5 HARI KEMUDIAN
Suasana di perkarangan hospital kelihatan lenggang. Aku memandu masuk ke kawasan parking, kemudian menarik brek tangan. Beg galas digapai dari seat sebelah dikala aku keluar dari jeep. Evie melayang di sisi aku tanpa sepatah kata.
Tanpa membuang masa, aku berjalan ke koridor hospital. Butang lif ditekan. Evie memerhati sekeliling dengan mimik muka masam. Sekali-sekala, aku menjeling dia. Si hantu menarik muka apabila dia menyedari perbuatanku.
'Jeling-jeling tu kenapa? Hurm?'
"Nothing...Cuma tertanya-tanya..."
'Apa...?'
"Kenapa muka masam macam tu? Its not cute at all..."
Aku berkata seraya masuk ke dalam lif apabila pintunya terbuka. Evie menggigit bibir mendengar pertanyaanku. Pipinya merona merah menahan geram.
Piat!
Sebaik sahaja pintu lif ditutup, satu cubitan kuat singgah ke pinggang! Aku mengeliat sakit! Evie merenung tajam kepadaku sambil mengembungkan pipi.
"Sakitlah!"
'Sakit lagi hati saya! Awak jangan ingat kemarahan saya sudah reda...'
"Tsk! Aku ok, kan? Janganlah nak marah lagi..."
'Memanglah ok! Saya geram sangat! Awak rahsiakan benda ni dari saya! Pergi Venice semata-mata nak siasat kes saya!? Sanggup berbohong lagi tu!'
Evie berkata lalu memeluk tubuh. Aku menggaru pipi. Haih, dia masih marahkan aku pasal tu. Apa aku nak buat...?
Si hantu berdiam diri sambil bermasam muka. Rambut panjangnya diikat sanggul dan dia mengenakan dress merah labuh yang aku belikan semalam. Aku tersenyum sendiri sambil menekup mulut.
She look so cute when pouting like that...
Pintu lif terbuka. Kami berdua terus keluar. Setelah seketika berjalan, kami tiba di wad 26. Tertera nama Nick Hayden di hadapan pintu. Tanpa ragu-ragu, tombol pintu dipulas...
Nick tersenyum melihat kedatanganku bersama Evie. Fara pula asyik mengupas buah epal di tepi katil. Aku tersenyum seraya berjalan ke arahnya.
"Hai, Holt...Takkan datang sorang je? Mak and adik kau mana...?"
Fara menyoal dikala aku duduk di birai katil. Evie hanya tercegat di sudut katil. Matanya tertacap pada Fara. Nick tersengih mendengar kata-kata gadis genit tersebut.
"Mana ada Holt datang sesorang...Dia datang bersama seorang gadis cun, takkan kau tak nampak...?"
Fara tersentak mendengar kata-kata Nick. Dia bingkas memerhati sekeliling. Evie menekup mulut menahan ketawa. Aku menjeling Evie seraya menggeleng kepala.
Kau jangan nak buat pasal, Evie. Kecoh jadinya nanti kalau dia usik si Fara ni...
"Mana ada! Aku tak nampak sesiapa pun? Cuma Holt je masuk tadi..."
"Haha, Nick bergurau je tu...Kau jangan layan...Yes, aku datang sorang...Mak and Mia datang malam nanti..."
"Ouh, ye ke...Takpelah...Aku keluar jap...Kau berboraklah dengan Nick..."
Fara berkata seraya bangun dari kerusi. Beg tangan pantas digapai dari sisi katil. Aku menggigit bibir apabila Evie sudah tercegat di belakang Fara. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
Patutlah minah tu nak keluar! Dia rasa seram sejuklah tu!
Sebaik sahaja Fara keluar, Evie terus duduk di kerusi. Nick tersenyum membalas pandangan dia. Aku memeluk tubuh memerhati mereka berdua.
"Macam mana keadaan kau, Nick?"
"Alah, kecederaan aku tak parah sangat pun...Mujur pisau tu tak tikam organ vital.."
"Hurmmm..."
'Saya yang sedarkan Nick, tahu? Saya serahkan pistol tu pada dia...'
"Yea-yea...Aku tahu, kalau kau takde...Aku dan Holt sudah mati..."
'Sedar pun...Dua-dua sama bodoh...'
"Mana aku nak tau yang abang kau psiko!"
Evie menarik muka seraya menyisir rambutnya ke sisi. Nick tertunduk sambil tersenyum. Aku melontarkan pandangan pada dia.
"Holt..."
"What...?"
"Aku rasa, hujung tahun ni...Aku nak berkahwin..."
"Dengan Fara...?"
"Yeah..."
"Good for you...Mak dah tau pasal ni...?"
"Tak...Kalau boleh aku nak rahsiakan...Aku nak suprise mak..."
Aku tertawa kecil. Evie tersenyum simpul mendengar kata-kata Nick. Lelaki berambut hitam menggosok belakang kepala.
"Kau jangan cari nahas, Nick...Mak pantang betul bila kau berahsia dengan dia..."
"Haha, its for the best tho...Kau pun tahu, kan? Mak tu macam mana?"
"Yea, aku tahu...But..."
Aku melirikkan pandangan pada Evie. Nick turut menoleh memandang dia. Si hantu tersipu-sipu.
"Aku boleh simpan rahsia...Tapi, si hantu ni aku tak pasti..."
"Hurmmm...Dia ni suka bocorkan rahsia pada mak..."
'Ma-Mana ada...!'

ANDA SEDANG MEMBACA
LOVELY GHOST, EVIE [C]
Teen FictionIni bukan kisah cinta biasa-biasa. Ini kisah cinta unik diantara seorang lelaki bernama Holt Hayden dan juga hantu bernama Evie Morgan. Menarik? Kisahnya bermula apabila Holt tidak tahan sering diganggu dengan aktiviti paranormal yang berlaku di ap...