'Jika', sinonim dengan perkataan 'kalau'/ 'seandainya' / 'misal kata' / 'sekiranya', dan yang sama waktu dengannya. Tak perlu rasanya memberi takrifan, sinonimnya pun telah memberi makna yang jelas.
Kali ini, aku cuba membawa kalian ke lembah jalan yang tak pernah wujud. Makna kata, ke suatu sudut fikiran yang pernah aku terlintas, tetapi tak dilaluinya secara realiti.
Tercipta 'jika' ini hasil daripada sangkaan aku yang dangkal akan kehidupan, dan nakalnya kemahuan yang suka bersoal dengan tuhan.
Oleh itu, kalian,
Pernahkah terfikir jika, 'jika' yang kita fikirkan itu takdir kita, kita bukan orang yang sama, atau paling 'absurd', tidak wujud.