Prolog

12 0 0
                                    

"Selamat tinggal kepada kenangan, selamat tinggal ohhh semuanya." terdengar lirik lagu dari Putera Band membuat ku teringat akan kenangan yang dilakukan oleh diriku bersama-sama kawanku yang lain. Sudah hampir sebulan aku berpisah dengan kawan-kawanku. Segala memori indah dan tragis tidak akan aku lupakan. Tahun ini sudah 5 orang pelajar batch aku telah meninggalkan sekolah itu termasuk aku. Kesemuanya merupakan pelajar ambilan kedua. Meskipun bersekolah di sekolah harian, kami berjanji akan mendapat keputusan yang cemerlang seperti pelajar Sekolah Berasrama Penuh. Kami tekad untuk membuktikan bahawa kami boleh berjaya walaupun di sekolah harian biasa. Kumpulan kami bernama "Geng 1417".

"Kenapa 1417?"

"Sebab kami start sekolah di situ pada 2014 dan berakhir pada 2017 akibat masalah-masalah yang tertentu."

Setiap dari kami mempunyai kisah gelap yang tersendiri. Kisah gelap yang agak mencabar buat diri kami. Kisah gelap yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Kami amat kecewa akan perbuatan diri kami. Kami kehilangan kawan malah keluarga di sekolah itu. Empat tahun bersama kenangan yang diukir tidak akan dilupakan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Geng 1417Where stories live. Discover now