"Beautiful life"Mata dicelik secara perlahan lahan.
"Allahu aku dekat mana ni?"
Mataku yang kabur kabur tak di dapat melihat sekeliling dengan jelas. Ku pandang ke hadapan . Eh siapa tu. Terdapat seorang figura yang sedang bersembunyi disebalik dahan yang besar." Adam." Ucap ku perlahan. Macam mana dia ada dekat sini? Suasana yang agak seram sejuk ditambah pulak dengan angin sepoi sepoi menerpa muka ku.
Adam seakan akan menyuruh ku mendiamkan diri. Apa dah jadi?
Dia datang perlahan lahan ke arah aku lalu membuka ikatan tali pada tanganku.
Huh ikatan dah terbuka! Lega! Aku melihat pergelangan aku haa terdapat kesan merah di situ.
"Kau okay?" Prihatin Adam.
"Ahaa aku okay je."
"Kalau macam tu jom kita pergi dari tempat n---
"Woi!"
Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya kami berdua tersentak pabila seseorang menjerkah kami.
Adam memegang pergelangan tangan ku dengan kuat lalu menarik pergi dari situ.
"Jangan sampai terlepas! Kita lari dulu pergi tempat yang lebih selamat!"
Aku hanya menggangguk kepala sahaja. Degupan jantung semakin laju. Ya Allah selamatkanlah kami!***
"Eh Izuan kau nak pergi mana tu!" Jerit Haqiem.
"Aku nak cari Adam dengan Iman!"
"Dah lah wan, insyaallah Adam dengan Iman selamat je! Kita tunggu je dekat sini." Pujuk Fiyyad
"Aku risau weh! Kawan aku hilang kot! Kawan baik aku!"
"Kitaorang pon risau jugak dekat diorang tapi kau kena faham kita ni pelajar mana boleh masuk hutan dalam keadaan sekarang ni!"
Izuan hanya terdiam saja. Ada betul jugak cakapnya Si Fiyyad ni. Tapi arhhh tak kira aku nak jugak cari diorang.
"Yelah kalau macam tu. Aku nak pergi tandas sekejap."
"Okay. Kau jangan buat macam macam pulak wan." Budak ni bukan boleh percaya. Keras kepala tau tak! Ha kalau pukul dengan tukul tak pecah kepala gamaknya.
"Ye aku tau lah!"
***
"Huh, Adam aku letih la." Mana tak letihnya hampir 30 minit kitaorang berlari untuk menyelamatkan diri. Jauh dah kot. Fuh selamat.
Aku menoleh ke arah Iman. Hah kesian dia penat. Eh eh kau dah kenapa Adam?
"Kita duduk sini dulu."
"Oookay"
"Kau macam mana boleh ada dekat sini?" Tanya Adam sambil memandang tepat ke arah ku. Duh duh jangan pandang saya macam tu awak! Amboi Iman macam ni kau boleh pulak nak jadi ulat bulu hea! Gedik!
"Erkk entahlah. Tapi seingat aku masa perjalanan game burung hantu tu ada orang pegang bahu aku then dia tekup mulut aku dengan kain. Lepas tu sedar sedar je aku dah ada kat tempat tak di."
"Ouh." Hanya itu saja perkataan yang keluar dari lelaki ini. Ceh bazir air liur aku je cakap panjang panjang.
"Kau kenapa pulak ada dekat sini?" Giliran aku pulak yang bertanya.
Adam menjongketkan keningnya. Dia tersenyum sinis lalu mendekatkan mukanya ke muka ku. Aku terdorong sedikit ke belakang. Eh pahal mamat ni.
"Selamatkan kau." Ya itu. Itu perkataan yang keluar sendiri dari mulut dia.
YOU ARE READING
OMG! Mr. Headprefect
Teen FictionNi ke sekolah baru aku? - Iman Kerek arh minah ni!- Adam Ha apa! Nak cari gaduh ke ha!- Iman Kau tunggu minah kerek ! Ada hari aku naik bas Ada hari aku balas - Adam Pertunangan secara rela atau paksa? #336inteenfiction - 21/10/2017 #194inteenfic...