▷ 3 ◁

2K 281 8
                                    

Aku cuci muka aku serta tangan aku yang kotor dengan darah. Aku menghela nafas berat dan memandang cermin tandas sekolah ni. Apa yang dah jadi dengan aku?

Kalau tak sebab Taehyung. Aish. Tapi aku.. Aku..

Aku suka Jungkook. Ye lah mesti lah aku suka. Rupa, badan, personaliti dia sume aku yang buat. Cuma satu je aku tak suka dan aku boleh cakap yang tu pun aku buat. So, yang bodohnya ialah aku.

Patutlah dia kata kalau aku letak 100 dia takkan tanggungjawab atas apa yang akan berlaku kat aku nanti.

Aku pun bodoh pegi letak 150%. Ish bodoh bodoh!

Aku tersedar dari lamunan bila air yang aku guna tadi tak tutup. Aku tutup pili air dan keluar dari tandas. Jungkook yang menunggu aku sambil menyandar di dinding itu pandang aku. Pandangan yang aku sukar nak tafsirkan. Tapi, dia nampak hensem lah huehue.

"Err, jom." Kataku lalu senyum kekok. Aku mula berjalan di depan Jungkook dan tiba-tiba aku teringat sesuatu.

Aish aku lupa yang Taehyung nak jumpa aku.

Aku toleh ke belakang dan nampak Jungkook yang jauh sikit daripada aku jalan sambil tangan diseluk dalam poket seluarnya dengan angin tiup rambutnya dan boleh menampakkan dahinya. Gosh, hensem giler laki aku. Eh eh.

Dia berhenti jalan dan pandang aku Dia senyum kearahku dan aku balas dengan senyum kekok. Pipi aku rasa membahang.

"Kenapa?" Dia menyoalku dan aku teragak-agak untuk jawab.

"Aku nak jumpa seseorang." Aku jawab dan reaksinya mula berubah. Kenapa lah aku pi type jeles. Tapi kalau tak jeles kang lain pula jadinya.

"Budak Kim tu?" Dia agak dan aku terkejut. Cemana dia tahu-- Aish lagi sekali, kebodohan yang teramat lah bodoh. Aku lupa aku pi letak iq dia lagi bijak dari namjoon, senior aku tahun lepas.

"Haah. Boleh kan?" Aku meminta izin darinya. Dia tak menjawab tetapi memandang tempat lain. Keadaan kat sekolah ni sunyi.

"Jangan risau, Taehyung tu abang aku je." Aku jawab untuk bagi dia rasa tenang sikit tapi dia tak membalas dan tak juga memandang aku.

"Sumpah, aku cintakan kau, Jeon Jungkook."

---

Aku tak tau cemana ayat tu boleh terkeluar dari mulut aku. At least, Jungkook bagi aku jumpa ngan Tae.

Aku nampak Taehyung yang duduk di bangku sambil menunduk. Rasa kesian pulak.

"Mian, lambat." Aku balas dan Taehyung mendongak. Dia tersenyum lalu bangun.

"Ani, gwenchana." Jawabnya dan aku balas dengan senyuman.

"Siapa Jungkook tu?" Taehyung menyoalku dan senyuman aku mati.

"D-Dia.." Aku memandang tempat lain.

"Kau sayangkan dia?"

"Kau cintakan dia?"

"Dia sayang kau?"

Aku mula rimas dengan soalan-soalan dia.

"Mind your own business, Taehyung." Aku menjawab tidak memandangnya.

Aku tak boleh bagitau dia sekarang. Tak boleh.

"Erm, ok. Kalau kau nak bagitau pape kat aku, bagitau je." Balasnya dengan kekok.

"Balik lah rumah bila kau rasa free. Omma rindu dengan kau." Katanya lagi aku hanya mendiamkan diri.

"Aku pergi dulu. Kirim salam kat omma. Take care,Tae." Kataku dan berlalu pergi tanpa menunggu jawapan daripadanya.

---

Hari sudah pun malam. Aku memandang Jungkook yang tertidur dekat sofa. Aku tersenyum.

Aku datang kearahnya dan duduk bersebelahannya.

"Yah, Jungkook-ah. Bangun lah. Pegi tidur dalam bilik." Kataku lalu menepuk lengan Jungkook. Dahi dia berkerut.

"Erm, malas lah." Balasnya dengan suara yang serak. Ok, tergoda.

"Takde, takde pegi naik atas." Aku memaksanya dan tarik lengannya.

"Erm yelah,yelah." Dia menjawab dan mula duduk daripada baring dengan mata yang tertutup.

Aku tertawa kecil. Comel je aku tengok dia ni eii.

Aku ikut Jungkook dari belakang. Dia masuk dalam biliknya dan aku turut masuk sekali. Dia merebahkan dirinya di katil. Aku baring menghadapnya.

Aku tatap wajah tampannya. Dari mata sampailah ke bibir mungilnya. Sempurna. Tepat dengan cita rasa aku. Dia lah ciri ciri lelaki yang aku nak.

Tapi, dia manusia ke?

Makin lama, mata aku makin berat. Aku tertidur satu katil dengan Jungkook.

---

2:00 A.M

Ding Dong!

Bunyi loceng rumah aku menganggu tiduran aku. Aku bangun dengan mamai. Siapa pulak yang datang pepagi buta cemni?

Aku lihat Jungkook yang tengah lena dengan tiduran dia. Aku turun dari katil dengan perlahan dan keluar dari bilik tersebut.

Sampai sahaja di pintu utama, aku memulas tombol pintu itu.

Taehyung yang memakai jacket dan tshirt memenuhi ruang mata aku.

"Taehyung?" Aku memanggilnya. Dia nampak..risau?

Segera dia memeluk aku dan menangis.

"Taehyung? Kenapa ni?" Soalku dan dia sambung menangis teresak-esak.

"Aku.."

"Aku.. bunuh appa."

-tbc

Cerita ni makin lama makin pelik. Jungkook ngan Tae dah jadi psycho HAHAHA.

virtual ; jeon jungkookWhere stories live. Discover now