Vampire Cat

208 36 5
                                    

Joshua Hong

Aku terjaga apabila aku terasa ada pergerakan di atas katilku. Perlahan-lahan aku mencelikkan mata.

Mataku yang sedia sepet serta merta meluas apabila aku melihat sesuatu berada di atas katilku. Bukan sesuatu. Tapi, seseorang.

Seorang yeoja berambut panjang merangkak di atas katilku ke atas tubuhku. Tetapi, tidak menindihku.

Yeoja ini merenung ke dalam anak mataku. Siapa yeoja ini? Macam mana dia boleh masuk? Aku tak tutup tingkap, ke? Aku tak kunci pintu depan ke?

Kalau betul aku tak kunci pintu depan, matilah aku kena dengan eomma nanti.

Kerana terlalu takut, aku tidak mampu bergerak walaupun seinchi. Aku tidak mampu bersuara. Seram ni.

Memanglah yeoja ini tak mempunyai rupa yang menyeramkan. Tapi, dia ada aura yang menggerunkan. Apatah lagi bila dia tiba-tiba muncul dalam bilik aku macam ni.

Apa yang sebenarnya yeoja ni nak? Yeoja ini mendekatkan wajahnya ke wajahku. Hanya sedikit ruang yang tinggal diantara kami.

Mataku membuntang kerana terlalu terkejut. Tapi, kenapa aku rasa macam aku selalu je nampak yeoja ni. Pada masa yang sama, macam ini baru pertama kami aku nampak yeoja ni.

Kawan sekolah aku ke? Jiran aku ke? Aku betul-betul tertanya-tanya. Sesiapa? Boleh tolong jawabkan?

Yeoja ini tersenyum ke arahku. Aku tergamam. Dia memang sangat-sangat comel. Sumpah!

Dia mendekatkan lagi wajahnya ke arahku. Aku menutup mata kerana takut. Jantungku berdegup dengan sangat laju.

Tak tahulah kenap jantung ni berdegup selaju ni. Sebab aku takut ke? Sebab yeoja ni comel ke? Aku betul-betul tak tahu. Keliru!

Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang basah dan hangat menyapa leherku. Tidak lama kemudian, ia diganti dengan rasa sakit yang mencucuk.

Aku pasti yang yeoja ini sedang menggigit leherku. Kerana aku dapat merasakan hembusan nafasnya pada leherku. Dan rambut panjangnya yang menutup wajahku.

Aku mula merasa ada cecair yang hangat mengalir keluar daripada tempat yang digigit oleh yeoja ini. Dis tidak berhenti. Dia terus menghisap tempat yang digigitnya tadi.

Tunggu! Takkanlah yeoja ni, vampire?! Kerana terkejut dengan apa yang aku baru sahaja sedari, aku mula tidak sedarkan diri.

♡♡♡

EVERYONE... TOLONGLAH VOTE AND COMMENT... TERIMA KASIH...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Vampire Cat [svt joshua malay fanfic]Where stories live. Discover now