Anis bersalam dengan ibunya.Sudah tiba masa untuk dia pulang ke universiti di Kelantan.Dia ada cita-cita yang perlu digapai.
"Anis jaga diri baik-baik ye.Jangan lupa solat.Jangan lupa makan.Sentiasa ingat Allah.Jangan lupa telefon ibu jugak ye.Ibu sayang Anis"Luah Puan Norma dengan sebak.Rasa seperti semalam baru anaknya seorang itu muncul di depan mata.Sekarang harus pergi semula.
"Ye bu.Anis ingat semua pesan ibu.Anis sayang ibu juga"kata Anis sambil mengelap air mata ibunya.Melihat ibunya begini turut mengundang sebak di dada.
"Anis pergi dulu ye bu.Bye.I love you.Take care."kata Anis lalu naik ke dalam teksi.
" Bye.Love you too!"jerit Puan Normah sebelum teksi anaknya menghilang.Sementara dalam teksi...Eh?Ibu aku cakap bahasa omputih ke?Wow.Aku tak tahu lak ibu aku dah moden.Bangga aku.Anis tersengih sepanjang perjalanan mengenangkan ibunya.
"Cik,cik bangun cik.Kita dah sampai ni."Anis terasa seperti ada orang yang menarik tudungnya.Terus dibuka matanya.
" Apa ni apek?Janganlah tarik tudung saya.Kejutla elok-elok."Marah Anis
"Sorry cik.Bayarannya Rm46.30."Jelasnya sambil tersengih menunjukkan giginya yang kekuningan.Ee sengih sengih.Ingat lawa ke.Geli aku.
"Hm nah." Terus Anis beredar dari teksi itu selepas mendapatkan begnya itu dan menuju ke rumah sewanya bersama teman baiknya,Ira.
"Assalamualaikum!Ira ooo Ira" Tidak lama kemudian datang seorang perempuan yang berpakaian serba putih.
"Woi kau ni mimpi apa pakai putih-putih ni?Nak berlatih pakai kain kafan ke?" ejek Anis.
"Eleh kau jealous kan aku pakai cantik.By the way,rindu gilak gilak kat kau beb!" Jerit Ira lalu memeluk Anis.Erat.
"Tak...bo...leh..nak..ber..na..fas..beb!"Jerit Anis pula.
"Ops.sorry.Excited gilo nok jupo mung"Ha!Tudia!dah keluar loghat Kelantan dia.Maklumlah,dia orang Kelantan kan.
" yela,aku pun excited nak jumpa kau" Jawab Anis bosan.Mana taknya.Setiap malam dia bergayut dengan Ira.Benda sama je yang diulangnya.
"Sampai hati kau.Nampak macam tak ikhlas je"Luah Ira sambil mencebik bibir.
"Alaa kau ni.Nanti aku belanja coklat dan aiskrim.Nak?"Pujuk Anis.
"Nak.!Nak!Kau la sahabat aku dunia akhirat.Aku saaaayang kau"Kata Ira sambil tersengih.Hm kalau bagi coklat dan aiskrim,terus baik mood minah ni.Tengok badanla.Besar macam Micheal Ang.
"Kau sayang aku bile aku belanja ke kan"Aku pun kena pura-pura merajuk.hehehe.Tapi malangnya Ira sudah pun meninggalkan dia ke dapur.
" Merajukla.Malas aku nak layan rajuk kau."jerit Ira dari dapur.Eh minah ni.Aku tumbuk jugak kang.Terpaksala merajuk seorang diri.
Ketukan di pintu bertalu-talu menganggu Farhan.Ish,sibuk betul la.Baru nak mengelamun tentang Fida.Hm Fida.Model seksi yang terkenal.Rindu pulak dengan dia.Sudah lama dia tak berjumpa dengan Fida sejak dia outstation ke Perak.
"Masuklah"Terkocoh-kocoh Alif masuk ke dalam pejabat kawan baiknya itu.
"Assalamualaikum bro"kata Alif.
"Waalaikumussalam.Hah,kenapa datang sini?"
" Kau macam tak suka je aku datang"
"Eh takdelah.Jomla borak-borak."
"Eh,mana 'dayang-dayang' kau?Selalu aku datang,ada je yang menepek kat kau?"Luah Alif.
"Hahaha.Kelakar la kau.Aku takde mood nak main dayang-dayang harini ni."
"Em yelatu.Eh kertas apa kat poket baju kau tu?"Tanya Alif sambil menunjuk ke arah secebis kertas yang hampir keluar dari poket Farhan.Terus Farhan mengambilnya.Shit!Aku tak ingat urusan dengan budak ni.Habis kereta aku masuk klinik.Dahla 'ubat' kereta tu mahal.Nak mintak duit dari budak tu,tak sanggup.Maklumlah aku kan gentleman.Cantik jugak eh budak tu.Alim je.Manis je muka.Badan pun kecil molek.Bibir pink.Muka pun puti....
"Woi!Aku tanya ni!" jerkah Alif.
"Ape ni bro.Nasib baik aku takde heart attack.Kalau tak,siap kau"marah Farhan.
"Dah aku tanya,kau pergi mengelamun tu apesal?Meh sini kertas tu.Aku nak tengok"Tanpa sempat Farhan berkata apa-apa terus disambar kertas itu.
"Oh nombor telefon awek.hm Anis?Sedap nama.Cantik ke?Kasi aku la wei."
"Eish,perempuan tu gila la.Ambil la kalau nak."
"Biar betul?Tak nak la"terus terburai ketawa Farhan.
"Kau ni.Aku gurau je.Hahaha"Akhirnya mereka berdua ketawa.Tiba-tiba Alif berhenti ketawa.
"Kau ni kenapa bro?Macam nampak hantu."
"SYED FARHAN IRFAN BIN SYED MUHAMMAD."Gulp.Alamak.Bos besar dah datang.
"Ye papa?" tanya Farhan.
"Dah jumpe ke calon menantu papa?"
komen!vote! love.AA
YOU ARE READING
Kau Milikku
RomanceMacam mana kalau anda dipaksa kahwin dengan lelaki yang garang macam singa?Mesti menakutkan.Itulah yang dilalui oleh aku.Dalam usia 19 dah kena kahwin.Secara paksa pulak tu.Bacalah buku ni kalau nak tahu macam mana aku menghadapi Farhan aka Mr Lion...