Prolog

123 12 2
                                    

Prolog - Sudden XOXO

Sujeong berhenti melangkah. Dia ternampak Eunbi melangkah ke salah satu bilik kelab di situ. Ia bukannya bilik kelab sorak. Tapi, bilik kelab bola keranjang.

Entah kenapa Sujeong rasa ingin tahu. Sujeong tertanya-tanya kenapa Eunbi masuk ke bilik kelab itu sedangkan Eunbi ialah ahli kelab sorak.

Perkara yang mendorong Sujeong untuk mengambil tahu tentangnya ialah kerana Eunbi ialah kekasih kawan baiknya Mingyu. Dan sebab Sujeong masih lagi musykil kenapa Eunbi terima mudah-mudah je bila Mingyu minta couple dengan dia beberapa hari lepas.

Sujeong melangkah ke arah bilik kelab bola keranjang itu. Dia mengintai di celah tingkap bilik tersebut. Eunbi bukan berseorangan. Eunbi menemui seseorang.

"Jungkook-ah," panggil Eunbi. Sujeong terus memasang telinga. Mahu tahu kenapa Eunbi menemui Jungkook yang merupakan salah seorang kawan baik Mingyu.

"Kenapa datang sini? Macam mana kalau orang nampak?" tanya Jungkook tanpa memandang ke arah Eunbi walaupun sedikit.

"Saya dah buat apa yang awak minta saya buat," kata Eunbi. "Saya dah terima Mingyu untuk jadi kekasih saya,"

Mata Sujeong yang sedia besar meluas 2 kali ganda mendengar kata-kata Eunbi. Jadi, betullah apa yang dia syak. Ada sesuatu yang tak kena masa Eunbi mudah-mudah je terima Mingyu beberapa hari lepas.

"Baguslah. Itu memang apa yang awak patut buat," kata Jungkook. "Dan apa yang Mingyu patut terima,"

"Awak kata awak sayangkan saya," kata Eunbi. Suaranya sudah mula bergetar. Dia mungkin akan menangis bila-bila masa sahaja.

Konspirasi apakah ini?! Sujeong bagai tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja dengar.

"Tapi, saya lebih sayangkan persahabatan saya dengan Mingyu," kata Jungkook. Dia meletakkan pen yang sedari tadi digunakan. Jungkook memandang ke arah Eunbi. "Mingyu seorang lelaki yang baik. Awak akan sukakan dia,"

"Macam mana kalau saya tak boleh? Macam mana kalau saya selalu fikirkan awak? Macam mana kalau dia tak gembira dengan saya?" tanya Eunbi. Dia sudah mula menangis.

"Ada awak di sisi dia je dah buat dia bahagia," kata Jungkook. Dia melangkah ke arah Eunbi lalu menghapus air mata Eunbi dengan ibu jarinya. "Janganlah menangis. Jangan biarkan air mata tumpah dari mata awak yang cantik ni,"

Sujeong yang melihatnya mula merasa sebak. Macam tengok drama korea pula lagaknya. Sujeong mengelap air matanya dengan lengan seragamnya.

"Hati saya sakit, Jungkook. Saya sayangkan awak. Kenapa susah sangat awak nak faham?" tanya Eunbi dalam tangisnya.

"Kalau nak dibandingkan. Saya dengan Mingyu. Mingyu jauh lebih baik dari saya. Awak serasi dengan dia. Bukan dengan saya," kata Jungkook. "Awak patut dapatkan yang terbaik,"

"Tapi saya sayangkan awak! Bukan dia!" tangis Eunbi. Sujeong menekup mulutnya dengan tangannya. Menahan daripada tangisnya didengar.

"Saranghaeyo, Jungkook-ah," ucap Eunbi.

"Mian," kata Jungkook. Jungkook menarik Eunbi ke arahnya lalu dengan lembut mengucup bibirnya. Membuatkan Eunbi terkejut. Hanya sekejap. Lalu dilepas.

