Puisi buat mu ayahda
umur semakin bertambah
usia semakin tua
kedut mula kelihatan dipipi
tapi kau masih fikir dirimu muda
seringkali soalan yang kau tanyakan
“ayah nampak muda tak?”
seringkali juga kami tersenyum
sejak permergian bonda
ayah sering bersendirian
lupa makan
lupa pakaian
lupa erti kehidupan
hanya ayah fikirkan
kami anak ayah yang perlu dibesarkan
kami anak ayah yang perlu diberi pendidikan
kami anak ayah yang perlu berjaya dalam kehidupan
sejak permergian bonda
tiada istilah tidak darimu
walupun mulutmu berkata tidak
tapi hatimu berkata iya
sejak pemergian bonda
aku sakit terbekas sayapku hilang sebelah
yang hanya tinggal sayang darimu ayah
dan sebelah sayap yang patah ini aku cuba rawat
dengan kawan dan rakan
dengan gelak dan tawa
dan kadang kala dengan linagan air mata
kau menempelak kami jika kami salah
tapi itulah pengajaran buat kami
ayah ,
diammu sering buat aku terfikir dimana mindamu sekarang
dan apa yang engkau fikirkan
ayah ,
diammu sering buat aku terfikir kami akan dewasa
dimana kami akan meletakmu kelak dihati kami
ayah ,
diammu seriang membuat aku terfikir seandainya kau tiada
dimana kami akan menumpang kasih
bebelan ayah sering kedengaran
walau aku jauh dari pandangan
tapi tidak pernah kau lupa untuk membuat panggilan
walau sering kali aku merasakan pangilanmu menjengkelkan
tapi aku jawab juga bagi memenuhi tuntutan
kadang kala aku terfikir
jika kau tiada di hadapaan saat aku memerlukan
dimana aku harus bertahan
aku redah atas takdir yang ditentukan kerana
tuhan maha mengetahui
apa yang berada dihadapan
ANDA SEDANG MEMBACA
Longkang pecah
PuisiTakde manusia yang punyai kata-kata lalu mereka lupa akan kata-katanya
