Eeeiiii....meluatnya sa tengok si hodoh tu. Sudahla hodoh, muka dia pun bikin geli sebab hitam dan terus terangla sa cakap, he is not my test. Sa kasi gelar dia Mr.Hodoh sebab dia memang tidak hensem di mata sa, apalagi dalam hati. Dia selalu muncul di dalam bangunan tempat sa kerja. Sa tertanya-tanya juga apa dia buat di bangunan yang besar dan megah ini. Sebab macam baru beberapa bulan sa perasan kehadiran lelaki itu. Bukannya apa, sa bengang betul hari-hari nampak muka bidah dengan hidung penyek lelaki itu, macam sengaja pula dia mau kasi tayang kewujudan dia di hadapan sa. Mentang-mentangla sa selalu keluar masuk itu bangunan atas urusan kerja, di sanala juga lelaki itu muncul tanpa sa duga. Kadang-kadang kami berpapasan dalam lif, dan selalunya sa nampak dia berjalan bersendirian ke Cafe yang terletak di hujung bangunan.Hari ni sa terserempak lagi dengan Mr.Hodoh itu. Dia senyum-senyum tengok sa. Sa langsung tidak membalas senyum, bikin stress betul lihat tu senyuman, sudah la sa busy dengan projek baru sekarang. Ada hati la tu mau mengurat sumandak secun dan segenit sa hehehee..siapa ba yang tidak kenal dengan sa, Suzana, gadis rebutan di kalangan teman sekerja. Biarpun bukan Unduk Ngadau, tapi kecantikan sa ada fight jugalah dengan ratu cantik. Sa pun bukannya berpangkat sangat dalam kerja, sekadar seorang Editor dalam syarikat media yang besar ini.. Jejaka yang memikat sa pun bukan calang-calang orang juga. Big boss ada, director ada malah yang berstatus laki orang pun ada! Luckily sa ni sumandak yang baik-baik dan bukan mata duitan😃
Pada petang hari isnin itu, sewaktu mau keluar dari bangunan pejabat, sa terserempak lagi dengan jejaka hodoh tu. Kali ni dia berdiri dengan megahnya di sebelah BMW putih!
"Cisss..lagak la tu. Kelmarin drive Mercedez, besok Ferrari la tu." Sa membuang muka. Benci sa dengan lelaki tu, minta puji mau pamer kekayaannya. Buat apa juga kalau hodoh sa mengutuk dalam hati.
"Suzana Alias kan? Mau tumpang kereta sa ke balik rumah?" Tiba-tiba lelaki itu muncul di depan sa sambil menawarkan bantuan gentlemannya. Aiikkk!!! Sejak bila dia berdiri depan sa ni dan sejak bila pula dia tau nama sa?
"Ohh..sorry sa nda kenal kau. Macam mana kau tau nama sa?"
Sa tenung muka Mr.Hodoh yang sentiasa saja senyum itu.. Aduiii, mati la ini macam, bahaya ni kalau sampai tahu nama. Maksudnya dia ni memang selalu perhatikan sa. Memang ada motif yang tidak baik ni.."Oh, i see..but i know you Sue. You're such a pretty lady" Mr.Hodoh menjawab sa dengan speaking london lagi. Sa makin panas hati dengan dia ni. First time jumpa dan bercakap dengan sa terus cakap sa lawa. Adakah patut, sebab sa ingat mami sa pernah beritahu dulu kalau lelaki yang baru kenal kita tapi sudah berani cakap cantik maksudnya dia nda ikhlas berkawan dengan kita. Sa memandangnya serius. Buaya darat betul, nasib kau ada BMW bos!
"Nama sa bukan Sue okey, thanks saja la dengan pelawaan kau tu. Boleh minta tolong ka, jangan ganggu dan jangan senyum dengan sa. Yang sebenarnya, sa nda suka kau senyum sama sa. Sa nda tau la kalau kau betul-betul kaya atau parent yang kaya, tapi yang pasti sa nda suka kau balik-balik saja muncul di depan sa. Sorry la, mulut sa ni tiada insurans.. Yang penting sa jujur kasitau kau ok." Wahhh...begitu panjang lebar ayat yang keluar dari mulut sa..kesian pula sa tengok Mr.Hodoh tu, dia langsung tidak bersuara. Air mukanya memang nampak marah juga, tapi tu senyum tetap ada di bibir merahnya yang confirm bukan seorang smoker!
"Hmmmmmm......" Mr.Hodoh menarik nafas panjang. Geram barangkali dia dengan ayat pedas sa. Biar la..
"You talk too much. Patutlah you suka Journalism right. Okay, I love that kind of attitude." Adeiii..betul-betul bikin panas ini lelaki. Sa suka dan ambil bidang Journalism pun dia tahu?? Memang gila dan bikin takut..
Tanpa menjawab sepatah pun perkataan, Sa meninggalkannya. Sa menahan sebuah teksi yang tidak jauh dari situ. Sa masuk ke dalam teksi dan berpaling sekejap melihat Mr.Hodoh. Lelaki itu tiada suda di sana. Sa hanya nampak dua orang security sedang berbual sambil memperhatikan sa. Lantak la kamu sana, confirm dua orang tu sedang bergosip tentang sa. Sebab sa rasa tone suara sa tadi tu cukup jelas dan kurang ajar sikit. Ishhh..pedulila..yang penting sa puas hati. Tidak sabar pula sa cepat sampai rumah dan share cerita sa sama si Mila, room mate sa.
YOU ARE READING
MR HODOH
Short Story🌸 Sabahan Style Story 🌸 ~ Short story@Cerpen ini menceritakan tentang seorang pemuda yang kurang dari segi paras muka tetapi kaya VS seorang gadis yang lawa tetapi memiliki sikap ego dan 'tambirang' sikit sebab dia tahu dia lawa kunun..😎 Happy r...