SILA ABAIKAN TYPO YE ANAK-ANAK..SIS MALAS NAK DOUBLE CHECK
Amni merenung figura seorang lelaki di hadapannya.Setiap inci wajah lelaki itu ditiliknya.
'Hurmm..Muka licin tanpa sebarang cacat cela.Anak mata hazel yang menawan.Hidung mancung.Bibir menggoda and malangnya..Mamat ni langsung tak reti senyum.Alahai..Mesti dah perfect kalau dia ni suka senyum.Aku confirm cair!' Amni bermonolog sendirian.
"Err..Cik Amni?Are you okay?" soal jejaka itu sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Amni.Amni tersentak.Dia memandang sekeliling.
"Ha?Apa? Awak ada cakap apa-apa ke?" soal Amni terpinga-pinga.
"Err..Saya tanya, kenapa cik Amni nak jumpa saya?" soal jejaka di hadapannya jujur.Amni berdehem seketika.Dia kemudiannya membetulkan duduk menghadap 'bakal suami' nya itu.
"Actually,saya panggil awak ni sebab nak bincang pasal perkahwinan kita"
"Ada apa-apa yang kurang ke cik Amni?Ke cik Amni tak suka saya jadi husband cik Amni?" soal jejaka itu kalut.Wajahnya jelas terpancar riak risau.
"Ehh!!Tak. Tak. Semua okay.Bukan saya tak suka awak jadi husband saya. Cuma.."
"Cuma?"
"Cuma..Saya macam tak yakinlah dengan perkahwinan kita ni. Yelah.Sejak kita bertunang,saya langsung tak berkesempatan untuk kenal awak.Tapi,awak kenal saya. So,nampak tak masalahnya dekat situ?" soal Amni gusar.Jejaka itu tertawa kecil sambil menggeleng kepala.Amni berkerut dahi.
"Apa yang lawak?" soal Amni tidak mengerti.Jejaka itu berhenti ketawa.Dia berdehem bagi melepaskan perasaan gugupnya.
"Err..Tak. Tak lawak pun sebenarnya.Urmm..Anyway,kita boleh berkenal-kenalan selepas kahwin right?Tak salahkan?" soal lelaki itu sambil merenung permukaan meja.
'Apa yang bagus sangat meja tu?Cantik sangat ke sampai muka aku pun tak nak pandang?Kena report ibu ni.'desis hati Amni.
"Saya tak cakap pun salah.Cuma,saya nak tau nama awak. Mana adil kalau awak je yang tau nama saya" luah Amni tidak berpuas hati.
"Nama saya Zafril"
"Zafril?Zafril je? I mean..Takkan tu je? Saya nak nama penuh awak" pinta Amni.Eh!!Mengada-ngada pulak aku ni. Orang dah bagitau nama tu,bersyukur jelah..
"Muhammad Adam Zafril"
"Ohh!!Panjang jugak nama awak ni. Okay..Now,your age.Umur berapa?" soal Amni seperti seorang cikgu tadika yang bertanyakan umur anak muridnya.
"25 tahun"jawab Zafril tenang. Amni terlopong.
"Hah?!25 tahun?!Are you kidding me?!"
"Nope" balas Zafril ringkas.Amni memicit kepalanya yang terasa berdenyut tiba-tiba.
"Kenapa?Ada masalah ke cik Amni?" soal Zafril polos.Amni memejam rapat matanya bagi menahan amarah.Bila-bila masa sahaja gunung berapi bakal meletus di situ.
"Memang masalah pun lah!Awak tau tak umur saya berapa?" soal Amni garang.
"Tau.28 tahun" balas Zafril ringkas.
"Ha!Tau pun!Means what?Means..Saya kena kahwin dengan lelaki yang muda?! Oh no!Saya tak nak!Awak terlalu muda untuk saya. Saya tak boleh terima semua ni. Arghh!!I can't do this anymore!" Amni meraup mukanya.
"No!No!No!Aku tak nak pilih dia.Aku tak boleh.Aku tak boleh kahwin dengan lelaki yang lagi muda daripada aku.No!Ibu dah pilih salah orang ni' monolog Amni di dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
SUAMI AKU MUDA?! [SHORT STORY]
RomanceSIS BUAT SHORT STORY NI UNTUK SUKA-SUKA JE EK?AWAK-AWAK SEMUA JANGAN NAK KECAM SIS.SIS TAK BERSALAH.HAHAHA..SELAMAT MEMBACA! NAYLI AMNI...Seorang gadis yang agak kasar berbanding rakan-rakan yang lain.Umurnya yang menginjak tua,menyebabkan dia digel...