Menanti kehadiran bulan dan bintang, dirinya berdiri di pesisiran Pantai Juara, Pulau Tioman,Pahang sambil menunggu sehingga mentari senja terbenam.Dirinya mempunyai segala-galanya termasuklah harta yang tidak terkira.Tiada apa yang masih dirinya belum tercapai, semuanya lengkap.Kereta,rumah,duit mahupun emas permata,persoalannya benar ke,apa yang dirinya lakukan.Dirinya melakukan pekerjaan yang tidak sepatutnya, membunuh,mencaci,memaki hamun, meragut dan baru-baru ini adalah melanggar sehingga orang itu tidak mempunyai nafas.Bukanlah kerelaan dirinya melakukan semua perkara itu, ianya kerana keterpaksaan.Mungkin sekarang,namanya sudah di senarai sebagai kaki pukul,pembunuh bersiri dan lain-lain.Sehingga ketika ini,dirinya terselamat dari diberkas oleh pihak berkuasa.Padahal,pelariannya tidaklah sejauh beribu batu,hanya ditempat penyembunyian yang pasti,tiada siapa dapat mengesannya dan tahu,
“Berapa lama kau mahu duduk disini,Haikal?” Raikal Masri
“Selama mana yang aku inginkan.Baliklah Raikal,aku tidak perlukan khidmat kau lagi.” Haikal Fitri
“Selagi semua ni,belum selesai,aku tidak akan berganjak haikal,tidak akan!”
“Cukup Raikal! Aku tidak mahu lagi meneruskan semua perkara ini,tolonglah faham aku Raikal!”
“Tetapi kenapa? Beginilah haikal,aku janji ini kerja terakhir kau.”
“Tolong jangan paksa aku! Sebelum ni,itu juga janji kau.Mana perginya janji kau tu? Ke laut,jawablah?”
“Ye memang aku mungkir janji,kali ini aku akan pastikan yang ianya tidak akan berulang lagi.”
“Sudah Raikal! Pergi! Aku perlu bersendirian,pergi!”
“Aku akan pergi,selepas aku bunuh kau.”
“Hahh? Raikal! Bawa bertenang.Kitakan kawan,apa yang kau cuba hendak lakukan ni?” Haikal terkejut dengan kata-katanya dan terbeliak mata haikal,selepas melihatnya sudah mengacukan pistol ke kepalanya.
“Maaf haikal,kawan tiada makna bagi aku.Jika satu juta,menunggu aku.” Raikal Masri
“Siapa upah kau,hah? Beritahu aku? Aku boleh bayar lebih daripada itu.” Haikal memyuruhnya memberitahu siapa yang mengupahnya.
“Tan Sri Yunos..Dia sudah janji,bila aku habiskan kau,hidup aku akan berubah.” Raikal Masri
“Jangan masuk perangkap dia,raikal! Dia tipu!” Haikal Fitri
“Diam! Kau tak payah hendak buat cerita.Kau tengok matahari tu,tengelam sahaja ia,nafas kau pasti akan terhenti.Haha..” Raikal Masri
“Tamak! Kau memang tamak! Aku ni kawan kaulah,empat tahun lamanya kita berkawan. Tergamak kau mahu bunuh kawan kau sendiri,fikirlah Raikal,fikir!” Haikal fitri menjerit memberitahu serta cuba memujuknya supaya lupakan niatnya itu.
“Arghh! Selama ni,aku ikut kau,apa aku dapat? Satu sen pun tiada,hanya membazirkan masa aku sahaja,adalah.” Raikal Masri
“Sabar Raikal,sabar..Kita bincang dulu okay,letak pistol kau kebawah,please..” Haikal fitri merayu kepadanya supaya dia meletakkan pistolnya itu kebawah, dengan nada yang perlahan sahaja.
Raikal Masri mengikat dan menutup mulutnya menggunakan kain supaya haikal tidak boleh berbicara lagi,pistolnya tetap tidak berganjak dari kepalanya. Haikal fitri hanya berserah sahaja,jika hari ini,menjadi hari terakhirnya.Nafasnya dihembuskan,matanya dipejamkan, tidak mahu melihat,apa yang sedang berada dihadapannya.Hanya tinggal dua minit sahaja lagi, sebelum matahari terbenam. Di hatinya saat ini,sedang mengucap dua kalimah syahadah,berkali-kali.Raikal masri bersedia untuk menekan pistolnya,bagi melepaskan tembakan kearahnya. Wajahnya tersenyum jahat,akhirnya haikal fitri akan tewas di tangannya sendiri iaitu kawan baiknya yang sudah empat tahun berkongsi pendapat dan berkawan dengannya.
YOU ARE READING
Mengejar Satu Cahaya
RomanceCerita ini mengisahkan tentang tiga cerita yang berbeza,iaitu cerita tentang tiga orang pemuda yang berumur 20 an dan juga 30 an.Mereka semua sama bangsa,sama agama, cuma apa yang membezakan mereka adalah harta dan pangkat.Pemuda yang bernama Haikal...