Hujan lebat ditiup kuat ke arah selatan. Rasa sejuk dirasai. Selimut putih,aku mencampak nya. Butang bersimbol labah-labah aku tatap seketika. Butang berikut berkelip-kelip.
Aku membuka almari baju. Sut Spiderman,aku ambil dan memakainya dengan senyap. Tingkap dibuka. Aku terjun ke bawah dan mengeluarkan web dan ia terkena ke bangunan berdepan dengan aku.
Aku bergayut dan bergayut. Setiba di Bank,sekumpulan perompak telah menumpaskan bodyguard di bank berikut. Aku hanya termenung melihat mereka.
"Cepat ambil duit tu!nanti tak pasal-pasal kena tangkap dengan polis. "kata salah seorang daripada penjenayah itu.
Aku melompat ke bawah. Papan tanda Bank,aku duduk di situ. Seorang penjenayah membawa duit memasukkan duit ke van nya. Aku menembak web dan ia terkena pada belakang pangkal leher nya.
"Easy man.... aku akan tinggal kan kau di sini...so,jangan kemana-mana...rancangan selepas ini akan kembali. "ayat lawak aku membuatkan penjenayah itu pengsan. Haha...buat lawak pun pengsan ke?!!
Aku menembak sekali lagi web ke tanah. Kemudian,aku berlalu pergi meninggalkan mereka.
********
Hari ni cuti...
Nak buat apa eh?
Hah!
Aku nak lumba basikal dengan Jerry lah. Kali terakhir aku main dengan dia pun masa aku lima tahun. Itu pun Draw...
Basikal BMX dikeluarkan oleh aku. Aku mengayuh nya sehingga ke rumah Jerry. Semasa dalam perjalanan,sebuah rompakan besar muncul di depan aku. Aku apa lagi...
Sut Spiderman dipakai siap-siap. Di jalan raya,aku menembak web. Web tersebut melekat pada van. Tapi... rancangan nya tak menjadi. Patutnya,van tu melambung ke atas. Apa lah nasib.
"Spiderman!cepat sikit!"kata ketua mafia.
"Woah...rileks lah...aku baru nak beraksi..."
Aku menembak sesawang lelabah ke tayar van mafia itu. Mereka terhenti di jalan raya. Aku berlalu pergi dari situ. Polis menangkap mafia itu.
*******
Di taman,cuaca sungguh segar. Angin bertiupan perlahan,dapat dirasai. Sebuah basikal tua lalu di seberang pokok."Eh Jerry!kau buat apa kat sini?"
"Isap vape"
"Serius ke?!!".
"Aku isap rokok pun tidak,ini nak isap vape...jangan haraplah."
Tiba-tiba,seorang gadis cantik dapat menawan hati aku. Air liur aku mengalir bagaikan darah. Jerry tercegat melihat aksi aku.
"Oi! termenung jauh nampak."
Aku tergelak kecil mendengar kata-kata nya. Kami berdua hanya pusing sekeliling taman. Sambil tu,aku ada bercakap sedikit dengan dia. Pasal projek sains.
"Wei,Jerry...kau ada bateri?"
"No"
"Skru?!!"
"Takde!nak buat apa semua tu?"
"Adui haih....projek sains lah...kita kan nak buat uji kaji elektrik. "
Dia pengsan di tengah jalan. Well,dia ni sensitif. Sensitif terhadap guru sains. Haha...sounds funny right?"
Aku mendukung tangan dia dengan kuat. Aku pun sampai di rumah Jerry. Seusai menghantar Jerry , aku pergi ke kedai peralatan sains yang berdekatan. Baru je nak beli barang,dah kena rompak kedai tu. Aku memakai topeng spidey dan menumbuk muka penjahat itu. Tauke kedai itu memberikan peralatan yang aku perlukan dengan percuma.
YOU ARE READING
The Ultimate Spider-man
Science FictionSelepas pemergian Spiderman selama tiga tahun,ia kembali lagi dengan perwatakan yang baru. Musuhnya bukan sekadar kuat,malah ia terlalu licik. Siapa yang tak tahu? Haha...sudah semestinya Carnage yang licik. So..dah dapat storyline?tak?!!ok mari aku...