Chapter 4 💞

35 6 7
                                    

Yoon MiRa POV

Kakao !
Bunyi yang menandakan ada mesej masuk melalui aplikasi kakaotalk.
Aku segera mendapatkan telefon bimbit dia atas meja dan membuka peti mesej.

From: Tae Hyung 
Good Morning MiRa. 
Have a nice day ! 😊
                sent| 7.13 a.m

Sejak pertemuan di Dongdaemun Plaza hari tu. Aku dan Taehyung menjadi semakin rapat dan saling berhubung antara satu sama lain.

Buat masa ini, kami belum sempat bertemu kerana masing2 sibuk dengan kerja masing2. Aku bekerja sebagai pereka fesyen di sebuah syarikat fesyen terkenal di korea iaitu D'Antidote. Syarikat ku ingin mengeluarkan summer collection yang terbaru. Jadi aku kena mereka baju dan design yang baru untuk musim panas ni.

Aku membalas mesej taehyung dengan mesej suara.

merakam.

"Taehyung-ah good morning too ! Have a very nice day" 😊

Hantar.

Selang beberapa saat kemudian Taehyung juga membalas dengan mesej suara.

Aku membuka mesej suaranya.

"MiRa-yah, hari ni lunch awak free tak ? Saya ingat nak ajak awak keluar makan, boleh ?" soal Taehyung.

Aku berfikir sejenak sama ada mahu menerima pelawaan Taehyung atau tidak.

Kerja banyak tapi lunch tak boleh ditinggalkan. Aku merakam mesej suara lagi.

"Taehyung-ah, boleh lunch sama tapi kita makan dekat2 area office saya boleh tak ? Awak okey ke ? " soalku.

Hantar

Kakao !
Tanda mesej masuk lagi.

"Okey boleh je. Send location, nanti around pukul 12 saya call awak ! " jawabnya.

Dengan pantas aku menghantar location officeku kepada Taehyung dan membalas okey 👌

12.15 tengah hari

*Kring*
Telefon bimbitku berdering dan mendendangkan lagu popular kumpulan Exo iaitu Monster.
Skrin telefon memaparkan nama Kim TaeHyung sedang memanggil.

Aku segera mengangkat telefon dan menekan butang accept. Terdengar suara Taehyung di talian.

"Yeobeoseyo ! MiRa-yah, saya dah ada dekat lobby office awak ni. Saya tunggu awak dekat lobby ni ye. Palli wa, arraseo ! " katanya.

"Haa okey, awak tunggu saya lebih kurang 5 minit. Kejap lagi saya turun." jawabku dan terus mematikan talian.

Aku mengemas barang2 aku yang berselerak di atas meja kerja dan mengambil beberapa barang yang perlu dibawa dan dimasukkan ke dalam beg tangan. Aku memakai sedikit gincu dan membetulkan bajuku.

Selepas aku rasa selesa dengan semuanya. Aku terus menuju ke arah lift untuk turun ke bawah . Aku menekan butang G untuk terus sampai ke lobby.

Ting !

Lift menunjukkan huruf G dan pintu lift terbuka. Aku melihat ramai orang berada di lobby. Sekilas aku terpandang satu susuk tubuh yang aku kenal. Terus aku melangkah kearahnya.

"Taehyung-ssi !" sergah aku dari arah belakangnya.

Riak wajah Taehyung ada sedikit terkejut dengan kelakuanku.

"Yah, Mira-yah kan saya dah cakap jangan panggil saya Taehyung-ssi. Awak ni seminggu tak jumpa terus lupa dah." kata taehyung sambil membuat muka hendak merajuk.

Dejavu Love 💞 | kth [ SLOW UPDATE ]Where stories live. Discover now