Aku merenung wajah Afwan yang mulai beruban sepertiku."Hooi Afwan. Nampaknya aku lagi hensem dari kau." Bangga Khaled.
"Diamlah si tua... dah banyak benda aku tak buat lagi... bila la kau ni nak mati." Perli Afwan.
"Haa!! Atokkk Khaledd nak mati!!!! Atokk !!! Jangan mati Atokk!!! Khuzairi sayang atokk!!!!" Jerkah seorang anak muda yang berpakaian ala-ala askar.
"Ehh Khuzairi? Alahai.. cucu atok ni... Atok Afwan gurau je tu... Atok hidup lagi kan?" Pujuk Khaled.
Jari jemarinya yang berkedut mengusap halus rambut cucu kesayangannya si Khuzairi.
"Atok...." tawar suara Khuzairi.
"Ya khuzairi?" Soal Khaled.
"Bila... kaki Atok nak tumbuh..? Khuzairi sedih tengok Atok jalan pakai tongkat..." Soal Khuzairi.
Afwan yang mendengar kata cucu Khaled terimbau kenangan lama.
___________________________________
"Hoiii Khaledd!!! Cepat larikan diri kau tu!!!" Jerit Afwan lantang. Mana tidaknya. Mereka perlu segera berlari dari kawasan bangunan yang hampir roboh itu segera.
"KAU BERAMBUS DULU!! Aku ade hal!!" Balas Khaled sejurus berlari memasuki celah-celah bilik bangunan.
"Ahh!!! Lantak kau!! " Afwan terus berlari menyelamatkan dirinya sendiri.
"Mana budak tu?" Khaled yang terkinja-kinja melihat segenap ruangan bilik mula berasa aneh.
"PAKKK CIKK!!! TOLONG SAYA!!! HUAAAA!!! UAAAAA!!" Kelihatan dari jarak jauh, terdapat seorang budak lelaki yang digantung terbalik berusaha melepaskan ikatan.
""Cis... aku belum tua lagi ler.."" desis hati Khaled.
BANGGG!
Dengan kudrat tenaga yang tinggal, Khaled menembak budak yang tergantung itu.BUKK!
Tubuh budak itu terjatuh ke tanah.Kepala budak itu bergolek ke arah Khaled.
"Tak guna punya Kafael... Kau ingat lawak perangkap aku guna patung robot dan perakam suara budak!" Marah Khaled sambil menyepak batu kecil yang berhampiran dengannya.
BANGG!!
"AAARGGGGHHH!!" Khaled terduduk menahan sakit. Tembakan pantas mengena tepat pada lutut kirinya.
"HAHAHAHAHAHA KHALED KHALED... KAU AKAN MATI..." Kata Kafael yang mula muncul lalu dia terjunkan diri keluar dari tingkap tingkat lapan.
"Aaarghhh... tak guna.." Khaled cuba untuk bangun namun kakinya tetap tidak mampu bergerak.
"Ya Allah... adakah ajalku sudah tiba..." perlahan suara Khaled.
Khaled melihat ke arah kakinya yang terluka dan mula memejamkan mata. Dia pasrah. Mungkin ini takdirnya.
"Oii si Tua.. berapa lama kau nak bertafakur kat bangunan ni?" Satu suara menyergah.
Mata Khaled terbuka.
"Cepat tolong angkut aku... " dingin suara Khaled.
"Terima kasih aku mana?" Soal Afwan sambil mengangkat kening.
"Kalau aku hidup..HOIII CEPATLAH! " Bentak Khaled.
"Haha.." sinis suara Afwan.
___________________________________
Khaled melihat wajah Afwan yang tersenyum sumbing seorang diri.
"Hoi.. Afwan.. kau senyum pahal?" Soal Khaled
"Mana terima kasih aku?" Kata Afwan perlahan.
"Huh? Tak dengar lah~~" Soal Khaled lagi.
"ATOKK AFWAN CAKAP MANA TERIMA KASIH DIA" Ujar Khuzairi sekuat hati.
Khaled memandang Khuzairi.
"Cucuku... sila tekan tubi 10 kali." Arah Khaled.
"Alaaa... kenapa pulak..." adu Khuzairi sambil melakukan tekan tubi.
"Sebab kamu nak jadi askar kan. Badan kene kuat" lembut kata-kata Afwan.
"Haaa... Afwan... kau nak terima kasih kau kan? Bukan aku dah bagi ke?" Tanya Khaled.
"Belum. Walau aku dah tua.. aku masih ingat kau belum berterima kasih kat aku lepas aku dah penat-penat masuk balik bangunan tu." Jelas Afwan.
"Kalau macam tu... Afwan.. sebagai tanda terima kasih... tolong jaga cucu aku.. " senyuman manis diberi oleh Khaled kepada Afwan.
BAM
Tubuh Khaled menyembah bumi."ATOOOOOKKKKK!!!!!!!!!" Khuzairi yang sedang tekan tubi terkejut lalu segera menggoncang tubuh Khaled.
Afwan yang tergamang tidak menyangka bekas ketuanya meninggalkannya... selamanya...
-Tamat OVA-
YOU ARE READING
STING LOVE & DRUGS OVA -Khaled ✔
Fanfiction[CERPEN PENDEK] REQUEST dari @malayatiger OVA STING love and drugs. Apakah yang berlaku sejurus Komander Khaled bersama Komander Afwan selesai menjalankan misi mereka. Adakah hidup mereka bahagia? Atau.. Adakah duka yang menghampiri mereka. [minta...