"Seul-na"
Seul terbangun dari tidurnya apabila cahaya yang terang menembusi anak matanya. Dia terlihat satu lembaga yang bercahaya di hadapannya.
"Seul-na.."
Lembaga yang bercahaya itu memanggil namanya. Lembaga bercahaya itu semakin jauh dan jauh.
"Omma!! Jangan tinggalkan Seul seorang diri"
Semakin jauh jarak antara Seul dan lembaga itu. Sekejap sahaja, lembaga itu terus hilang. Seul terduduk dan menangis.
"Omma, Seul rindukan omma..kenapa omma tinggal Seul seorang diri? Biarkan Seul tinggal dengan appa? Kenapa omma tak bawa Seul bersama omma? Omma, tak rindu Seul ke? Seul hari-hari teringatkan omma!"
Air matanya mengalir. Dia rindu dekat ommanya. Hampir 6 bulan ommanya meninggalkannya. Dan ketika itu dia sedar dari mimpi sedihnya.
❤❤
Seul dapat merasakan dahinya berpeluh. Dia cuma bermimpi tentang ommanya. Mungkin sebab terlalu rindu sehingga termimpi. Seul merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun. Dia berpindah dari Gangnam ke Seoul. Berpindah atas sebab pertukaran pelajar. Seul tinggal dengan appa dan omma tirinya. Nasib Seul baik, omma tirinya tidak jahat seperti yang lain.
"Seul-naa..cepat siap dan turun makan. Awak kena ke sekolah baru harini!"