Leher dipanjangkan ke deretan kedai yang terdapat di situ. Mata meliar mencari butik pakaian, Dressing Paula seperti diberitahu Amelia. Kata Amelia, butik itu di aras dua tapi sudah enam kali aku mengelilingi aras dua tapi semua usaha aku berakhir dengan perkataan, sia- sia.
Atas sebab kawan baik aku rela berjalan dan pusing di satu aras. Sampai pak guard di depan eskalator sudah pandang aku pelik. Gamak seperti aku kehilangan ibu.
Aku sambung berjalan, bermula dari titik mula. Husnuzon Shaf, mungkin tadi kau terlepas pandang butik itu. Bermula dari titik mula, cukup tujuh kali aku mengelilingi aras dua.
Teringat dengan dua bulan lalu, ketika aku berkesempatan menunaikan umrah, kalau macam ini gaya kelilingnya sudah cukup aku tawaf mengelilingi kaabah.
Kali ini aku sudah tekad, ini pusingan terakhir. Kalau masih tak jumpa, aku akan balik. Dan suruh Amelia sendiri pick- up baju yang ditempahnya.
Di hadapan Tory Burch, telefon pintar di tangan bergetar. Acap kali aku letak mode telefon dalam keadaan itu supaya tak menganggu konsentrasiku di pejabat untuk menyelesaikan kerja. Sudah keluar dari pejabat sudah terbiasa dan terlupa untuk matikan mode itu.
Melalui tetingkap telefon, aku lihat beberapa notifikasi dari Amelia lancar masuk. Bagai air sungai yang mengalir.
"Ameliaa.." aku mengumam geram.
Umur belum cecah tiga puluh tahun tapi sudah jadi pelupa. Yakinnya dia semalam memberitahuku butik itu di aras dua. Untung saja aku bertanya kembali. Dan, jelas jawapan dia kali ini berbeza. Dressing Paula di aras empat. Sangat berbeza dua dengan empat.
"Auchh.." lenganku terasa kebas apabila dilanggar kuat dari arah hadapan.
Telefonku sudah melayang dari tangan dan ku lihat sudah tertiarap satu meter dari tempat aku berdiri.
Lengan yang masih terasa kebas, aku pegang lama. Menghilangkan rasa sakit dengan cara itu.
Tubuh wanita tinggi lampai itu ku pandang lama. Jelingannya sudah buat aku menelan liur. Dia yang telah melanggar aku dan sekarang dia seperti meletakkan kesalahan itu di bahuku.
Terpandang telefon belum dipungut, aku sudah berjalan menuju telefon dan meninggalkan wanita itu di belakang.
"Hey you.." jerit wanita itu seakan tak berpuas hati apabila ditinggalkan sendiri.
Tanpa menghiraukan dirinya, aku menyambung langkah dan menunduk memungut satu- persatu isi telefon yang sudah termuntah keluar.
"Mr.. your shoes.." bateri di bawah telapak kasut lelaki tidak dapat dipungut.
Perlahan- lahan aku mendongakkan kepala ke atas.
"Darl.."
Saat itu, tubuhku terasa mahu terjelopok jatuh ke lantai. Melihat Zarif berdiri di hadapan ku.
"Darl.. lama tau I tunggu you." Dalam sekelip mata lengan kanan Zarif dirangkul wanita tinggi lampai itu manja.
Kali kedua aku rasa mahu terjelopok. Zarif sudah punya kekasih baru, walaupun hubungan kami baru saja tamat?
"I miss you darling." Hatiku mulai sebak melihat pipi kanan Zarif disentuh bibir wanita itu.
Mata aku pejamkan lama. Mungkin suatu masa lalu aku dipuja Zarif tapi bukan kali ini dan bukan saat ini.
Melihatkan gaya dan penampilan wanita itu sungguh aku tak sangka citarasa Zarif pada wanita seperti itu.
Aku akui wanita tinggi lampai itu cukup cantik dengan potongan badan seperti seorang model profesional. Badannya cukup sempurna. Cukup untuk menggiurkan hati mana- mana lelaki yang melihatnya.
YOU ARE READING
BUKAN DIA LELAKI ITU
RomanceCinta yang diimpikan Washfa Aisha terkubur ditinggalkan Zarif Hakimi lalu hati diasah ajar tidak mudah untuk jatuh cinta lagi. Namun, perancangan manusia tak seindah perancangan DIA. Cinta itu hadir dalam keadaan dia belum bersedia. Dan, bukan dia l...