Kau Milikku

1.4K 27 1
                                    

Hai!Ni buku pertama saya.Sorryla kalau ada banyak kesalahan tatabahasa.Hope korang enjoy.Jangan lupa komen dan vote tau? love.AA.

BAB 1

 

  Awan yang tadinya cerah bertukar mendung.

"Eh, aku kena cepat sampai kt perhentian bas ni" rungut Anis.Dia terus berlari-lari anak di jalan raya menuju ke perhentian bas.Ish,kalau aku tak pakai baju kurung ni memang aku bukak luas-luas dah kaki.Kain  ni pun satu,asal la kau sempit sangat ha?Aku koyak jugak kang.Bebel Anis dalam hati.Tiba-tiba jantung Anis berdegup dengan kencang apabila dia melihat ada sebuah kereta BMW menuju ke arahnya.SRETT!Kereta itu berhenti betul-betul di hadapannya.Anis kaku.Mukanya pucat seperti mayat.Kemudian keluar seorang lelaki muda.

"Woi!kau buta ke hah?Macam mana kalau aku langgar kau tadi?Nak mampus ke?!Bodoh!"Bertubi-tubi makian yang dikeluarkan oleh mulut pink itu.

"Eh sorry morry ye encik.Bukan salah saya sorang je.Salah encik jugak.Sape suruh bawak kereta laju-laju?Lagipun sy melintas atas laluan zebra." balas Anis sambil bercekak pinggang.Hm hensem jugak mamat ni.Muka ala ala budak Korea.Putih dan licin je muka.Senang cakap,babyface.Tapi sayang,garang macam bapak singa.Aku panggil Mr.L la.Singkatan bagi Mr Lion.Anis tersenyum sendiri mengenangkan dirinya yang nakal itu. Mr. L  tersenyum sinis.

"Ni kau kate laluan zebra?"bebel Mr.L sambil menunjuk ke arah jalan.Terus Anis memalingkan mukanya ke arah jalan.Gulp!hukaloh!kau ni cuai la Anis!Nak lintas jalan tak pandang kiri kanan.Kan dah tersilap jalan.

"Er saya mintak maaf encik.Ada apa-apa ke yang saya perlu buat supaya encik maafkan saya ?"tanya Anis perlahan-lahan.Yela,siapa yang tak takut pada singa kan?

" Kasi  kau punye phone number."

"'Apa?Buat apa nak kasi kat encik?Maaf ye,saya tak kasi phone number sy kat lelaki asing"

"Em.Nampaknya kau nak  aku suruh kau ganti rugi.Mahal kos dia.Dah la muka kau macam budak sekolah je.By the way,aku bukan nak ngorat kau pun"balas Mr.L.Sinis.Tak guna punya singa.Kenapa ayat  kau menakutkan aku?Eh tak ingat.Sebab kau singa.Sempat lagi Anis bermonolog dalam hati.

"Tapi tapi..."Anis masih bertapi-tapi.

"Eh,baiklah kalau maca...."

"Baiklah baiklah.Saya akan kasi phone number saya"celah Anis dengan cepat.Terus dia menulis nombor telefonnya diatas sehelai kertas lalu diberikan kepada lelaki itu.

"Okay.Urusan kita selesai."Terus lelaki itu masuk ke dalam keretanya dan berlalu.Takde adab betol Mr.L ni.Ee geramnya!Haish,mesti ibu marah aku bagi nombor telefon aku kat lelaki.Ibu aku ni jenis yang pantang kalau aku ada pakwe ke bersms nga laki ke bergayut dengan lelaki ke,semua salah.Walaupun hanya kawan.Perlahan-lahan hujan turun menemani perjalanannya ke rumahny.Bas telah pun pergi masa dia tengah bergaduh tadi.Ish!Malang betul.

  "NUR ANIS BINTI AZHAR!"jerit Puan Norma dari kejauhan.Mak aii,boleh gugur buah kelapa dengar suara ibu ni.Mampuslah aku kali ni.Cepat-cepat Anis berlari ke arah ibunya.

"Kenapa lewat balik?" suaranya Puan Norma diperlahankan.Tapi garangnya masih ada!

"Erm ada masalah kat tengah jalan bu.."

"Masalah apa?"

"Err air kotak yang Anis beli tertumpah  atas baju"  nasib baik hujan tadi.Puan Norma mengeluh perlahan melihat baju anaknya yang basah itu.Dia bukannya tidak tahu yang anaknya menipu,cuma tidak mahu terlalu memaksa.Tambah-tambah lagi tengok muka anakanya macam ayam tertelan kapur.Eh betul ke peribahasa tu?Lantaklah.

"Hah yelah.Kamu pergi mandi cepat.Demam kang"kata Puan Norma.

"Okay bu" Fuh.Nasib baik tak kena fire.Serem.Cepat-cepat  Anis berlalu ke biliknya.

Tick,tock,tick,tock.Anis memandang jam sambil berfikir.Hm aku dah 19 tahun tapi tak reti-reti nak cari kerja.Nak mengurangkan beban ibu.Mesti korang tertanya-tanya kan ayah aku pergi mana?Ayah aku meninggal dunia 3 tahun lepas.Kemalangan jalan raya.Sampai sekarang tak jumpa lagi orang yang langgar ayah aku.Kes langgar lari.Tak guna betul!Dah,topik lain.kang menangis pulak aku.Siapa nak pujuk?Hantu?Haish.Dua tiga hari lagi aku dah kena pergi universiti balik.Nampaknya kena la tinggal ibu sorang-sorang lagi sebab aku anak tunggal.Tapi nak kerja apa ek.Ijazah pun tak dapat lagi.Akhirnya Anis tertidur setelah penat berfikir.

Kau MilikkuWhere stories live. Discover now