah syarikat penerbitan novel. Itu sahajalah pekerjaan yang sesuai untuk aku yang pernah mempunyai rekod pesakit mental ni haa,
"Sayang, it's an accident. Mana I nak tahu yang I nak injured?"
"Next time take care okay, Superman. Kalau I yang get hurt takpe as I will always have my Superman tapi kalau Superman I yang injured, I boleh buat apa je."
"Don't worry, Little Mongoose. Your Superman will be okay soon. Anyway mana Kak Miranda?"
Miranda masuk ke bilik kami dengan wajah stress di riaknya. Bagaikan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
"Kenapa stress ni sis?" Aku bertanya.
"George tak sampai airport lagi. Dia tweet tadi dia still on plane."
Oh ya, Miranda sekarang sudah bertunang dengan George, seorang pramugara Malaysia Airlines yang juga seorang mat saleh. Mereka bertemu ketika Miranda dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Kanada empat bulan yang lepas. Mereka mula bercinta seminggu selepas itu sebelum membuat keputusan untuk bertunang tiga hari selepas mula bercinta. Kemungkinan besar mereka akan berkahwin pada lewat tahun itu. Eloklah sebab umur dia pun dah dekat 30 dah.

YOU ARE READING
LoveGame #Wattys2017
Teen FictionHelonia Humphrey dan Ingrid Lantana. Sepasang kembar yang lain jantina tapi sama pemikiran. Muqris Vini Miraziq. Ketua pelajar yang mempunyai segala yang perlu untuk mencairkan hati gadis. LoveGame. Permainan ciptaan Lantana menjadikan Helonia dan M...