|| Bab 6 ||

38 9 2
                                    

Aku tidak pasti apa yang terjadi selepas itu. Aku hanya tahu bahawa aku sekarang berada di bilik sakit selepas membuka mataku. Aku cuba untuk bangun, duduk di atas katil yang keras ini.

Aku mengelap mataku setelah aku perasan mataku berair, mengalir atas pipiku. Bunyi bising di luar bilik menyebabkan aku memandang pintu yang terbuka itu.

Jarang pelajar atau guru berjalan di hadapan bilik sakit kecuali ke tandas, naik ke tingkat atas atau berjalan ke Dataran Terbuka Airyah. Tidak sampai 10 minit, Angel, Nana dan Nura masuk ke dalam bilik sakit.

Reaksi muka mereka lega melihat aku. Aku memberi senyuman kecil sambil memikirkan mengapa aku berada di sini.

"Weh, kauokey tak? Aku panik nampak kaupengsan depan papan putih tu."

"Nasib Angel ada membuat tanggungjawabnya sebagai pemimpin pelajar! Kalau tak.. aku tak tahulah."

"Haish... Mestikau tak makan masa rehat tadi. Macamlah aku tak tahu."

Aku tersenyum, mendiamkan diri. Walaupun aku tidak selalu makan pada waktu rehat, aku sihat sahaja. Aku mengeluh sebelum membuka cerita tentang pembelajaran tadi.

"Ada apa-apa berlaku ke tadi?"

Ketiga-tiga pemimpin pelajar hanya memandang sesama sendiri, tidak pasti jika mereka perlu memberitahu aku.

"Tak nak cerita, tidak mengapalah. Bukannya aku kisah," kataku membaringkan badanku lalu menutup mata.

"Bukannya kami tidak mahu cerita, cuma.." Kata-kata Nura terhenti, anak mata hitamnya memandang Angel.

"Cikgu Maths kecewa dengan kita buat kali kedua disebabkan oleh perangai kurang ajar si budak India tu.."

"Sapa?" Aku membuka mata, memandang Angel. Badanku ditegakkan sekali lagi.

"Yang kawan dengan Tauge(nama panggilan) tu..." jawab Angel jujur.

"Bagaimanakah dia membuat cikgu Maths kecewa?"

Nura pula yang menerangkan kejadian itu. Aku mengeluh kecil, memandang selimut putih yang membalutku.

Begitu rupanya. Kecewa kerana tidak memberitahu dan memberi kertas jawapan kepada cikgu kembali. Tidak tahukah dia bahawa cikgu Maths kita seorang yang sensitif?

"Terima kasih."

Ayat itu sahaja yang terpacul dari mulutku.

Hatiku membisikkan lagi kata-kata tidak sedap hati dalam diriku. Aku tidak pasti untuk mempercayai 3 Zuhal akan berubah satu hari nanti jika perkara ini berterusan.

3 ZuhalWhere stories live. Discover now