1. Sleeping Beauty

7K 154 25
                                    

Arghh,Shit!. Dia termengah-mengah memegang dada.

Sakit!!! Itu sahaja yang dapat dikatakan. Dia berusaha mencapai telefon miliknya sebelum mendail nombor yang terlintas di fikiran.

"tutt,tutt..."

'Angkatlah!'gumamnya di dalam hati.

"Hello..."satu suara menjawab.Thanks god! Dia menarik nafas kelegaan.

"Mom,it's me Airis. Please help..." katanya tersekat-sekat sebelum pandangannya gelap.

"Wait,Airis!!!!" jerit suara di talian. Namun Airis sudah tidak sedarkan diri. Pandangannya gelap.

........................................

Hujan renyai-renyai diamati sekilas. Cuaca agak buruk sejak kebelakangan ini. Hujan turun hampir setiap hari. Mencurahkan tangisannya ke bumi.

Erika melepaskan keluhan berat. Mindanya kembali menerawang mengingati peristiwa yang baru sahaja berlaku pagi tadi.

'Flashback'....

Erika terpisat-pisat membuka mata. Tangannya mamai menggapai telefon yang sedari tadi asyik membingit.

'Sape pulak yang kacau aku pagi-pagi buta macam ni," gumamnya di dalam hati. Matanya masih tidak dapat dibuka sepenuhnya.

"Hello," Erika bersuara perlahan. Dia memicit pelipisnya perlahan. Berharap supaya kesedarannya pulih secepatnya.

"Erika,wake up! Datang ke alamat ni cepat. I ada tugas untuk you. Kejap I hantar location,"ujar suara itu tergesa-gesa sebelum mematikan talian. Erika terpinga-pinga. Tidak sampai sesaat sebuah mesej diterima.

Dia hanya mampu mengeluh sebelum bangun untuk bersiap-siap.

Memandangkan jam masih menunjukkan jam 3 pagi, Erika hanya menyarung sehelai kemeja putih yang dipadankan dengan sehelai jeans hitam.

Cukup 15 minit sahaja yang diperlukan untuk merapikan diri, Erika segera menghidupkan enjin kereta nya sebelum bergegas ke sana.

Sebaik tiba di lokasi yang diberi, Erika sedikit terpempam.

'Mak aih, ni rumah ke istana dowh. Besar gedabak siott!!! Dia menggeleng takjub. Telefon bimbit segera dicapai sebelum menghubungi Dr. Maria.

"Hello Dr.Maria, I depan rumah ni".

"Oh,masuk jer. Tunjuk card you kat pengawal. Bagitau dorang ni atas arahan tan sri. Get it?"

"Hmm,tunggu kejap,"panggilan segera dimatikan.

"Hurm ade ape ni doc? "soalnya sebaik tiba di dalam rumah. Doktor Maria hanya mengisyaratkan dia untuk mengikutnya. Mereka tiba di sebuah bilik.

Terdapat seorang lelaki segak namun agak berusia bersama seorang wanita jelita. Mereka kelihatan sedang termenung jauh.

Tidak mahu mengganggu, Dr. Maria terus membawa Erika menuju ke sebuah katil. Kelihatn seorang gadis yang masih muda sedang terbaring tenang di atas katil.

"Her name is Airis,"ujar wanita jelita tadi tiba-tiba. Wanita itu tersenyum lemah. Wajahnya sayu sahaja.

Erika kembali mengalihkan pandangannya ke arah Airis. Cantik! Itu sahaja yang dapat digambarkan. Walaupun wajah gadis itu polos dan pucat namun ia sedikit pun tidak mencacatkan kecantikkan yang dimiliki.

'Macam sleeping beauty',gumamnya di dalam hati.

"I bukan ibu yang baik,"ujar wanita lagi diiringi esakan kecil. "Sayang jangan macam nih. Kita tak tahu pun benda macam nih akan jadi. So stop salahkan diri awak!"pujuk lelaki tadi. Bisa diteka kalau lelaki tersebut adalah suaminya.

Lelaki itu kelihatan mengusap lembut kepala isterinya. Erika hanya mematung di situ. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Kamu Erika, kan?"soal wanita itu setelah kembali tenang.

"Saya Shida.Puan Sri Shida.Ni, my daughter. Her name is Airis."

"Owh.."

"Berapa umur you Erika"

"23 Puan." Jawapan Erika membuatkan wanita itu sesikit terpempan.

"Awak muda."

Erika menggosok belakang lehernya. Segan.

"By the way Erika, I nak minta tolong you,"ujar Puan Sri Shida dengan wajah penuh pengharapan. Erika memandang Doktor Maria sekilas. Wanita itu hanya mengiyakan sahaja.

"Tolong apa tuh puan?"

" I sanggup bayar berapa pun yang you nak. Even sejuta pun I sanggup",terbuntang mata Erika mendengar jumlah yang disebut.

"Hurm,Puan Sri nak saya buat apa sebenarnya?"

"I nak you jadi...doktor peribadi Airis!"

Guys skarang story nih dalam fasa pengeditan... Aku ejas sikit jer... Tambh kasi pnjang chapter

Be my Doctor  [ In Editing] Where stories live. Discover now