AKU PILIH (bab 1)

43 2 16
                                    

"Lee Howon aku ada senarai panjang yang aku nak kau selesaikan." Kata pakcik yang duduk diatas kerusi pejabat sambil memusingkan kerusi dan campak senarai itu di lantai. "Hmm,semua ni jeke?...ah nama aku dengan zero pun ada sekali mind if i know why?" Kata lelaki korea itu sambil membaca senarai itu."Project:FATED harus ditamatkan demi kepentingan semua.Aku nak kau tamatkan semua tu dan kau boleh tamatkan diri kau selepas kau habiskan Zero.Aku pasti kau nak sedukit keseronokan tak begitu?jadi hapuskan semua orang tu termasuk markas utama.Faham tak!!"tegas pakcik itu."Arata,ahh aku harap Zero tak menggangu kerja aku."pufhh bunyi pintu dihentak oleh Lee semasa  keluar daripada pejabat itu.

****

Suasana sunyi di malam jumaat dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. "Malam ni sejuk betul kan Sya.Kalau dapat kopi ni sedap ni" kata Pak Tam kepada isterinya. "Abang ni tak habis dengan kopi tak cukup ke saya disisi abang sampai perlu kopi untuk hangatkan abang" kata Ummi Sya sambil memuncungkan mulutnya. "Alolo sweetnya isteri saya ni.Patut saya rasa hangat je selama ni ye walaupun rumah kita ada air cond hahahaha" Qistina yang terdengar perbualan mereka terus mencelah "eh apa ayah ngan ummi ni geli lah orang dengar.Ayah pun satu kita duduk dekat ngan pantaikan pastu ayah pulak nak baca buku dekat luar memanglah sejuk".

"Itulah kamu tak tahu betapa nikmatnya membaca buku diluar dengan angin yang nyaman sambil ditemani oleh isteri yang cantik seperti mak kamu ni.Ayah suruh kamu kahwin taknak" balas Pak Tam kepada anak daranya itu. "Ei,ayah ni sikit-sikit kahwin orang muda lagilah.Ha ayah tadi cakap pasal kopikan,kopi kat rumah kita ni dh abis dah gula pun sama.." "biskut sayur pun dh abis bang" sampuk isteri Pak Tam "ha biskut sayur dengan oreo dengan beras sekali" kata Qistina."haih baru nak syok baca buku.Qis ambikkan kunci Volkswagen ayah tu" balas Pak Tam sambil mengenyitkan mata ke anak perempuannya itu."Hah,nah kunci PROTON WIRA yang lagi tua dari Qis ni" balas Qistina sambil mengejek ayahnya.

"Hati-hati bang bawak kereta tu" laung Isteri Pak Tam sebaik sahaja dia mendengar pagar rumahnya terbuka. "Baiklah lady boss, saya akan membawa dengan hati-hati dan pulang dengan selamat" jawab Pak Tam sambil tabik hormat."Semoga berjaya kapten!! Kami sentiasa berada disini menantikan kepulanganmu" balas Qistina seakan-akan meraka berada di tentera.

Kereta Wira yang lama itu dihidupkan dan asap-asap mula keluar dari ekzos kereta itu.Vroomm!Vrooomm!Vroooommm! Pak Tam pun terus berlalu pergi sambil melambaikan tangan kepada isteri dan anaknya itu.

****
"Ah,aku kat mana?kenapa aku pakai baju pelik ni?arghh!!kepala aku sakitnya.Darah ke ni kenapa banyaknya keluar.Kenapa kabur je ni?Tolong!!Tolonggg!!!" Jeritannya tidak didengari oleh sesiapa."wah, cantiknya pemandangan malam ni. Kan bagus kalau kau jugak boleh lihat pemandangan ini Sya" ngeluh Pak Tam kerana dia isterinya buta. 'Eh!apa budak tu buat kt situ malam-malam mcm ni.Masha Allah dia pengsan ke tu?' bisik hati Pak Tam. Pak Tam terus menekan pedal minyak dan menuju ke arah budak itu.

Pak Tam bergegas keluar dari kereta dan menuju ke arah pantai dimana budak itu pengsan.Pak Tam terus memusingkan badannya utk melihat wajah budak itu."Ya Allah dia budak ni kan..aku kena bwk dia ke hospital dulu tapi barang dia ni aku kena simpan dulu" lalu Pak Tam mencuba sedaya upaya memastikan lelaki misteri itu masuk ke dalam kereta dan menyimpan barang lelaki itu ke bonet.

****
"Mesti cantikkan bulan malam ni Qis,teringat dulu-dulu masa mak muda . Mak selalu pergi hiking dgn ayah kau kadang tu kitorg pergi waktu malam sbb nk tgk bintang . Setiap kali ulangtahun perkahwinan itulah perkara yg kitorang buat" kata Ummi kepada Qistina sambil menghulurkan tangannya ke langit. 'Ummi kan bagus kalau umi tak hilang deria penglihatan,setiap kali Ummi bercerita macam ni buat Qis sedih.Ummi ayah selalu menangis bila baca buku dekat luar ni dengan Ummi' bisik hati Qistina lalu memegang erat Ummi sambil air matanya mengalir dipipi lalu satu laungan yang kuat memisahkan suasana dilontar didepan pagar rumah mereka "Assalamualaikum saya datang nk beraya" Ummi tersenyum sinis lalu menyuruh anakya itu membuka pagar.'Ei dia ni org baru nk manja ngan Ummi sibuk balik lambat' bebel Qistina didalam hati sambil menghentakkan kaki dengan kuat di lantai.Dia terus mencapai kunci yg terletak di dinding dan terus keluar dan menekan butang pagar automatik dan sebuah kereta kelisa masuk ke pekeragan rumahnya."Nape lambat bukak pagar Qis.Kau tahu tak malam-malam ni bahaya kang apa-apa jadi kat aku,kau jugak yang susahkan"Kata Izzul sambil mengeluh."Ei,dia ni kan suka balik lambat.Patut kunci je pagar tu biar takyah masuk tidur dekat luar.Ha satu lagi kunci rumah hilang ke sampai datang sini.Beli rumah mahal tapi bila malam tidur sini jugak"templak Qistina sambil mencubit Izzul."ahh!!Qis sakitlah habis cedera muscle aku kau cubit"
"Padan muka,wekk!"ejek Qistina sambil menjelir lidah.
Kroh!!kroh!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKU PILIHWhere stories live. Discover now