Irfan mencempung Iffah dengan berhati-hati semasa turun. Iffah pula menahan malu walhal dia tahu muka dia saat ini pasti kemerahan . Hannah dan Ilyana dalam diam berhigh five. Akhirnya rancangan mereka berjaya sedikit demi sedikit . Naim hanya menggeleng kepala walhal dia tersenyum melihat kebahagiaan kawannya itu .
" Woiii ! Cepatlah turun . Benda korang buat tu lagi hish .. " jerit Irfan . Punya lama dia tunggu , tengok tengok budak bertiga tu masih tak turun . Dah lah tengah kawal degupan jantung dia ni .
Iffah mengintai sedikit . Dia pelik sebenarnya kenapa jantung lelaki ni berdegup laju je . Ke dia pun malu ? Iffah tersengih kecil.
" Pffttt ! Hahahahah kejap kejap . Haih tahu lah dia malu . Nak acah cover pula . " ejek Naim . Dia membantu Ilyana turun . Heolll ! Tunang dia tu hahahah !
Irfan menjulingkan mata . Menyampah tengok drama si Naim tu . Sesekali dia mengintai bidadari dalam pelukan dia ni . Nampak comel dengan muka bukan main merah tu hahahah !
Ilyana membawa mereka ke arah satu cottage yang berada berdekatan dengan pantai tu . Nampak tenang sebab keliling ada pokok menghijau manakala depan pula pantai tersergam indah . Hannah sudah terpegun melihat sekeliling . Keindahan alam yang tak mampu dia ungkapkan tersergam indah saat ini . Iffah mula meneroka sekeliling . Ini impian dia iaitu ingin ke pantai yang tiada siapa boleh ganggu dia . Reaksi teruja tu tak mampu dia sorok sehingga Irfan tersenyum kecil melihat dia .
" Ok . Ni kunci bilik kau dengan Irfan . Well kitaorang girls duduk satu bilik . Perlengkapan Iffah nak bergerak pun ada dalam tu . So jangan risau okey , Fan . " terang Ilyana . Dia sudah menyediakan segalanya untuk memudahkan pergerakan Iffah nanti .
Naim mengambil kunci yang dihulurkan Ilyana lalu pergi ke arah bilik yang ditunjukkan . Manakala Irfan mengekori Hannah dan Ilyana kerana dia harus meletakkan Iffah . Tak jauh manapun bilik si gadis kerna berhadapan bilik dia je .
Perlahan-lahan Irfan menurunkan Iffah di atas katil . Dia tersenyum sebelum keluar dari bilik itu . Iffah menutup mukanya apabila Ilyana dan Hannah tersenyum penuh makna pada dirinya sebelum bilik itu bergema dengan gelak ketawa .
~~~~~~
Ifrina merengus geram . Macam macam masalah ada dekat Bali sampaikan dia terpaksa duduk situ sebulan. Melampau betul abangnya itu ! Kata seminggu sekali tup tup kena sebulan . Atas alasan mahu dia cuba berjinak dengan dunia di sini . Makin lama makin susah dia nak hasut Iffah lah gini gayanya ! Papa pun sokong je si Ikhwan tu . Payah lah gini !
Paling dia geram Raihan pun ada dekat sini sebagai wakil syarikat pesaing mereka . Masa mula mula jumpa tu , dia agak terkejut namun dia usir riak wajah itu dan buat tak tahu . Tipu jika dia takde perasaan masa mula mula ternampak Raihan tu tapi dia perlu habiskan misi dia . Kenangan lalu perlu dia buang jauh jauh .
" Tak mungkin aku nak give up semata sebab Raihan tu . No way ! Aku dah plan baik baik dah . So , takde makna aku nak berundur " Ifrina tersenyum sinis sebelum menikmati pemandangan di hadapan dia .
TBC
YOU ARE READING
I'm Yours
Teen Fiction[C O M P L E T E D] " I'm yours. You know it, right? " - Iffah Farhana " Yes. You're mine. " - Irfan Hayyan They started it then they need to end it with happy ending. Tapi persoalannya dapat ke mereka tamatkan dengan penamat yang bahagia? Start :...