OMGMH 1

27.1K 521 59
                                    


Bila sedih , pesan pada hati,
"Allah tahu yang mana terbaik untuk aku ,sabarlah"

"Nur Iman Maisara"

Siapa pulak panggil nama aku yang semanis  madu ni? Aku bangun dari tempat duduk sambil menutup buku dairiku lalu mencari gerangan yang memanggil namaku.

"Baaaaaarhhh"

"Astagfirullahalzim , kus semangat aku Aishah!" Jerit terkejut ku kepada Aishah. Ni kalau luku kepala dia best ni! Suka suki je buat aku terkejut ! Kang ada masuk gelanggang WWE!

"Hehe , sorry lah Iman.Kau baru habis tulis ayat jiwang ke?" Aikk macam mana budak ni boleh tau aku baru habis tulis ayat ayat jiwang . Memang hobi aku sejak kecil tulis ayat ayat jiwang , tengok orang lah mueheheh!

"Haah, macam mana kau boleh tau?"
Jelingan maut aku bagi kepadanya. Padan muka,bluekkkkk!

"Halah macam aku kenal kau sehari dua  ,Iman. Dah hampir 10 tahun aku kenal kau Iman.Perangai kau semua aku dah boleh baca la , no hal la."

Ye.Kami mengenali antara satu sama lain sejak bangku sekolah rendah lagi.Hampir 10 tahun kami menjalinkan persahabatan ini , harap kekal hingga ke Jannah.Aamiin!

   ***

"Iman, betul ke kau nak pindah ni?" Kata Aishah dengan perasaan sayu.
"Aishah aku tak nak hampakan ayah aku, bagi aku ayah dah banyak berkorban untuk keluarga ini. Biarlah kali ni aku membuat dia rasa bahagia pulak.Lagipun dia mahu mengajar anak anaknya berdikari sesama sendiri."

"Nanti aku tak dek kawan lah.Huwargh kau je lah satu satu kawan yang aku ada." Adeh! Buat drama ayer mata lak!

Sesungguhnya memang aku membantah keputusan ayah yang hendak menghantar aku ke asrama, bukan apa banyak memori pahit manis sudah tertanam di sekolah ini. Mana boleh aku tinggalkan begitu sahaja! Tetapi aku kesian pada ayah yang bertungkus lumus untuk memasukkan aku ke sekolah yang lebih baik. Jadi aku mengambil keputusan tidak jadi untuk membantahnya.

"Alah Aishah, Wani dengan Umairah kan ada untuk temankan kau?"

"Diorang tak sama macam kau Iman! Kau jangan lupa kat aku pulak kalau dah jumpa kawan baru , kesian la kat kawan kau ni Iman."

"Haha overacting la kau ni Aishah! Mana mungkin aku nak lupa kau? Ish  orang gila je buat macam tu.. Janganlah yedih yedih ye wahai kawan ku yang tk matang."  Terhambur ketawa aku ! Lawak sendiri pon jadi gelakkan? Arh! Lantak kesah apa aku, yang penting aku bahagia!

"Iman!"

                             •••

Uishhhh. Berpeluh tangan aku ! Mana tak berpeluh kalau nervous macam ni.. Yelah hari yang ditunggu tunggu oleh aku ! Berdebar sia ! Bermulalah kehidupan aq sebagai penghuni asrama! First time siot!

"Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah!"  Fuhhhh panjang nama sekolahnya..Sekolah baru untuk aku!

"Adik, duduk sini jaga diri baik baik tau  dengar cakap cikgu ! Jaga solat kamu. Kamu dah besar , boleh fikir apa yang baik dan buruk." Kata kata ayah aku telah menumpahkan cecair jernih dari mata aku.Aku anak bongsu sememangnya manja dengan ayah aku ! Jadi susah aku nk lepaskan ayah aku nih. Huwargh appa hajima! Hahahaha loghat korea pulak dah keluar?

Baru aku perasaan ayah telah meninggalkan aku lima minit lepas. Aku dengan malasnya melangkah masuk ke dalam sekolah tersebut lalu aku bertanya kepada seorang wanita yang agak cantik bagi aku. Not bad bruhh.. Jadi kakak ipar aku boleh ni ahhaha !

OMG! Mr. HeadprefectWhere stories live. Discover now