"A-apa tu?" tanya Eunbi.

"First kiss kita," kata Jungkook. Dia merenung bibir Eunbi. Dalam hatinya penuh rasa bersalah. Kepada Mingyu kerana apa yang sedang dia lakukan. Dan kepada Eunbi kerana dia memaksanya untuk menerima Mingyu.

"Tapi. Kita bukan siapa-siapa," kata Eunbi. Jungkook tidak menjawab. Malah dia terus mencium bibir Eunbi sekali lagi. Kali ini lebih lama dan lebih dalam. Eunbi menerimanya dan membalasnya. Mengikut rentak Jungkook.

Sujeong mula tidak senang duduk. Wajahnya membahang. Dia memandang ke kiri dan ke kanan untuk mengelak daripada melihat apa yang sedang mereka lakukan.

Matanya membuntang apabila dia ternampak Mingyu melangkah di koridor tersebut.

Sujeong cepat-cepat melangkah ke arah Mingyu.

"Hey. Sujeong. Kau nampak Jungkook? Aku ada hal nak- Woi!" Sujeong menarik Mingyu ke arah tangga kecemasan yang sudah tidak digunakan di tingkat itu. Pintu ditutupnya. "Kau dah kenapa, Sujeong?"

Sujeong memandang ke arah Mingyu. Dia tidak boleh membiarkan Mingyu nampak Eunbi dan Jungkook. Sujeong menolak Mingyu hingga dia bersandar di dinding.

"S-sujeong-ah,"

Sujeong tak tahu apa yang patut dia buat sekarang. Memanglah dia sukakan Mingyu. Tapi, dia tidak sanggup melihat Mingyu sedih kalau dia tahu hubungan Eunbi dan Jungkook. Cepat-cepat dia menekup mulut Mingyu dengan tapak tangannya.

"Shh.." Sujeong terdengar ada yang berjalan di koridor itu. Dia pasti yang ada dua orang. Dan mereka sudah tentu Eunbi dan Jungkook kerana tiada sesiapa lagi di tingkat itu. Apabila bunyi tapak kaki itu sudah tidak kedengaran, Sujeong menarik tangannya dari menekup mulut Mingyu.

"Kenapa tadi?" tanya Mingyu separuh berbisik.

"Tadi? Tak ada apa-apa," kata Sujeong. "Dah. Aku nak blah,"

Belum sempat Sujeong berlalu pergi, Mingyu menarik tangan Sujeong dan mengubah posisi mereka. Sujeong tersandar di dinding manakala tangan Mingyu memenjarakannya.

"Bagitahu. Kenapa tadi," desak Mingyu. Sujeong berfikir. Cuba menggerakkan akal bijaknya. Dan dia mendapat idea.

"Mingyu-ya. Ada labah-labah!" katanya.

"Ahh! Mana?! Mana?!!" Mingyu menjerit lalu memeluk Sujeong. Sujeong yang pada awalnya mahu ketawa menjadi terkaku apabila sudah tiada jarak yang memisahkan dia dengan Mingyu.

Sujeong menelan liur. Dia menunduk dalam pelukan Mingyu.

"Kau tipu, eah?" tanya Mingyu. Tapi, dia baru sedar akan posisi mereka. Terlalu dekat. Dan entah kenapa. Mingyu pun tak tahu kenapa dia rasa lain macam. "Sujeong,"

Sujeong tidak bereaksi. Mingyu masih tidak melepaskan pelukan.

"Ryu Sujeong," panggilnya lagi. Sujeong memandang ke arah Mingyu lalu bertanya.

"Kau nak a-"

Kata-katanya terhenti di situ apabila tiba-tiba sahaja Mingyu melekapkan bibirnya dengan Sujeong.


Hey Hello! Hi! Ini ialah ff pertama saya di sini. Mohon supportnya, ya? Feel free to drop some comments and vote! saya akan amat hargainya!!

Only You [BTS SVT LVLZ GFRD]Where stories live. Discover now